Persatuan Rangkaian Usahawan,MARA Samarahan 2024 -Prumas

Call Contact the organization

Persatuan Rangkaian Usahawan,MARA Samarahan 2024 -Prumas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Rangkaian Usahawan,MARA Samarahan 2024 -Prumas, Non-Governmental Organization (NGO), Pusat Inkubator MARA Kota Samarahan, Lot 1 F/F Rumah Kedai Kota Samarahan, Bandar Baru Kota Samarahan, Kuching.

Membangun dan memperkasakan Usahawan Samarahan di bawah Inkubator MARA Samarahan.

❤ FOKUS KAMI
✔Sokongan dan bimbingan
✔Jaringan dan Kolaborasi MARA
✔ Aktiviti dan program pembangunan
✔ Digitalisasi serta Celik Teknologi

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri1447H / 2026M ✨Di bulan yang mulia ini,kami daripada Persatuan Rangkaian Usahawan ...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
1447H / 2026M ✨

Di bulan yang mulia ini,
kami daripada Persatuan Rangkaian Usahawan MARA Samarahan (PRUMAS)
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
kepada seluruh usahawan dan komuniti.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan,
mempereratkan hubungan silaturrahim,
serta menguatkan lagi semangat kerjasama
dalam membina kejayaan bersama.

Terus maju, terus bersatu,
demi masa depan usahawan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga PRUMAS

📍 Perjumpaan & Sesi Suai Kenal Usahawan MARASatu pertemuan yang bermakna telah berlangsung bersama ahli Persatuan Rangka...
03/03/2026

📍 Perjumpaan & Sesi Suai Kenal Usahawan MARA

Satu pertemuan yang bermakna telah berlangsung bersama ahli Persatuan Rangkaian Usahawan MARA Samarahan (PRUMAS), disusuli dengan sesi suai kenal bersama Pegawai MARA Serian & Samarahan, Encik Abdul Rahman bin Ibrahim.

Perjumpaan ini menjadi ruang perkongsian idea, pandangan dan hala tuju keusahawanan, khususnya dalam memperkasa usahawan tempatan melalui pendaftaran perniagaan sah, pematuhan perlesenan dan perancangan perniagaan yang lebih tersusun.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bermanfaat, peluang bimbingan serta sokongan berterusan kepada komuniti usahawan di Samarahan dan sekitarnya.

🤝 Bersama kita bina ekosistem keusahawanan yang kukuh, berdaya saing dan mampan.



📌 BULETIN PROGRAM KEUSAHAWANANPersatuan Rangkaian Usahawan MARA Samarahan (PRUMAS) telah dijemput untuk menghadiri progr...
03/03/2026

📌 BULETIN PROGRAM KEUSAHAWANAN

Persatuan Rangkaian Usahawan MARA Samarahan (PRUMAS) telah dijemput untuk menghadiri program seperti ketetapan berikut:
• Program: Sarawak Entrepreneur Outreach
• Tarikh: 11 Januari 2026 (Ahad)
• Masa: 1.00 tengah hari – 5.00 petang
• Tempat: Pohonmas Samarahan
• Penganjur: Dewan Ikatan Perniagaan Samarahan (DIPS)
• Anjuran Bersama: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Program ini bertujuan memperkukuh jaringan usahawan, membuka peluang kolaborasi strategik serta memberi pendedahan kepada inisiatif pembangunan perniagaan di peringkat negeri dan nasional.



Address

Pusat Inkubator MARA Kota Samarahan, Lot 1 F/F Rumah Kedai Kota Samarahan, Bandar Baru Kota Samarahan
Kuching
94300

Telephone

+60109146887

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Rangkaian Usahawan,MARA Samarahan 2024 -Prumas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Rangkaian Usahawan,MARA Samarahan 2024 -Prumas:

Shortcuts

Share