Pusat Khidmat DUN Teruntum

Pusat Khidmat DUN Teruntum Aduan Rakyat Teruntum
WhatsApp 011-5500 1515 PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERUNTUM

18/11/2024

KAWASAN-KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN RAMALAN AWAL BANJIR NEGERI PAHANG SEBAGAI LANGKAH PERSEDIAAN AWAL.

18/11/2024

HEBAHAN AWAL KEMUNGKINAN BERLAKU BANJIR NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG & JOHOR

14 November 2024, 2.00 petang

Diramalkan banjir berkemungkinan akan berlaku di daerah persisiran pantai Negeri Kelantan, Pahang dan Johor (Timur) dan keseluruhan Negeri Terengganu bermula 18 November hingga 21 November 2024.

Orang ramai boleh merujuk portal Public Infobanjir https://publicinfobanjir.water.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat ramalan banjir serta status aras air sungai yang terkini.



18/11/2024
Pegawai Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menghadiri program anjuran Majlis Bandaraya Kuantan.Dalam program tersebut, beb...
15/11/2024

Pegawai Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menghadiri program anjuran Majlis Bandaraya Kuantan.

Dalam program tersebut, beberapa perkara dan isu berkaitan infrastruktur di sekitar DUN Teruntum turut dibincangkan.

DUN TERUNTUM: Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menjalankan rondaan pemeriksaan infrastruktur di sekitar DUN Teruntum.But...
15/11/2024

DUN TERUNTUM: Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menjalankan rondaan pemeriksaan infrastruktur di sekitar DUN Teruntum.

Butiran Aduan:

Jenis Aduan: Jalan Rosak (Jalan berlubang dan tidak diturap dengan baik)

Lokasi: Sepanjang Jalan Berhampiran D'Secret Florist

Alamat: Lorong Tun Ismail 6, 25000 Kuantan

Koordinat: 3°48'50.4"N 103°19'43.1"E

Catatan: Jalan berlubang dan bahu jalan berpasir/berbatu membahayakan pengguna, terutama motosikal, dan mencacatkan pemandangan. Turapan jalan tidak dibuat dengan baik, menyebabkan jalan mendap dan terhakis. Keadaan ini berisiko merosakkan kenderaan kerana permukaan jalan yang tajam dan lubang yang dalam.

Tindakan Susulan: Aduan telah dikemukakan dan dihantar kepada pihak MBK melalui sistem SISPAA (Tiket Id: MBK.029245, MBK.029246, MBK.029247, MBK.029248). Pihak berwajib telah mengambil tindakan susulan.

DUN TERUNTUM: Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menerima aduan daripada penduduk di sekitar DUN Teruntum.Butiran Aduan:Je...
14/11/2024

DUN TERUNTUM: Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menerima aduan daripada penduduk di sekitar DUN Teruntum.

Butiran Aduan:

Jenis Aduan: Saliran (Tebing saliran tidak diselenggara)

Lokasi: Berhampiran Lapar La Kuantan

Alamat: Lorong Galing 6/1, 25300 Kuantan, Pahang

Koordinat: 3°49'22.7"N 103°19'50.7"E

Catatan:
Tebing saliran tidak diselenggara dan runtuh/mendap menyebabkan struktur dinding dan rumah penduduk sekitar retak dan rosak. Semak samun yang telah tumbuh panjang juga meliputi kawasan tebing tersebut.

Tindakan Susulan:
Aduan telah dikemukakan sekaligus dihantar kepada pihak JPS melalui sistem SISPAA (Tiket Id: WATER.007424). Pihak JPS telah memaklumkan bahawa tindakan susulan sudah diambil dan kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima.

Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menyampaikan sumbangan barang makanan kepada Puan Patimah. Bantuan ini diharapkan dapat...
14/11/2024

Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menyampaikan sumbangan barang makanan kepada Puan Patimah. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membantu keperluan harian beliau.

Kami komited untuk terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.
Bersama-sama, kita akan terus membina komuniti yang prihatin dan harmoni.

DUN TERUNTUM: Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menjalankan rondaan pemeriksaan infrastruktur di sekitar DUN Teruntum.Ron...
08/11/2024

DUN TERUNTUM: Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menjalankan rondaan pemeriksaan infrastruktur di sekitar DUN Teruntum.

Rondaan ini bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna terhadap infrastruktur yang terdapat di sekitar DUN Teruntum berada pada tahap yang optimum.

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen YB dalam menjaga kebajikan penduduk setempat sekaligus memastikan infrastruktur di kawasan ini sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Butiran Aduan:

Jenis Aduan: Landskap (Semak samun tidak dibersihkan)

Lokasi: Belakang Masjid Al Munir Kampung Selamat

Alamat: Jalan Kampung Selamat, 25050 Kuantan, Pahang

Koordinat: 3°48'49.5"N 103°20'43.8"E

Catatan: Semak samun telah lama dibiarkan tidak diselenggara. Penduduk sekitar bimbang haiwan liar / berbisa kerana kawasan tersebut sangat hampir dengan kawasan rumah. Perkara ini turut mencacatkan pemandangan sekitar.

Tindakan Susulan: Aduan telah dikemukakan sekaligus dihantar kepada pihak JPS melalui sistem SISPAA (Tiket Id: WATER.008326). Diharapkan pihak JPS mengambil tindakan segera terhadap permasalahan ini.

Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menerima aduan berkenaan jalan rosak di Jalan Gebeng 2/1, 26080 Kuantan.Bagi mengelakka...
08/11/2024

Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menerima aduan berkenaan jalan rosak di Jalan Gebeng 2/1, 26080 Kuantan.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang dan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, aduan telah dibuat kepada pihak berwajib.
Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen YB dalam menjaga kebajikan penduduk setempat dan memastikan infrastruktur dalam keadaan terbaik.

Butiran aduan :

Aduan : Jalan rosak (Jalan berlubang)

Lokasi : Berhampiran RWNA Engineering Sdn. Bhd. (Gebeng Kuantan)

Alamat : Jalan Gebeng 2/1, 26080 Kuantan, Pahang

Koordinat : 3°58'37.4"N 103°22'06.9"E

Catatan : Terdapat lubang besar di tengah jalan membahayakan pengguna jalan

Tindakan : Aduan telah dihantar kepada pihak pihak berwajib melalui sistem SISPAA dan pihak berwajib telah mengambil tindakan

Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menjalankan rondaan pemeriksaan jalan di sekitar DUN Teruntum untuk memastikan keselama...
08/11/2024

Pusat Khidmat DUN Teruntum telah menjalankan rondaan pemeriksaan jalan di sekitar DUN Teruntum untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen YB dalam menjaga kebajikan penduduk setempat dan memastikan infrastruktur di kawasan ini sentiasa dalam keadaan terbaik

Butiran aduan :

Aduan : Jalan rosak (Jalan berlubang)

Lokasi : Berhampiran Nirwana Hypermarket Sdn Bhd (Cawangan Star City)

Alamat : Lot 118, Lorong Seri Kuantan 81, East Coast Garden, 25300 Kuantan, Pahang

Koordinat : 3°49'29.6"N 103°20'10.3"E

Catatan : Terdapat lubang besar di tengah dan bahu jalan membahayakan pengguna jalan

Tindakan : Aduan telah dihantar kepada pihak MBK melalui sistem SISPAA dan pihak MBK telah mengambil tindakan

Address

A137, 1st Floor, Jalan Beserah
Kuantan
25300

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 13:00

Telephone

095137777

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat DUN Teruntum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat DUN Teruntum:

Share