NADI Penanti

NADI Penanti Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Penanti, Community Center, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Mengkuang Jaya, Kubang Semang.

๐Ÿ“ Lokasi : NADI Penanti (Tmn Mengkuang Jaya)

โฐ ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ :
Masa : 9am - 1pm | 2pm - 6pm
Hari : Isnin - Ahad (Tutup Cuti Umum)

๐Ÿ“ฑ Info/Pertanyaan :
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€
Cik Azwa (0179472366)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป.๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€
Puan Nisa (0178118140)

08/06/2026

๐Ÿ“ต Awas penipuan panggilan!

Jangan panik dan jangan dedahkan maklumat peribadi.

Ikuti langkah yang betul untuk lindungi diri daripada scammer ๐Ÿ”’




๐Ÿ” ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐‡๐€๐ƒ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘บ ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘ฝ๐‘จ ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ-๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘ฌ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ปBagi mengisi masa lapan...
07/06/2026

๐Ÿ” ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐‡๐€๐ƒ
๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘บ ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘ฝ๐‘จ ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ-๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘ฌ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป

Bagi mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti yang bermanfaat sepanjang musim cuti sekolah, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti telah menganjurkan Program Canva Editing for Kids yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran digital dan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak.
Program ini direka khusus untuk memperkenalkan peserta kepada dunia reka bentuk grafik digital menggunakan platform Canva, sebuah aplikasi reka bentuk yang mudah digunakan dan semakin popular dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perniagaan dan media sosial. Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal, peserta berpeluang mempelajari pelbagai fungsi asas Canva seperti penggunaan templat, pemilihan warna, susun atur elemen grafik, penambahan teks serta teknik menghasilkan reka bentuk yang menarik dan kreatif.
Sepanjang program berlangsung, pelajar telah dibimbing langkah demi langkah oleh petugas NADI dalam mempelajari cara menghasilkan poster menarik, penanda buku kreatif dan buku cerita digital menggunakan Canva dengan cara yang mudah. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya menarik minat pelajar untuk meneroka teknologi digital secara lebih mendalam. Melalui tugasan yang diberikan, peserta didorong untuk berfikir secara kreatif dalam menyampaikan idea serta menghasilkan reka bentuk yang unik mengikut imaginasi masing-masing.
Selain pembelajaran editing, turut diselitkan Kempen Internet Selamat bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah. Para pelajar diberi penerangan mengenai bahaya penipuan dalam talian, buli siber, perkongsian maklumat peribadi serta kepentingan menjaga keselamatan akaun media sosial. Pelajar juga diingatkan supaya sentiasa menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran dan perkara yang memberi manfaat.
Penganjuran Program Canva Editing for Kids dan Kempen Internet Selamat ini juga selaras dengan usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan digital dan teknologi. Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu melahirkan generasi muda yang lebih celik teknologi, kreatif serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat malah turut membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap keselamatan digital.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Sambutan yang diterima daripada peserta dan ibu bapa amat memberangsangkan serta menunjukkan bahawa program berasaskan teknologi dan kreativiti sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan bagi membantu membangunkan bakat dan potensi kanak-kanak dalam bidang digital, seterusnya melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan era transformasi digital negara.

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก : ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti akan ๐ƒ๐ˆ๐“๐”๐“๐”๐  pada 31 Mei 2026 - ...
28/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก : ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti akan ๐ƒ๐ˆ๐“๐”๐“๐”๐ pada 31 Mei 2026 - 1 Jun 2026 (Ahad - Isnin) bersempena cuti Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong 2026. NADI akan beroperasi seperti biasa pada 2 Jun 2026 pada hari Selasa.

28/05/2026

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur dalam memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada warga NADI MCMC.


26/05/2026
๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก : ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti akan ๐ƒ๐ˆ๐“๐”๐“๐”๐  pada 27 Mei 2026 (R...
25/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก : ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti akan ๐ƒ๐ˆ๐“๐”๐“๐”๐ pada 27 Mei 2026 (Rabu) bersempena cuti Hari Raya Haji. NADI akan beroperasi seperti biasa pada 28 Mei 2026 pada hari Khamis.

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐‡๐€๐ƒ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘น ๐‘บ๐‘ท๐‘ด ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ด ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘บProgram Gerak Gempur SPM 2026 dan Kelas J...
25/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐‡๐€๐ƒ
๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘น ๐‘บ๐‘ท๐‘ด ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ด ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘บ
Program Gerak Gempur SPM 2026 dan Kelas Jom Belajar Bahasa Inggeris telah berlangsung dengan lancar di NADI Penanti. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 pada sesi pagi serta pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 pada sesi petang. Tujuan program ini diadakan bagi membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan, mudah difahami serta mengisi masa lapang sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung.
Sepanjang kelas dijalankan, para pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan percubaan peperiksaan, ujian mendengar (Listening Test), permainan pendidikan KAHOOT yang dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Bagi pelajar SPM, fokus diberikan kepada teknik penulisan, pemahaman dan persediaan menghadapi peperiksaan, manakala pelajar Tingkatan 1 hingga 3 diberi pendedahan asas kata hubung, tata bahasa dan kemahiran komunikasi.
Selain pembelajaran akademik, turut diselitkan Kempen Internet Selamat bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah. Para pelajar diberi penerangan mengenai bahaya penipuan dalam talian, buli siber, perkongsian maklumat peribadi serta kepentingan menjaga keselamatan akaun media sosial. Pelajar juga diingatkan supaya sentiasa menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran dan perkara yang memberi manfaat.
Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar kerana suasana pembelajaran yang santai dan mesra. Diharapkan program seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris seterusnya melahirkan pengguna internet yang lebih bertanggungjawab dan beretika.

โšก STOP SCROLLINGโšกContest TikTok paling โ€œbertenagaโ€ dah bermula ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽฌ โ€œARE YOU WATTRIOUS ENOUGH?โ€Buat content. Drop idea. Ka...
19/05/2026

โšก STOP SCROLLINGโšก
Contest TikTok paling โ€œbertenagaโ€ dah bermula ๐Ÿ”ฅ
๐ŸŽฌ โ€œARE YOU WATTRIOUS ENOUGH?โ€
Buat content. Drop idea. Kasi impact.
30โ€“90 saat je. Tema?
๐Ÿ’ก Kecekapan Tenaga ATAU
โš ๏ธ Keselamatan Elektrik
Hadiah macam mana? ๐ŸŽ Apa yang kitorang boleh cakapโ€ฆ hadiah-hadiah kali ni memang โ€œA-Classโ€ dan gempak gila!
๐Ÿ‘ฅ Solo atau gang up sampai 3 orang
๐Ÿ—“๏ธ 16 Mei โ€“ 16 Jun 2026
Kalau content awak selalu masuk FYPโ€ฆ ini masa untuk flex creativity ๐Ÿ˜Žโšก
๐Ÿ“ฒ Scan QR & join sekarang!

๐Ÿ“š๐Ÿ”ฅ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐†๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ“š๐‘บ๐’–๐’ƒ๐’‹๐’†๐’Œ : ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘บ ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡งJom tingkatkan skill English anda dengan sesi padat & menarik! ...
19/05/2026

๐Ÿ“š๐Ÿ”ฅ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐†๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ“š
๐‘บ๐’–๐’ƒ๐’‹๐’†๐’Œ : ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘บ ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง

Jom tingkatkan skill English anda dengan sesi padat & menarik! โœจ
Dibuka untuk Tingkatan 4 & 5
๐ŸŽง ๐“๐จ๐ฉ๐ข๐ค :
โœ… Listening
โœ… Grammar
๐ŸŽฏ Aktiviti kuiz menarik turut diadakan!
๐Ÿ›ก๏ธ Taklimat Cyber Safety selingan
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM5/seorang
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 Mei 2026 (AHAD)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengahari
๐Ÿ“ Lokasi: NADI Penanti, Taman Mengkuang Jaya
(sebelah Ina Salon)
https://maps.app.goo.gl/14THwwmUisV3EPq66?g_st=iw
๐Ÿ“Œ Tempat terhad!
Jom sertai sekarang dan tingkatkan prestasi SPM anda ๐Ÿ’ชโœจ
PM kami untuk daftar:
0179472366
0178118140

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐€๐๐“๐” ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘บ ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘ฏ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘จ๐‘น ๐‘ผ๐‘ท & ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘ฌ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ปProgram Math Gear Up yang dianjurkan di NADI P...
16/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐€๐๐“๐”
๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘บ ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘ฏ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘จ๐‘น ๐‘ผ๐‘ท & ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘ฌ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป
Program Math Gear Up yang dianjurkan di NADI Penanti telah berjaya menarik penyertaan pelajar sekolah rendah berumur antara 10 hingga 12 tahun dari sekitar komuniti setempat. Kelas ini diadakan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran asas Matematik melalui pembelajaran yang lebih santai, menyeronokkan dan mudah difahami.
Sepanjang program berlangsung, pelajar didedahkan dengan latihan pengiraan pantas, dan kuiz Matematik yang mampu meningkatkan minat mereka terhadap subjek tersebut. Tenaga pengajar turut memberi bimbingan secara berfokus dan membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan dalam menyelesaikan soalan Matematik harian melibatkan sub topik pecahan dan sifir.
Selain sesi pembelajaran, peserta juga mengikuti Taklimat Kempen Internet Selamat yang disampaikan oleh petugas NADI bagi memberi kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak dan selamat. Dalam sesi ini, pelajar didedahkan mengenai kepentingan menjaga maklumat peribadi, mengelakkan penipuan dalam talian, serta cara menetapkan "password" menggunakan kunci rahsia.
Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman Matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah, malah turut membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap keselamatan digital. Pihak NADI berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan celik teknologi.

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Mengkuang Jaya
Kubang Semang
14400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Penanti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share