Kelab Belia Taman Matang Jaya

  • Home
  • Kelab Belia Taman Matang Jaya

Kelab Belia Taman Matang Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Belia Taman Matang Jaya, Non-Governmental Organization (NGO), 84FF BLOK K BANGUNAN SYNERGY SQUARE TAMAN MATANG JAYA,, .

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙Ikhlas daripadaKelab Belia Taman Matang JayaSemoga ibadah korban yang dilaksanaka...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙

Ikhlas daripada
Kelab Belia Taman Matang Jaya

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang dalam kehidupan.

Maaf zahir dan batin daripada kami semua. 🤍

Semoga Aidiladha tahun ini dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan dan rahmat buat anda sekeluarga. 🐄🌿

🛠 Selamat Hari Pekerja! 👷‍♂️Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja!Terima kasih atas titik pel...
01/05/2026

🛠 Selamat Hari Pekerja! 👷‍♂️

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja!

Terima kasih atas titik peluh, dedikasi, dan pengorbanan yang diberikan. Tanpa mereka, tidak mungkin negara dapat terus maju dan berkembang.

Setiap sumbangan, tanpa mengira bidang pekerjaan, amat bernilai dan sentiasa dihargai.

"Belia Matang Jaya, Peneraju Bumi Kenyalang"

Sehubungan dengan permintaan yang tinggi daripada peserta, pihak penganjur Battle of Dance anjuran Kelab Belia Taman Mat...
30/04/2026

Sehubungan dengan permintaan yang tinggi daripada peserta, pihak penganjur Battle of Dance anjuran Kelab Belia Taman Matang Jaya bersetuju untuk membenarkan penghantaran peringkat saringan melalui rakaman video.

Peserta yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh menghantar video persembahan mereka sebagai alternatif untuk penilaian peringkat saringan. Semua penyertaan akan dinilai secara adil berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak juri.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 01112643819

KUCHING | BATTLE OF DANCEKelab Belia Taman Matang Jaya menganjurkan Battle of Dance sebagai platform menghimpunkan kumpu...
16/04/2026

KUCHING | BATTLE OF DANCE

Kelab Belia Taman Matang Jaya menganjurkan Battle of Dance sebagai platform menghimpunkan kumpulan-kumpulan tarian belia. Pertandingan ini memberi ruang kepada belia untuk menonjolkan bakat, kreativiti dan kehebatan koreografi dalam suasana yang sihat, kompetitif dan profesional.

👥 Terbuka kepada:
Kumpulan tarian belia berumur 18–35 tahun (pengurus produksi & koreografer boleh melebihi had umur)
* 10–18 penari setiap kumpulan
* 1 pengurus produksi
* 1–2 koreografer

💃 Kategori Persembahan:
Saringan: Tarian Kreatif Malaysia sahaja
Final: Tarian Kreatif Malaysia & Tarian Modern

💰 Yuran Penyertaan:
RM100 setiap kumpulan

📅 Tarikh Penting:
Tutup penyertaan: 20 Mei 2026
Saringan: 23–24 Mei 2026 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Final: 13 Jun 2026 (9.00 pagi – 5.00 petang)

📍 Lokasi:
Dance Lab & Auditorium, Borneo Cultures Museum

🔗 Pautan Syarat & Pendaftaran:
https://forms.gle/eccvQVgVYkNET4aD9

⚠️ Hanya 30 kumpulan akan bertanding di peringkat saringan dan 10 terbaik akan ke final.

📌 Sila rujuk syarat penuh melalui pautan yang disediakan sebelum mendaftar. Dengan penyertaan, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua peraturan pertandingan.

📞 Sebarang pertanyaan:
Sila hubungi kami di 011 1264 3819 (Encik Aideil) atau 014-2744702 (Cik Shasha) atau emel [email protected].

Let’s bring the stage alive! 💥

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Maaf Zahir & Batin daripada kami,  Kelab Belia Taman Matang Jaya 🤍Di hari yang mulia i...
20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Maaf Zahir & Batin daripada kami,
Kelab Belia Taman Matang Jaya 🤍

Di hari yang mulia ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sentiasa menyokong dan bersama kami dalam setiap langkah ❤️

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita 🤲🏻✨

🌙 SALAM RAMADHAN 1447H 🕌Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam !Semoga Ramadhan ini kita memp...
18/02/2026

🌙 SALAM RAMADHAN 1447H 🕌

Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam !

Semoga Ramadhan ini kita memperbanyakkan amal ibadah dan memperbaiki diri serta hubungan dengan orang di sekeliling kita. Semoga juga puasa kita diterima dan amalan kita diberkati.

Selamat menunaikan ibadah puasa. 🌙✨️

Ikhlas daripada
Kelab Belia Taman Matang Jaya


SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 🧧Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga sambu...
16/02/2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 🧧

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan tahun baharu ini membawa sinar kebahagian, kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, dan kejayaan dalam setiap usaha yang dirancang.

Gong Xi Fa Cai! 🧧✨

KELAB BELIA TAMAN MATANG JAYA 2025/2026Dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat kebersamaan, kami memperkenalkan bar...
16/02/2026

KELAB BELIA TAMAN MATANG JAYA 2025/2026

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat kebersamaan, kami memperkenalkan barisan Pimpinan & EXCO Kelab Belia Taman Matang Jaya bagi sesi 2025/2026.

Semoga dengan amanah yang diberikan, barisan kepimpinan ini dapat terus memacu kelab ke arah kecemerlangan, memperkukuh perpaduan belia, dan merancakkan aktiviti komuniti.

Terima kasih atas sokongan semua 💪
Bersama kita membina belia yang berwibawa!

BELIA MATANG JAYA, PENERAJU BUMI KENYALANGLogo ini bukan sekadar simbol, tetapi lambang perpaduan, semangat dan iltizam ...
16/02/2026

BELIA MATANG JAYA, PENERAJU BUMI KENYALANG

Logo ini bukan sekadar simbol, tetapi lambang perpaduan, semangat dan iltizam kami dalam memperkasa belia serta memajukan komuniti.

Dengan satu tekad dan satu matlamat,
kami melangkah bersama sebagai generasi peneraju.

Address

84FF BLOK K BANGUNAN SYNERGY SQUARE TAMAN MATANG JAYA,

93050

Telephone

+60126470024

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Taman Matang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Taman Matang Jaya:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share