15/02/2026
Ahad | 15 Februari 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Gotong-Royong Perdana Masjid At-Taqwa anjuran Ahli Khidmat Masjid At-Taqwa, bersama Persatuan Kebajikan Bakti Gita Kuching serta Pemuda PBB Ranting Pinang Jawa.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat mantap dan penuh ukhuwah—ringan tulang, ikhlas berbakti, dan sama-sama mengejar reda Ilahi. Inilah bukti bila hati disatukan kerana Allah, kerja jadi mudah, masjid jadi berseri, dan silaturahim makin kukuh.
Semoga setiap peluh dan usaha dicatat sebagai amal soleh, diberkati rezeki, dipanjangkan umur, dan terus istiqamah berkhidmat untuk ummah.