11/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
1. NAMA PROGRAM
Program Saringan Minda Sihat untuk Komuniti
Program ini merupakan sebahagian daripada Program Kajian Komuniti dan Kesihatan Keluarga dengan tema:
โUmur Boleh Tuo, Jantung Kena Mudoโ
2. ANJURAN
Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)
dengan kerjasama
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut
3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi โ 12.30 tengah hari
Tempat: Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang, Jerteh
4. JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA YANG TERLIBAT
1. Pn. Fahnur Fazlin
2. Pn. Siti Athirah
5. OBJEKTIF PROGRAM
1. Menjalankan saringan minda sihat bagi mengenal pasti risiko awal masalah kesihatan mental dalam kalangan komuniti.
2. Mengenal pasti tahap keupayaan individu dalam aspek emosi serta fungsi aktiviti harian.
3. Memberikan nasihat dan cadangan berkaitan penyusunan aktiviti harian yang sesuai bagi membantu menyokong kesihatan mental dan meningkatkan fungsi seharian.
6. AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program adalah:
1. Pameran Unit Terapi Cara Kerja sepanjang program berlangsung.
2. Penerangan ringkas berkaitan peranan dan perkhidmatan Terapi Cara Kerja dalam pengurusan kesihatan mental dan minda sihat.
3. Aktiviti permainan pengurusan stres (stress management) kepada pengunjung.
4. Khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan perkhidmatan Terapi Cara Kerja kepada pengunjung.
5. Memberikan cadangan aktiviti dan strategi pengurusan rutin harian yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan kesejahteraan emosi dan fungsi harian individu.
7. RUMUSAN
Program Saringan Minda Sihat untuk Komuniti telah memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan saringan awal, maklumat serta khidmat nasihat berkaitan kesihatan mental dan fungsi aktiviti harian. Penglibatan Unit Terapi Cara Kerja turut membantu meningkatkan kefahaman komuniti mengenai kepentingan pengurusan stres, keseimbangan aktiviti harian serta amalan gaya hidup yang menyokong kesejahteraan mental.
Kerjasama antara Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Besut dalam pelaksanaan program ini diharapkan dapat terus memperkukuh usaha promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah kesihatan mental di peringkat komuniti.