Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

Call Website

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak Laman Facebook Rasmi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak ( LAKMNS )

BICARA KELUARGA BAHAGIA: NEXT GEN – YOUNG PARENTINGMenjadi ibu bapa pada era hari ini hadir dengan cabaran dan tanggungj...
04/10/2026

BICARA KELUARGA BAHAGIA: NEXT GEN – YOUNG PARENTING

Menjadi ibu bapa pada era hari ini hadir dengan cabaran dan tanggungjawab yang semakin kompleks. Dalam membentuk generasi masa hadapan, peranan ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan asas, tetapi turut membina nilai, emosi, sahsiah dan hubungan yang kukuh dalam keluarga.

Bagi membincangkan perkara tersebut, program Bicara Keluarga Bahagia: "Next Gen - Young Parenting" anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan IKRAM Malaysia telah berlangsung pada 4 Oktober 2026 bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Program yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azlan Shah Nabees Khan ini mengetengahkan perkongsian dan panduan berkaitan peranan ibu bapa muda dalam membina keluarga yang bahagia serta membentuk generasi yang berkualiti.

Penganjuran program ini merupakan inisiatif LAKMNS dalam memperkukuh institusi keluarga dan menyemarakkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan serta pengasuhan anak-anak sejak awal.

Program turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Wanita Sarawak, Affin Bank, JAKIM Sarawak dan Baitulmal.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir.

Disediakan oleh: Mohamad Hanif
Foto: Shafiq Ashrafy

04/10/2026

[LANGSUNG] BICARA KELUARGA BAHAGIA, NEXT GEN: YOUNG PARENTING

MUHADHARAH MASJID BANDARAYA KUCHING“TAUHID, KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT”Sabtu, 3 Oktober 2026, telah berlangsung...
03/10/2026

MUHADHARAH MASJID BANDARAYA KUCHING
“TAUHID, KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT”

Sabtu, 3 Oktober 2026, telah berlangsungnya Muhadharah Masjid Bandaraya Kuching yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammed Afif bin Iskandar dengan tajuk “Tauhid, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat”.

Dalam pengisian ceramah tersebut, Ustaz Muhammed Afif menekankan bahawa tauhid merupakan asas utama dalam kehidupan seorang Muslim serta kunci kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan tujuan utama untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Dengan kefahaman tauhid yang kukuh, setiap amal dan perjalanan kehidupan dapat dipandu menuju keredhaan Allah SWT.

Tauhid bukan sekadar pengakuan dengan lisan, tetapi perlu dihayati dalam hati dan diterjemahkan melalui kehidupan seharian. Tauhid mengangkat jiwa, menguatkan pergantungan kepada Allah SWT serta membimbing hati untuk terus mencari keredhaan-Nya.

Turut hadir ialah Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS dan Encik Nuraiman bin Omar, Ketua Bahagian Masjid Bandaraya Kuching. Semoga pengisian Muhadharah ini menjadi peringatan dan pedoman buat kita semua untuk memperkukuhkan tauhid, memperbaiki amal serta menjadikan kehidupan kita sentiasa berada dalam petunjuk dan rahmat Allah SWT.






Gambar & artikel oleh :
Heiruzam Filani bin Mohamad.

Sekitar Ceramah Khas bersama al-Fadhil Ustaz Azlan Shah Nabees Khan di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 2 Oktober 2026. ...
02/10/2026

Sekitar Ceramah Khas bersama al-Fadhil Ustaz Azlan Shah Nabees Khan di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 2 Oktober 2026. Beliau menyampaikan tazkirah bertajuk “Cinta dan Hormat kepada Rasulullah SAW”.

Foto: Ammirol

02/10/2026

[LANGSUNG] CERAMAH KHAS MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK BERSAMA AL-FADHIL USTAZ AZLAN SHAH BIN NABEES KHAN

LAKMNS & KONSULAT JENERAL INDONESIA PERKUKUH KOMITMEN KERJASAMALembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) d...
02/10/2026

LAKMNS & KONSULAT JENERAL INDONESIA PERKUKUH KOMITMEN KERJASAMA

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Sarawak komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan, pembangunan ummah serta pemerkasaan institusi dan masyarakat Islam.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi kunjungan hormat LAKMNS ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia pada 1 Oktober 2026, yang turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan serta meneroka ruang kerjasama yang boleh diperkasakan pada masa akan datang.

Delegasi LAKMNS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, bersama barisan pegawai kanan LAKMNS yang terdiri daripada Puan Hajah Haryati binti Mohamad, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan; Puan Hajah Nona Zaharia binti Fadzil, Ketua Pegawai, Jabatan Kewangan; Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan Masjid-masjid; Encik Husmizam bin Ashek, Ketua Pegawai, Jabatan Pelaburan; Puan Afnalizan binti Ali, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi dan Puan Dayang Siti Aishah binti Haji Mohamad Atei, Ketua Bahagian Pelajaran.

Delegasi LAKMNS telah disambut oleh Yang Mulia Dr. Abdullah Zulkifli, Konsul Jeneral Republik Indonesia, bersama pegawai-pegawai kanan Konsulat Jeneral Indonesia.

Dalam kunjungan tersebut, delegasi LAKMNS turut berkesempatan meninjau Masjid As-Safir, sebuah kemudahan baharu yang disediakan di bangunan Konsulat Jeneral Republik Indonesia bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat. Kemudahan tersebut mula digunakan pada 2 Oktober 2026.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan, memperluas jaringan kerjasama serta menyokong usaha pembangunan masyarakat Islam secara lebih inklusif dan berimpak.

02/10/2026

[LANGSUNG] KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT BERTEMPAT DI MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

02/10/2026
Suasana sekitar program Haflah Faniyyah Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY) yang berlangsung di Wisma SABATI...
01/10/2026

Suasana sekitar program Haflah Faniyyah Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY) yang berlangsung di Wisma SABATI pada 26 September 2026.

01/10/2026

Address

Tingkat 8, Baitul Makmur, Medan Jaya, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082440775

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share