PPWS Perguwanis Kuching

PPWS Perguwanis Kuching Women in Business and Community Enhancements Projects

Bonda Hjh Rabiah Dris selaku pengerusi serta ahli - ahli yang lain telah melawat Hjh Norliza Sa'di di Hospital Kerajaan ...
15/05/2026

Bonda Hjh Rabiah Dris selaku pengerusi serta ahli - ahli yang lain telah melawat Hjh Norliza Sa'di di Hospital Kerajaan Sarawak, Kuching pada petang tadi. Sambil melawat pihak persatuan juga telah menyampaikan sesikit sumbangan untuk membantu Hjh Norliza membuat rawatan seterusnya.

Didoakan semoga sahabat kita Hjh Norluza akan cepat sembuh dan dapat aktif semula dalam persatuan. In sya Allah.

Alhamdulillah pada 10hb Mac 2926 sempurnalah sudah Majlis penyampaian sumbangan "Qasih Ramadan" kelolaan JKK KEBAJIKAN P...
16/03/2026

Alhamdulillah pada 10hb Mac 2926 sempurnalah sudah Majlis penyampaian sumbangan "Qasih Ramadan" kelolaan JKK KEBAJIKAN PERGUWANIS 2026 di Sekolah Kebangsaan Samariang. Bilangan anak asnaf yang mendapat perhatian kita tahun ini ialah seramai 20 puluh orang. Terimakasih kepada semua dermawan dan insan terpilih tahun ini.

✨ INSPIRASI WANITA: POTENSI KE LEGASI & SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2026✨ ✨ Program Inspirasi Wanita beserta Sambu...
28/01/2026

✨ INSPIRASI WANITA: POTENSI KE LEGASI & SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2026✨

✨ Program Inspirasi Wanita beserta Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kali ini lebih bermakna, buat julung kalinya program berprestij ini akan dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

✨ Antara pengisian program;

✅ Slot Rise and Lead
✅ Slot Spark Her
✅ Slot Own Your Power
✅ Perasmian Tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026

💜 Bertemakan "Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat Hari Wanita Antarabangsa 2026

Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara


🌟 Kickstarting 2026 with purpose and passion! Today marked the first Exco meeting of PPWS  PERGUWANIS for the year—and t...
11/01/2026

🌟 Kickstarting 2026 with purpose and passion!
Today marked the first Exco meeting of PPWS PERGUWANIS for the year—and the energy was absolutely electric! 💪✨

With a calendar full of exciting activities and meaningful initiatives ahead, our team is more motivated than ever to make this a year of impact, unity, and growth.

Here’s to collaboration, service, and a truly productive 2026!

Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat akhir tahun 2025 yang dipengerusikan Puan Rabiah Dris. Tahniah dan syabas diucapka...
14/12/2025

Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat akhir tahun 2025 yang dipengerusikan Puan Rabiah Dris. Tahniah dan syabas diucapkan atas komitmen dan kerja keras exco perguwanis sepanjang tahun 2025! Semoga usaha murni ini terus diberkati dan menjadi asas kukuh untuk memperkasakan Perkumpulan di tahun 2026 dan seterusnya. Teruskan semangat kerjasama, inovasi, dan dedikasi, insyaAllah kejayaan akan datang dengan izin-Nya.

🎉Sesi Demonstrasi Masakan Tradisional oleh PPWS PERGUWANIS🎉  Alhamdulillah, ahli-ahli PPWS PERGUWANIS berjaya melaksanak...
13/12/2025

🎉Sesi Demonstrasi Masakan Tradisional oleh PPWS PERGUWANIS🎉
Alhamdulillah, ahli-ahli PPWS PERGUWANIS berjaya melaksanakan sesi demonstrasi penyediaan Rojak Ayam dan Pitis yang penuh ilmu dan kehangatan!

Sesi ini diketuai oleh Pn. Rabiah Dris dan dibantu oleh Pn. Dyg Khamisiah Awg Johor, dengan penyertaan meriah daripada 15 orang ahli wanita dari Dangsanak Limbang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat — semoga ilmu yang dikongsi terus bermanfaat dan warisan kuliner tempatan kekal dikenang! ❤️

✨ **Night of the Queens – Satu Malam yang Tak Dapat Dilupakan!** ✨Alhamdulillah, majlis makan malam PERGUWANIS pada 5 Di...
06/12/2025

✨ **Night of the Queens – Satu Malam yang Tak Dapat Dilupakan!** ✨

Alhamdulillah, majlis makan malam PERGUWANIS pada 5 Disember 2025 di Hotel Serapi berjalan dengan penuh gemilang! 💃👑

Dipengerusikan oleh YBhg. Puan Rabiah Dris dan diuruskan sepenuhnya oleh barisan jawatankuasa pengelola di bawah pimpinan Cik Jumatia bersama pasukan hebat, majlis bertemakan *Night of the Queen* ini telah disemarakkan oleh kehadiran 90 wanita bergaya yang penuh semangat dan pesona.

Terima kasih kepada semua yang hadir, yang menyokong, dan yang menjadikan malam ini begitu istimewa – dari persembahan nyanyian, tarian, hingga catwalk memukau oleh para *Queen of the Night*! Kehadiran EXCO tertinggi PPWS turut menambahkan semarak dan makna kepada acara ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada:
🎟️ Semua pembeli tiket
🎁 Penaja-penaja hadiah cabutan bertuah
🏨 Pasukan Hotel Serapi yang sangat *sporting* dan profesional

Mohon maaf atas sebarang kekurangan dan keterlanjuran yang tidak dielakkan. Setiap pengalaman adalah langkah ke arah yang lebih baik.

Semoga PERGUWANIS terus bersinar, dan majlis akan datang akan menjadi lebih hebat lagi. InshaAllah!💖

Alhamdullillah,  Mesyuarat Tahunan Perkumpulan Perguwanis 2025-2026 telah berjaya dilaksana di Hana Soffiya Cafe  pada 3...
03/12/2025

Alhamdullillah, Mesyuarat Tahunan Perkumpulan Perguwanis 2025-2026 telah berjaya dilaksana di Hana Soffiya Cafe pada 30.11.20250 Ahad jam 2.00 petang. Terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir. Dengan adanya ahli-ahli baru saya harap dapat memperkasakan lagi Perkumpulan Perguwanis.

Address

Kuching
93400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPWS Perguwanis Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share