NADI Kpg Tanjung Bundung

NADI Kpg Tanjung Bundung Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kpg Tanjung Bundung
merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

04/09/2026

Jangan buka pintu dan tingkap rumah pada musim jerebu ini kerana ASAP jerebu bukan ASAP biasa. Asap jerebu mengandungi zarah halus, gas pencemar, bahan kimia dan sebagainya hasil pembakaran hutan yang berleluasa. Kurangkan aktiviti diluar dan jaga kesihatan diri semasa jerebu ini.



NADIPRENEUR & EMPOWERHER LIVE WEBINAR MINGGU 1 - MELANGKAH KE DUNIA USAHAWANπŸ“… Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)⏰ Masa: 1...
03/09/2026

NADIPRENEUR & EMPOWERHER LIVE WEBINAR MINGGU 1 - MELANGKAH KE DUNIA USAHAWAN
πŸ“… Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Membina asas keusahawanan sebagai langkah pertama ke arah perniagaan yang lebih berjaya;
1. Perancangan Perniagaan - Apakah A.I. untuk Perniagaan? Bina Avatar Pelanggan Anda
2. Perancangan Kewangan - Strategi Penetapan Harga – Jual dengan TEPAT!
3. Pemasaran - Kenali Saluran Media Sosial yang Pantas (TikTok, Threads, Facebook, WhatsApp)
4. Operasi Perniagaan - Bina SOP Perniagaan
KUMPULAN 1
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang
πŸ‘©β€πŸ« Tenaga Pengajar: Coach Mohd Syahril Kamarudin
πŸ”— Google Meet: https://meet.google.com/puq-yuap-vxn
KUMPULAN 2
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu,
W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan, W.P. Putrajaya
πŸ‘©β€πŸ« Tenaga Pengajar: Coach Suraya Ali
πŸ”— Google Meet: https://meet.google.com/jyr-kdzc-duc
πŸ“Œ Peserta diminta menyertai sesi mengikut negeri masing-masing

PROGRAM NADI X CYBERSECURITY SESI SEPTEMBER 2026.
01/09/2026

PROGRAM NADI X CYBERSECURITY SESI SEPTEMBER 2026.

:: NOTIS MAKLUMAN: PANDUAN URUSAN PEMBAYARAN BIL DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) ::πŸ“ŒBagi memastikan kelancaran...
01/09/2026

:: NOTIS MAKLUMAN: PANDUAN URUSAN PEMBAYARAN BIL DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) ::

πŸ“ŒBagi memastikan kelancaran urusan transaksi anda, para pengunjung diminta untuk mengambil perhatian terhadap beberapa perkara penting berikut sebelum hadir ke premis kami:

1. Dokumen Sokongan: Sila bawa bersama salinan fizikal atau digital dokumen/maklumat bil yang berkaitan untuk rujukan pihak petugas.

2. Kemudahan Perbankan Digital: Sila pastikan anda mempunyai akses yang aktif ke akaun perbankan dalam talian (online banking) masing-masing BUKAN NADI MENYEDIAKAN PEMBAYARAN TERUS MELALUI AKAUN pihak NADI.

⚠️ NOTA PENTING MENGENAI KAEDAH PEMBAYARAN:
1. Urusan Secara Dalam Talian Sahaja: Pihak NADI hanya menyediakan kemudahan fasilitasi dan sokongan teknikal bagi pembayaran secara digital/atas talian. **BUKAN PETUGAS MEMBAYAR MELALUI AKAUN PETUGAS**

2. Tiada Transaksi Tunai: Dimaklumkan bahawa premis NADI tidak menerima sebarang bentuk pembayaran secara tunai daripada pengunjung.

3. Alternatif Bayaran Tunai: Bagi pengunjung yang ingin membuat pembayaran menggunakan wang tunai, urusan tersebut hendaklah dilakukan secara terus di kaunter rasmi penyedia perkhidmatan bil yang berkenaan.

Kerjasama dan keprihatinan anda amat kami hargai bagi memastikan setiap transaksi dapat dijalankan dengan selamat, telus, dan teratur.

Terima kasih.

Nadi hanya membantu dan mengajar anda membayar sendiri melalui acc bill banking anda sendiri . ✌🏻

Makluman penutupan nadi kpg tjg bundung .
30/08/2026

Makluman penutupan nadi kpg tjg bundung .

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa untuk ha...
30/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa untuk hadir, bersenam dan bersama-sama menceriakan Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 sempena Sambutan 20 Tahun NADI di NADI Kpg Tanjung Bundungi. πŸ₯°πŸ™Œ

Kehadiran, sokongan dan semangat anda semua bukan sahaja memeriahkan program, malah menjadi bukti bahawa semangat komuniti, gaya hidup sihat dan kebersamaan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat. ❀️🀝

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa kerjasama dan sokongan anda, program ini tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar. 🌟

πŸ‡²πŸ‡Ύ 40,000 peserta β€’ 1,099 NADI β€’ 1 semangat untuk Malaysia!

Semoga semangat yang kita bina bersama pada hari ini terus kekal β€” terus aktif, terus sihat dan terus bersama! πŸ’ͺ❀️

Daripada kami di NADI Kpg Tanjung Bundung,
🌷 TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN! 🌷

Jumpa lagi dalam program-program NADI yang akan datang! πŸ‘‹πŸ˜Š

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka!
πŸ’ͺ Sihat Bersama!
🀝 Komuniti Bersatu!








27/08/2026
πŸ“£ JOM SERTAI WEBINAR BIJAK BERBICARA: PANTUN – SIRI 1! πŸŽ™οΈβœ¨Pantun bukan sekadar rangkap kata, tetapi merupakan warisan bu...
24/08/2026

πŸ“£ JOM SERTAI WEBINAR BIJAK BERBICARA: PANTUN – SIRI 1! πŸŽ™οΈβœ¨

Pantun bukan sekadar rangkap kata, tetapi merupakan warisan budaya yang penuh dengan nilai, bahasa dan kreativiti. πŸŒΊπŸ“œ

Ayuh sertai webinar Bijak Berbicara: Pantun – Siri 1 bersama Cikgu Zainal dan pelajari seni berpantun dengan lebih menarik dan santai! 😍

πŸ“… Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
πŸ’» Platform: LMS DiLEA
πŸ‘₯ Terbuka kepada: Semua peringkat umur

🎧 DAFTAR SEKARANG DI NADI KPG TANJUNG BUNDUNG!!

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati keindahan pantun sebagai warisan budaya kita. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

β€œBerpantun indah warisan budaya,
Santun budi bahasa terserlah diri.” 🌸

Makluman Penutupan Sementara NADI Kampung Tanjung BundungDimaklumkan bahawa NADI Kampung Tanjung Bundung akan ditutup se...
23/08/2026

Makluman Penutupan Sementara NADI Kampung Tanjung Bundung

Dimaklumkan bahawa NADI Kampung Tanjung Bundung akan ditutup sementara pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena Maulidur Rasul.

NADI akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kita semua sentiasa diberkati dan meneladani akhlak serta ajaran Rasulullah SAW. 🀍

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Address

Kuching
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kpg Tanjung Bundung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share