Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak- DUBS Pusat

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak- DUBS Pusat DUBS telah ditubuh pada 21 Januari 1986 bertujuan untuk menyatupadukan peniaga & pengusaha Bumiputera

Sempena Hari Pekerja 2026, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja dan juga para usahaw...
30/04/2026

Sempena Hari Pekerja 2026, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja dan juga para usahawan yang menjadi nadi kemajuan negara. Berteraskan semangat Pekerja MADANI KESUMA Bangsa, setiap usaha sama ada di tempat kerja mahupun dalam membina perniagaan mencerminkan nilai integriti, ketekunan dan daya tahan dalam menghadapi cabaran serta mencipta peluang.

Semoga para pekerja dan usahawan terus melangkah seiring, saling menyokong dalam memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan bersama. Dengan semangat berdaya saing, inovatif dan berjiwa Malaysia, kita mampu membina masa depan yang lebih mampan dan gemilang untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Pekerja!
1 hb Mei 2026

Kapit, 23 April 2026  Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Kapit kali ke 5, Sesi 2026-2029 telah berlangsung dengan jay...
25/04/2026

Kapit, 23 April 2026

Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Kapit kali ke 5, Sesi 2026-2029 telah berlangsung dengan jayanya pada hari khamis, 23 April 2026 bertempat di Hotel Melegai, Kapit.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini telah disempurnakan oleh Cik Jezamine Dior, mewakili YBhg Datu Helmi Ikhwan, Presiden DUBS.

Mesyuarat Agung telah bermula pada jam 9.30 pagi dan dihadiri seramai 34 ahli Dubs Cawangan Kapit.

Memetik ucapan perasmian Datu Presiden, beliau menyeru para usahawan di Kapit dan sekitarnya agar terus bersatu padu dan memainkan peranan aktif dalam menggerakkan DUBS Cawangan Kapit supaya lebih dinamik dan seiring dengan keperluan semasa.

Beliau berharap agar Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026-2029 terus fokus dan memberikan komitmen jitu demi kelangsungan ekonomi dan dapat bersama membantu membangunkan suasana ekonomi Kapit dengan lebih vibrant lagi

Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru sesi 2026-2029 telah dipengerusikan oleh Cik Jezamine Dior, Setiausaha Agung DUBS Pusat, dengan dibantu oleh pegawai - pegawai dari Ibu Pejabat DUBS.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu yang telah dipilih untuk menerajui DUBS Cawangan Kapit bagi sesi 2026-2029 seperti berikut:

●Pengerusi:
PS Watson Awan Ak Jalai
●Timbalan Pengerusi:
Encik Ramli Ak Likong
●Naib Pengerusi:
Cr Judson Ak Jarrau

Setiausaha
Cr Martin Ak Bilun

*Penolong Setiausaha:*
Cik Maryland Ak Masam

Bendahari:
En Jeffery Aba Ak Djawie

AJK:
(1) Penghulu George Ak Tang.
(2) En Reutler Ak John Jaloh.
(3) En Johannes Ak Benet.
(4) Ir Micheal Ak Jawa
(5) Pn Marrielyne Madu Ak Wilson Nyabong

AJK Dilantik:
1) Pemanca Pasang Ak Tubak
(2) Tr Rose Ak Jimban
(3) En Joseph Ak Lasin

Pemegang Amanah DUBS Cawangan Kapit:*
(1) Watson Awan Ak Jalai- Pengerusi.
(2) Martin Ak Bilun-Setiausaha.
(3) Jeffery Aba Ak Djawie-Bendahari.

Dewan Muda:
Leo Ak Pasang

Dewanita:
Pn Yanthy Ak Jimbun

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan perbincangan santai antara Ahli Jawatankuasa serta para usahawan yang hadir, sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkasakan jaringan keusahawanan Bumiputera di Kapit

Situasi catuan diesel yang melanda ketika ini jelas memberi tekanan kepada kontraktor Bumiputera di Sarawak, khususnya d...
18/04/2026

Situasi catuan diesel yang melanda ketika ini jelas memberi tekanan kepada kontraktor Bumiputera di Sarawak, khususnya dalam sektor pembinaan yang sangat bergantung kepada bekalan bahan api yang stabil. Kekangan had bekalan serta kenaikan kos operasi bukan sahaja menjejaskan kelancaran projek, malah turut memberi kesan langsung kepada daya saing syarikat tempatan. Dalam keadaan ini, keperluan kepada pendekatan dasar yang lebih seimbang dan responsif amat penting bagi memastikan kelangsungan industri.

DUBS melihat bahawa walaupun langkah bantuan seperti diskaun elektrik dan sokongan kepada perniagaan amat dialu-alukan, impak sebenar di lapangan masih memerlukan perhatian lebih mendalam. Kontraktor Bumiputera, terutamanya yang berskala kecil dan sederhana, berdepan cabaran berganda apabila tidak menikmati akses subsidi yang sama seperti pemain industri lain. Justeru, mekanisme sokongan yang lebih tersasar dan inklusif perlu dipertimbangkan agar tiada golongan yang tercicir dalam arus pemulihan ekonomi.

Dalam masa yang sama, inisiatif seperti diskaun sewaan untuk peniaga memberi sedikit kelegaan kepada kumpulan B40 dan usahawan kecil. Namun, cabaran kos logistik dan ketidaktentuan harga global dijangka terus memberi tekanan dalam tempoh terdekat. DUBS berharap agar pihak kerajaan terus memperkukuh dialog bersama pemain industri bagi merangka solusi yang praktikal, mampan dan berimpak tinggi demi memastikan ekosistem perniagaan tempatan kekal berdaya tahan.

Selamat Good Friday & Happy Easter kepada semua umat Kristian.Semoga dilimpahi kedamaian dan berkat.Presiden & Ahli Majl...
03/04/2026

Selamat Good Friday & Happy Easter kepada semua umat Kristian.
Semoga dilimpahi kedamaian dan berkat.

Presiden
& Ahli Majlis Eksekutif DUBS Pusat

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 🌙Sempena Syawal yang mulia ini, saya, selaku Presiden DUBS, ingin merakamkan ucapan...
21/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 🌙

Sempena Syawal yang mulia ini, saya, selaku Presiden DUBS, ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli dan komuniti usahawan Bumiputera.

Saya memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Semoga Aidilfitri ini menjadi titik refleksi dan pembaharuan—untuk kita terus memperkukuh daya saing, memperluas jaringan dan membina ekosistem keusahawanan yang lebih mampan.

Bersama, kita terus melakar masa depan yang lebih cemerlang.

Datu Haji Abang Halmi bin Ikhwan
Presiden DUBS

✨ Sesuatu yang BESAR bakal berlangsung di The Hills, Kuching! ✨Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungiDEWANITA DUBS MA...
28/01/2026

✨ Sesuatu yang BESAR bakal berlangsung di The Hills, Kuching! ✨

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi
DEWANITA DUBS MARKET PAVILION
Diilhamkan oleh Wanita, Dicipta untuk Semua

🗓 30 Januari – 1 Februari 2026
⏰ 10 pagi – 9 malam
📍 Aras LG, The Hills, Kuching

Pelbagai jualan dan tarikan menarik menanti anda:
🛍️ Fesyen & Aksesori
🍽️ Makanan & Minuman
📦 Barangan Preloved & Bundle
📱 Telekomunikasi & Gajet

🎉 Aktiviti istimewa untuk seisi keluarga:
👩‍👧 Gaya Hijab Ibu & Anak
💐 Pertandingan Gubahan Bunga
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
🎤 Karaoke

Ayuh seisi keluarga dan rakan-rakan, sama-sama memeriahkan acara ini sambil menyokong usahawan tempatan 💖

DATANG RAMAI-RAMAI!
Jom meriahkan Dewanita DUBS Market Pavilion di The Hills, Kuching ✨

01/01/2026

Selamat Tahun Baharu 2026 buat seluruh ahli DUBS 🎉 Semoga tahun ini membuka lebih banyak ruang untuk kita belajar, membina dan memperkukuh usaha yang telah dimulakan 🚀

Dunia keusahawanan tidak pernah sunyi daripada cabaran. Ada masa naik 📈, ada masa diuji 📉. Namun kekuatan sebenar seorang usahawan bukan terletak pada keuntungan semata-mata, tetapi pada keupayaan untuk terus bergerak walaupun keadaan tidak sempurna 💪

Moga 2026 menjadi tahun kita lebih matang dalam membuat keputusan 🧠, lebih jujur dalam berniaga 🤝 dan lebih berani menyokong antara satu sama lain 🤜🤛
Semoga usaha kita bukan sekadar mencari rezeki, tetapi membawa manfaat kepada keluarga 👨‍👩‍👧‍👦, komuniti 🌱 dan masyarakat 🌍

Selamat melangkah ke tahun baharu ✨
Teruskan usaha, kekalkan nilai, dan jangan berhenti berkembang 🔥

25/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi pihak kepimpinan DUBS, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua usahawan dan ahli yang meraikannya 🎄✨. Semoga musim perayaan ini membawa ketenangan, kesyukuran dan semangat baharu dalam meneruskan perjuangan keusahawanan.

Terima kasih atas komitmen dan kebersamaan yang telah ditunjukkan sepanjang tahun ini 🤝. Semoga tahun mendatang membuka lebih banyak peluang, memperkukuh jaringan, dan membawa kejayaan yang berpanjangan buat kita semua 🚀📈.

Selamat menyambut Krismas bersama keluarga dan insan tersayang. Salam hormat dan selamat sejahtera 🎁✨

Presiden
Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak

*Bau, 20 Disember 2025 –* *Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Bau-Lundu kali ke 3, Sesi 2025-2028 telah berlangsung d...
21/12/2025

*Bau, 20 Disember 2025 –*

*Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Bau-Lundu kali ke 3, Sesi 2025-2028 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bertempat di Bilik Persidangan, Kolej Komuniti Mas Gading, Bau.*

*Mesyuarat Agung Tahunan kali ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Harry Henry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan, merangkap ADUN N2 Tasik Biru. Majlis perasmian turut dihadiri oleh YBrsa Tuan Gabriel Kajeh Menggu, Naib Presiden DUBS mewakili YBhg Datu Presiden yang tidak dapat hadir [atas masalah kesihatan], Cik Jezamine Dior, Setiausaha Agung DUBS dan Encik Khairulnizam Dato Khaled, Pengerusi Dubs Cawangan Kuching selaku Ketua Dewan Muda DUBS Pusat.*

*Mesyuarat Agung telah bermula pada jam 1.30 petang dan dihadiri seramai 25 ahli Dubs Bau/Lundu.*

*Memetik ucapan perasmian YB Menteri menyeru para usahawan di Bau dan sekitarnya agar terus bersatu padu dan memainkan peranan aktif dalam menggerakkan DUBS Cawangan Bau-Lundu supaya lebih dinamik dan seiring dengan keperluan semasa.*

*Beliau berharap agar Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2025-2028 terus fokus dan memberikan komitmen jitu demi kelangsungan ekonomi dan dapat bersama membantu membangunkan Bau dengan lebih vibrant lagi*

*Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru sesi 2025-2028 telah dipengerusikan oleh Cik Jezamine Dior, Setiausaha Agung DUBS Pusat, dengan dibantu oleh pegawai - pegawai dari Ibu Pejabat DUBS.*

*Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu yang telah dipilih untuk menerajui DUBS Cawangan Bau -Lundu bagi sesi 2025-2028 seperti berikut:*

*●Pengerusi:*
*Encik David Disam*
*●Timbalan Pengerusi:*
*Penghulu Haji Wahab Hj Mainol*
*●Naib Pengerusi:*
*Ts Monica Wessy Snak Gohin*

*Ahli Jawatankuasa 😗

*●Encik Marthadaria Anak Micheal*
*●Alam Syah bin Ismail*
*●Yuli John*
*●Blade Anak Lassem*
*●Norazni hin Junaidi*

*Manakala jawatan lantikan terdiri daripada 😘
*Jeguk Anak Ngamo sebagai Setiausaha, Seriketty Anak Akiet selaku Bendahari, Agnes Jonep selaku Ketua Dewanita dan Mohd Alwi bin Lidin selaku Ketua Dewan Muda. Sementara tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa lantikan lain adalah Lily Anak Jipem ( Lundu ] dan 2 org lagi mewakili Usahawan dari Lundu.*

*Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan perbincangan santai antara ahli jawatankuasa serta para usahawan yang hadir, sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkasakan jaringan keusahawanan Bumiputera di Bau-Lundu*

-Tamat-

*Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Sibu Kali Ke-12 Berlangsung Dengan Harmoni dan Jayanya*SIBU, 22 November 2025 — M...
23/11/2025

*Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Sibu Kali Ke-12 Berlangsung Dengan Harmoni dan Jayanya*

SIBU, 22 November 2025 — Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sibu kali ke-12 telah berlangsung dengan penuh harmoni dan jayanya di YS Café, Sibu. Program sehari ini bermula pada awal pagi dengan sesi perkongsian maklumat mengenai peranan TERAJU, yang memberi pendedahan kepada ahli-ahli mengenai peluang serta sokongan yang disediakan kepada para usahawan Bumiputera.

Selesai sesi tersebut, acara diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut agenda yang terkandung dalam perlembagaan DUBS. MAT pada tahun ini turut menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu bagi penggal 2025–2028, yang telah dipilih tanpa pertandingan. Berikut adalah keputusan rasmi:

Senarai Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Sibu (2025–2028):

Pengerusi: Encik Haryadi bin Hamden

Timbalan Pengerusi: Encik Jimbau Ak Galau

Naib Pengerusi: Puan Norazah binti Omar

Ahli Jawatankuasa:

1. Puan Norina binti Hassan

2. Puan Dayang Fatimah binti Awang Hashim
3. Encik Abang Fairul Syarmil bin Abang Mohammad
4. Puan Rose Ak Chukan
5. Puan Khoaida binti Rapain

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS Pusat. Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Haji Abdul Kadier Sahib, Pengerusi DUBS Holdings Sdn. Bhd., yang dalam ucapannya telah berkongsi aspirasi serta inisiatif baharu untuk membantu cawangan-cawangan DUBS, khususnya dalam aspek pengurusan jentera berat.

Terdahulu, Puan Hajah Salmah Umar, Pengerusi DUBS Cawangan Sibu bagi sesi 2022–2025, telah menyampaikan ucapan alu-aluan serta merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh kepimpinan beliau.

Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu telah diselaraskan dengan teratur oleh Yang Berusaha Encik Iskandar Haji Sharkawi, Penolong Setiausaha Agung DUBS Pusat, dengan dibantu oleh Tuan Haji Abang Ishak (Bendahari Agung DUBS Pusat), Encik Sarbini bin Haji Abang, dan Encik Muhammad Akmal Hakim bin Hussien.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 ptg dengan semangat baharu dalam usaha memperkasakan usahawan Bumiputera di Sibu selaras dengan visi DUBS.

— TAMAT —

Address

Sublot 4/12 & 13, 3rd Floor, DUBS Commercial Centre, Lot 376, Section 54, Jalan Petanak
Kuching
93100

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082247166

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak- DUBS Pusat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak- DUBS Pusat:

Share