24/09/2026
π§ FORUM AIR 2026 NEGERI PAHANG π§
Bersama Membina Kesedaran, Memperkasa Pengurusan Air
Pada 17 September 2026, Yayasan IKRAM Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menganjurkan Forum Air 2026 Negeri Pahang yang bertempat di Dewan BCIC Lodge, Indera Mahkota, Kuantan.
Program ini menghimpunkan agensi dan pihak berkepentingan dalam sektor perkhidmatan air bagi membincangkan isu, cabaran serta usaha penambahbaikan perkhidmatan air khususnya di negeri Pahang.
Sesi Townhall Forum Air 2026 dimulakan dengan pembentangan daripada:
πΉ Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Negeri Pahang
πΉ Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)
πΉ Ketua Operasi Negeri Pahang, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)
Program kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog bersama yang melibatkan wakil daripada SPAN, PAIP dan IWK. Sesi ini turut memberi ruang kepada para hadirin dan pengguna perkhidmatan air di negeri Pahang untuk mengemukakan soalan serta mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak berkaitan.
Forum ini turut mendapat perhatian dan sokongan daripada beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Pahang yang hadir bersama bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran serta kualiti perkhidmatan air kepada masyarakat.
π€ Prihatin kepada masyarakat
Sebagai penutup program, sesi penyampaian cenderahati telah diadakan kepada wakil-wakil agensi perkhidmatan air yang terlibat. Program turut diserikan dengan sumbangan Bakul Rahmah Yayasan IKRAM Malaysia kepada 61 penerima daripada kawasan Kuantan dan Beserah.
Semoga penganjuran Forum Air 2026 ini menjadi platform berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara agensi, pemegang taruh dan masyarakat demi memastikan perkhidmatan air yang lebih berkualiti, berkesinambungan dan berorientasikan kepentingan rakyat.
Yayasan IKRAM Malaysia
Bersama Membina Masyarakat Prihatin dan Sejahtera.