30/11/2025
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita Warga PKUP Ng Pahang dapat berhimpun dalam Majlis Hi-Tea dan Penyerahan Sijil PKUP Cawangan Pandan Permai pada petang ini. Terima kasih kepada semua tetamu, para usahawan, warga emas, ibu tunggal, balu, OKU, serta seluruh penduduk yang hadir memeriahkan program anjuran PKUP CAWANGAN PANDAN PERMAI bersama JPKKK d Kg Pandan 1 ini.
Tahniah dan penghargaan kepada Puan Azinah Binti Ramli selaku Pengerusi Cawangan Pandan Permai dan seluruh AJK PKUP Pandan Permai, JPKKK Pandan 1, Tok 4 Selaku Penaung PKUP Caw Pandan Permai yang dirahmati ALLAAH SWT dan AJK Masjid Pandan 1, En Tahir serta para petugas dan semua ahli keluarga s**arelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan karnival dan mini s**an tradisional pada hari ini.
Terima kasih kepada Tuan Rumah dan Tuan Tanah Puan Norsiyam Sekeluarga, d Embak Sari Homestay d Kg Pandan Permai ini.
Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim, menghidupkan kembali s**an tradisional, menggalakkan gaya hidup sihat, menyantuni golongan memerlukan, serta membuka ruang kepada usahawan kecil memperkenalkan produk mereka.
Semoga kerjasama dan ukhwah yang terbina ini terus subur dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti Pandan Permai.
Akhir kata, Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
saya merasmikan Majlis Hi-Tea & Penyerahan Sijil PKUP Pandan Permai.
Sekian, terima kasih.
Wassalammualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.