07/03/2026
2 Mac 2026
Syukur Alhamdulilah.
Harini Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Harmoni Komuniti Malaysia dengan kerjasama Iska Coffee Kubang Kerian berjaya dijalankan dengan penuh semangat kesyukuran Ramadhan.
Sediaan 400 pek bubur lambuk buat para pengguna jalanraya yang setia dan sabar beratur untuk ambil bubur lambuk.
Jutaan terima kasih buat para penyumbang utama iaitu Dato Dr Mohd Faudzi dari MF Auto, Puan Hjh Nik Norhaslinda sekeluarga, En Nazeem dan En Anas Mikhael serta para penyumbang yang lain
Ucapan khusus buat saudara Iskandar, tulang belakang saya bagi program ini, dan 2 krew beliau Alif dan Wan. Juga tidak dilupakan Long yang sudi hadir bantu.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT 🤲🤲🤲♥️♥️♥️🤲🤲🤲❤️❤️❤️