Persatuan Grup Teater Ngoncong Sarawak

Persatuan Grup Teater Ngoncong Sarawak Teater | Puppet | Lagu Puisi | Event Management | Sketsa | Production

AHLI JAWATANKUASA GTN 2021-2022

KETUA 1 : HAZIS BIN WAHAB
KETUA 2 : SYAFA'AT BIN ZAINAL ABIDIN
SETIAUSAHA : NOR AZURA BINTI MORSIDI
PEN. SETIAUSAHA : ABANG HAFIZY ARASH BIN ABANG HAMDANI
BENDAHARI : JACQUELINE PRISCA AK PATRICK JAMES
PEN. BENDAHARI : MOHD NADIY BIN SA'BERI
AJK : HAFRIZ ZULFADLY BIN HAZIS
AJK : EDDIE HELMIE BIN ZULAIHI
AJK : FARZHA MUHAMMAD HAMDAN
AJK : MOHD RAFIQ BIN SALAIMAN
AJ

K : DYG. NORITA BT MASLIM
AJK DILANTIK : MEZAM BIN MALIAN
AJK DILANTIK : MOHAMAD EDRY BIN MOHD ERMI
AJK DILANTIK : YUSRIE BIN SUPERDI

Alhamdulillah, baru-baru ini barisan kepimpinan Grup Teater Ngoncong (GTN) telah berkesempatan meluangkan masa menziarah...
12/07/2026

Alhamdulillah, baru-baru ini barisan kepimpinan Grup Teater Ngoncong (GTN) telah berkesempatan meluangkan masa menziarahi salah seorang aktivis teater yang amat disegani di Sarawak iaitu Encik Ahmad Badewi Hj. Nerawi. Beliau merupakan antara orang teater yang banyak berjasa dalam mewarnai kanvas seni Sarawak, khususnya dalam bidang Bangsawan Sarawak.

Sesi Ziarah Perihatin program pertama Biro Kebajikan dan Pembangunan Komuniti (KPK) GTN tersebut dihadiri oleh Ketua I, Encik Hazis bin Wahab, Ketua II Encik Syafaat Zainal Abidin dan 2 orang wakil biro.

Seluruh warga GTN mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesembuhan yang berpanjangan kepada Encik Ahmad Badewi Hj. Nerawi, agar beliau dapat terus bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu seni teater kepada generasi pelapis.

MALAM BAHASA JIWA BANGSA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, SAMBUTAN KE 70 TAHUN. 22 Jun 2026 - Persatuan Grup Teater Ngoncong te...
22/06/2026

MALAM BAHASA JIWA BANGSA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, SAMBUTAN KE 70 TAHUN.

22 Jun 2026 - Persatuan Grup Teater Ngoncong telah menghadiri majlis Malam Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan ulang tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka ke-70 di Pullman Kuching, Sarawak.

Majlis ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk-Wan Hashim Bin Wan Rahim Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan diserikan lagi dengan persembahan deklamasi sajak oleh deklamator sajak (Puan Hajah Siti Zulaikha Binti Haji Ibrahim dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Yang Mulia Awang Suip Bin Abdul Wahab pemangku Pengarah DBP Brunei Darussalam, YBHG. Datuk Dr. Hazami Bin Jahari Ketua Pengarah DBP dan Khalid Hussaini Tuah)

Yang Berbahagia Datuk-Wan Hashim Bin Wan Rahim Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan turut menyerahkan cek cura yang bernilai RM 20,000 kepada sekolah-sekolah angkat DBP.

Selain itu, penyanyi veteran Sarawak, Saffar Gaffar juga memeriahkan majlis dengan nyanyian yang diiringi alunan musik contemporari irama Malaysia dan Jaipongan seperti Ros Kalas dan Ala Jaipong. Majlis ini diakhiri dengan persembahan memukau daripada SMK Chung Hua No 1 Kuching dengan mempersembahkan lagu lagu rakyat diringi dengan gabungan muzik tradisional dan modern.

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas menjayakan sambutan malam ulang tahun ke-70! Grup Teater Ngoncong amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada malam yang penuh warna-warni dan penuh dengan keindahan bahasa dan budaya. Semoga momentum kebersamaan ini terus mekar demi memperkukuh slogan "Bahasa Jiwa Bangsa".

🎭 SENARAI AHLI JAWATANKUASA GTNSesi 2026–2028Ketua 1 : Hazis WahabKetua 2 : Syafa’at Zainal AbidinSetiausaha : Fazira Ka...
17/05/2026

🎭 SENARAI AHLI JAWATANKUASA GTN
Sesi 2026–2028

Ketua 1 : Hazis Wahab
Ketua 2 : Syafa’at Zainal Abidin

Setiausaha : Fazira Kamil
Penolong Setiausaha : Dayang Aiza

Bendahari : Syed Qadir
Penolong Bendahari : Penina Crystal

Ahli Jawatankuasa (AJK)

1. Haneem Muhammad
2. Hafriz Zulfadly
3. Sharmizee Surianto
4. Nora Nakajima
5. Jacqueline Prisca
6. Amalina Hasdi
7. Edry Ermi

AJK Yang Dilantik

1. Nur Jihan
2. Haikal Fauzi
3. Nady Saberi
4. Hunny Marican

Tahniah kepada semua yang telah dilantik. Semoga terus maju dan ikhlas dalam memikul amanah serta tanggungjawab terhadap seni dan budaya teater bersama GTN bagi sesi 2026–2028. ✨

Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Grup Teater Ngoncong bagi sesi 2026–2028 dengan jayan...
17/05/2026

Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Grup Teater Ngoncong bagi sesi 2026–2028 dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik. Semoga terus komited dalam memperkasakan seni teater, mengeratkan silaturahim serta membawa Persatuan Grup Teater Ngoncong ke arah yang lebih cemerlang dan aktif pada masa akan datang. 🎭✨

Antara sedikit rakaman aktiviti semalam.

11/03/2026

Jangan lupa untuk mengikuti sesi perkongsian oleh Dr. Azizul bin Haji Ismail, Pengarah DBP Cawangan Sarawak melalui rancangan bual santai Cakna Bahasa pada 12 Mac 2026 (Khamis), pukul 12.15 tengah hari di BERNAMA Radio.

Anda juga boleh tonton siaran langsung melalui Facebook DBPMalaysia dan Facebook BERNAMA Radio.

Topik:
"SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN BORNEO: KEPIMPINAN DAN KEPAHLAWANAN TOKOH TEMPATAN BORNEO."


Alhamdulillah, selesai sudah program Agihan Bubur Lambuk hasil kolaborasi bersama Sang Rawi Sdn. Dengan ini, setinggi-ti...
08/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program Agihan Bubur Lambuk hasil kolaborasi bersama Sang Rawi Sdn. Dengan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pada masa akan datang kita dapat berkumpul dan menganjurkan lebih banyak program seperti ini lagi☺️

Malam ini merupakan malam persiapan bagi Program Agihan Bubur Lambuk Kolaberasi Grup Teater Ngoncong dan Sang Rawi Sdn B...
07/03/2026

Malam ini merupakan malam persiapan bagi Program Agihan Bubur Lambuk Kolaberasi Grup Teater Ngoncong dan Sang Rawi Sdn Bhd yang akan berlangsung pada 08.03.2026.
Jangan lupa singgah esok untuk mendapatkan bubur lambuk kami yang akan diagihkan berdekatan Wanda Kubah Ria.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini membawa manfaat kepada semua.

🌙 Program Agihan Bubur LambokSempena Ramadan 1447H, marilah kita bersama berkongsi rezeki dan menyemarakkan semangat keb...
06/03/2026

🌙 Program Agihan Bubur Lambok
Sempena Ramadan 1447H, marilah kita bersama berkongsi rezeki dan menyemarakkan semangat kebersamaan.

📅 8 Mac 2026 | Ahad
⏰ 3.00 Petang
📍 FL2 Centre, Riveredge Commercial, Kuching

Satu Ramadan, Seribu Kebaikan.

Address

Kuching
Kuching

Telephone

+60138034105

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Grup Teater Ngoncong Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Grup Teater Ngoncong Sarawak:

Shortcuts

Share