05/06/2024
KARNIVAL SUKAN KESUDA 2024
Pada 7 hingga 8 Jun 2024 ini, KESUDA akan mengadakan Karnival Sukan KESUDA di Pejabat MPB Cawangan Sarikei yang mana sukan yang akan dimainkan adalah sukan bola sepak dan dart.
Sukan dart (kategori Lelaki & Perempuan) akan dilaksanakan di Pejabat MPB Cawangan Sarikei, manakala sukan bola sepak akan dijalankan di Padang Bola Sepak IPD Sarikei.
Sebanyak 3 pasukan bola sepak yang akan menyertai karnival pada kali ini termasuklah pasukan Pepper FC, MPB Sibu FC dan MPB Sarikei FC.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"