Program DUTA GURU Kuching

Program DUTA GURU Kuching Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program DUTA GURU Kuching, Community Organization, KUCHING, Kuching.

Hub PDG STEM PPD Kuching ditubuhkan sebagai pusat koordinasi, latihan, inovasi dan kolaborasi bagi memperkukuhkan pendidikan STEM di sekolah-sekolah dalam daerah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANGSyabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Poster Slogan “Kenapa Perlu ...
28/08/2026

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Poster Slogan “Kenapa Perlu Belajar Matematik?” anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas kreativiti, idea dan usaha yang telah ditampilkan.

Cikgu Feizyline Tay- SMK Tinggi Kuching, Kuching

🎉 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG! 🎉

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Poster Slogan “Kenapa Perlu Belajar Matematik?” atas kreativiti, idea dan usaha yang telah ditampilkan.

🏆 2 HADIAH UTAMA
Seperti yang dijanjikan, dua hadiah utama diberikan kepada:

🥇 Sekolah Rendah
Tahniah kepada Nur Emielia binti Manaf- SK Aring, Gua Musang

🥇 Sekolah Menengah
Tahniah kepada Hasnida Hashim- SM Sultan Abdul Halim, Kubang Pasu

✨ 2 PEMENANG TAMBAHAN – KUMPULAN TERBUKA

Tahniah diucapkan kepada:

🏆 Noor Faezah binti Abd Rashid- SMK Temerloh Jaya, Temerloh
🏆 Feizyline Tay- SMK Tinggi Kuching, Kuching

Pemilihan ini dibuat melalui proses semakan yang telah ditetapkan, termasuk penelitian terhadap jumlah tanda LIKE dan keaslian penyertaan.

📌 Untuk makluman, keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian serta memberikan sokongan terhadap usaha menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan Matematik.

📲 Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya.

Sekali lagi, TAHNIAH kepada semua pemenang dan TERIMA KASIH kepada semua peserta! ❤️👏

Satu slogan. Satu idea. Satu inspirasi.
Matematik membina masa depan!



☕️✨ COFFEE TALK DUTA GURU – OGOS 2026 ✨☕️“FROM A DREAM TO A LEGACY”One Teacher, Seven Hearts, Thousands of Students, Cou...
28/08/2026

☕️✨ COFFEE TALK DUTA GURU – OGOS 2026 ✨☕️
“FROM A DREAM TO A LEGACY”
One Teacher, Seven Hearts, Thousands of Students, Countless Victories.
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pendidik! 🌟

Persatuan Duta Guru Malaysia (PDGM) menjemput semua guru untuk bersama-sama dalam sesi Coffee Talk Duta Guru bagi bulan Ogos 2026.

🎙 Bersama:
Siti Azizah Md Yussof
SM All Saints Kota Kinabalu
Duta Guru Kohort 3

☕️ Dalam suasana santai sambil menikmati “secawan kopi”, mari kita bersama-sama menyelami kisah, pengalaman dan inspirasi seorang guru yang memilih untuk menjadikan impak kepada murid sebagai legasi.

🌱 Apa yang bakal dikongsikan?
✨ Inspirasi dan pengalaman perjalanan seorang guru
✨ Strategi membina impak sebagai Duta Guru
✨ Peranan guru dalam mencetuskan rasa ingin tahu dan daya fikir murid
✨ Perkongsian santai bersama guru hebat
✨ Sesi soal jawab secara interaktif

📅 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
💻 Platform: Google Meet
🔗 https://meet.google.com/qyi-hiqq-gqt

🌟 GURU STEM: BUKAN SEKADAR MENGAJAR ILMU, TETAPI MENYALAKAN RASA INGIN TAHU, MEMBINA DAYA FIKIR DAN MENEROKA MASA HADAPAN.
Kerana seorang guru mungkin hanya mengajar seorang murid, tetapi inspirasi yang dicetuskan mampu mengubah ribuan kehidupan. ❤️

☕️ Jom sertai! Kopi panas, inspirasi berkualiti!
Sama-sama kita berkongsi, bersama kita menginspirasi.










09/08/2026
🔥Masa Depan Anda Bermula di Sini!*🔥​Adakah anda keliru tentang hala tuju kerjaya? Jom sertai Karnival Pendidikan Kerjaya...
09/08/2026

🔥Masa Depan Anda Bermula di Sini!*🔥

​Adakah anda keliru tentang hala tuju kerjaya?

Jom sertai Karnival Pendidikan Kerjaya Murid SUKSES (Sharing University & Skills Information to Enhance Students Success) 4.0 Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026!

🗓 Tarikh: 10 hingga 11 Ogos 2026
📍 Tempat: ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
🎟 Masuk Percuma

​📢 Warga Pendidik Daerah Samarahan, Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian dan Simunjan dijemput untuk membawa murid-murid ke Karnival Pendidikan Kerjaya Murid SUKSES 4.0!

📢 Pelajar lepasan SPM/STPM, ibu bapa serta komuniti setempat juga dijemput ke karnival ini.

📢 Program ini merupakan platform terbaik untuk murid dan lepasan sekolah mendapatkan pendedahan awal mengenai laluan pendidikan lanjutan dan peluang kerjaya, khususnya dalam bidang STEM dan TVET.

📢 Pelbagai pameran institusi pendidikan, agensi, lawatan kampus serta ceramah kerjaya disediakan bagi membantu peserta merancang masa depan dengan lebih yakin. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga turut disediakan seperti gerai jualan, photobooth dan cabutan bertuah.

​Mari bersama-sama kita melakar masa hadapan generasi yang PROAKTIF, PERSUASIF dan PRODUKTIF!
​
​Sokong aspirasi pendidikan anak-anak kita dalam membina kerjaya untuk masa hadapan yang lebih gemilang. Jumpa anda di sana!





BENGKEL KESELAMATAN SIBERPerincian:Tarikh: 07.08.2026Masa: Slot 1: 8.30-9.30 pagi             Slot 2: 10.00-11.00 pagiTe...
09/08/2026

BENGKEL KESELAMATAN SIBER

Perincian:
Tarikh: 07.08.2026
Masa: Slot 1: 8.30-9.30 pagi
Slot 2: 10.00-11.00 pagi
Tempat: Dewan Global

Objektif:
🔹Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid tentang keselamatan siber dalam kehidupan seharian.
🔹Membimbing murid mengamalkan penggunaan internet dan media sosial secara selamat, bertanggungjawab dan beretika.
🔹Meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal pasti risiko serta langkah pencegahan terhadap ancaman keselamatan siber.

Anjuran:
Yayasan PETRONAS dengan kerjasama SMK Pending

Pelibatan:
Pengetua
PK Pentadbiran
PK HEM
KB Sains & Matematik
Guru Bimbingan & Kaunseling
Guru-guru
Cikgu Siti Ruhani (Duta Guru K2)
Pegawai PETRONAS (Penceramah)
Murid tingkatan 4

Rumusan:
Bengkel Keselamatan Siber telah dilaksanakan dengan melibatkan 100 orang murid Tingkatan 4. Bengkel ini memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan keselamatan siber serta ancaman yang boleh berlaku ketika menggunakan internet, media sosial dan peranti digital.Murid didedahkan kepada amalan keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengesahan maklumat, perlindungan data peribadi serta langkah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan kandungan atau pautan yang mencurigakan. Program berlangsung dengan baik dan mendapat penglibatan serta perhatian yang positif daripada murid-murid.

Impak:
🔹Murid lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan dan privasi data peribadi.
🔹Murid dapat mengenal pasti beberapa bentuk ancaman dan penipuan siber.
🔹Meningkatkan kesedaran murid supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dan menggunakan media sosial.
🔹Murid dapat mengamalkan penggunaan teknologi secara lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab.
🔹Mewujudkan budaya celik keselamatan siber dalam kalangan warga sekolah.

Tindak Susul:
🔹Menyebarkan infografik dan bahan kesedaran keselamatan siber kepada murid secara berkala.
🔹Menggalakkan murid mengamalkan penggunaan kata laluan yang kukuh dan pengesahan dua faktor.







07/08/2026
06/08/2026



Tahniah Cikgu Aina Edeliane, Peserta Duta Guru Kohort 7 atas kejayaan cikgu.
01/08/2026

Tahniah Cikgu Aina Edeliane, Peserta Duta Guru Kohort 7 atas kejayaan cikgu.

Address

KUCHING
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program DUTA GURU Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share