Jabatan AMAL Malaysia kawasan Indera Mahkota

Call Website Contact the organization

Jabatan AMAL Malaysia kawasan Indera Mahkota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Indera Mahkota

JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA | JALINAN MESRA KOMUNITI SRI PELINDUNGAlhamdulillah, anggota Jabatan Amal Indera Mahkota tel...
18/10/2026

JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA | JALINAN MESRA KOMUNITI SRI PELINDUNG

Alhamdulillah, anggota Jabatan Amal Indera Mahkota telah bertugas menjaga kelancaran trafik dan keselamatan sepanjang berlangsungnya Program Jalinan Mesra Komuniti Sri Pelindung.

Kehadiran anggota bertugas adalah bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar, teratur dan selamat untuk semua yang hadir.

Program ini turut dihadiri oleh YB Haji Andansura Rabu.

Terima kasih kepada semua anggota yang telah memberikan komitmen dan khidmat bakti demi kesejahteraan komuniti.

Beramal Kerana Allah. ❤️💚




18/10/2026
🚨 JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA BERKHIDMAT | LARIAN DESA LESTARI CHERATING 2026 🏃‍♂️💚Alhamdulillah, seramai 12 orang anggo...
10/10/2026

🚨 JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA BERKHIDMAT | LARIAN DESA LESTARI CHERATING 2026 🏃‍♂️💚

Alhamdulillah, seramai 12 orang anggota Jabatan Amal Indera Mahkota telah ditugaskan bagi membantu kelancaran program Larian Desa Lestari Cherating (Fun Run) yang berlangsung di SK Cherating, anjuran Royal Chulan Cherating.

Sepanjang program berlangsung, anggota Jabatan Amal telah menjalankan tugas menjaga kawasan parkir kenderaan serta mengawal lalu lintas di sepanjang laluan larian peserta. Sebanyak 5 checkpoint telah dikawal rapi bagi memastikan keselamatan peserta terjaga dan aliran trafik berjalan lancar tanpa menyebabkan kesesakan.

💪 Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, beramal dengan penuh keikhlasan.

Setiap tugas yang digalas bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi juga satu peluang untuk berbakti kepada masyarakat. Walaupun penat dan masa dikorbankan, semangat anggota tetap utuh demi memastikan program berjalan dengan selamat dan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PIBG atas ucapan penghargaan kepada anggota Jabatan Amal Indera Mahkota. Terima kasih juga kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk bersama-sama menjayakan program ini.

🌟 Jabatan Amal bukan sekadar hadir untuk bertugas, tetapi hadir untuk berbakti.

Kami tidak mencari pujian, sebaliknya mengharapkan keredaan Allah SWT. Selagi kudrat masih ada, selagi itulah kami akan terus melangkah, menghulurkan khidmat dan membantu masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.

“Beramal Kerana Allah, Berkhidmat Untuk Ummah.”

Semoga setiap langkah, keringat dan pengorbanan anggota menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT. Terus istiqamah dalam perjuangan dan terus menjadi khidmat bakti kepada masyarakat.

🔥 JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA — SIAP SIAGA BERKHIDMAT, IKHLAS BERAMAL! 💚






ZIARAH KASIH | JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA🤝 Erti Ukhuwah, Tanda KeprihatinanAlhamdulillah, Team Jabatan Amal Indera Mahk...
09/10/2026

ZIARAH KASIH | JABATAN AMAL INDERA MAHKOTA

🤝 Erti Ukhuwah, Tanda Keprihatinan

Alhamdulillah, Team Jabatan Amal Indera Mahkota bersama Ketua Pemuda PAS, telah mengadakan ziarah kasih ke rumah Tuan Edham yang sedang berehat dan menjalani proses pemulihan akibat kecederaan semasa bekerja.

Tuan Edham merupakan seorang anggota yang dikenali dengan sikap cergas, bersemangat dan sentiasa komited dalam gerak kerja amal. Semangat serta kesungguhan beliau dalam berkhidmat menjadi inspirasi buat rakan-rakan seperjuangan.

Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi tanda ingatan, keprihatinan dan eratnya ukhuwah sesama anggota. Semoga kehadiran team Jabatan Amal Indera Mahkota dapat menceriakan beliau dan memberikan semangat untuk terus kuat menghadapi ujian ini.

🤲 Semoga Tuan Edham dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan pemulihan dan kembali sihat seperti sediakala.

Sakit dan ujian bukan penghalang untuk terus bersemangat. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Tuan Edham

JABATAN AMAL MALAYSIA Berkhidmat Untuk Ummah ❤️

🏃‍♂️ FUNWALK TASTI & PASTI PELINDUNG 2026 🏃‍♀️Alhamdulillah, selesai sudah tugasan Jabatan Amal Indera Mahkota (IM) dala...
04/10/2026

🏃‍♂️ FUNWALK TASTI & PASTI PELINDUNG 2026 🏃‍♀️

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan Jabatan Amal Indera Mahkota (IM) dalam membantu menjayakan Funwalk TASTI & PASTI Pelindung 2026 yang telah berlangsung pada hari ini di Tasik Pelindung.

Seramai 11 anggota Jabatan Amal IM telah ditugaskan bagi memastikan aspek keselamatan dan kawalan trafik sepanjang program berlangsung agar perjalanan peserta berjalan lancar dan teratur.

Menariknya, anggota Jabatan Amal bukan sekadar bertugas di laluan, malah turut bersama-sama menyertai brisk walk bersama para peserta. 💪🏻🚶‍♂️🚶‍♀️

Khidmat bakti, tenaga dan masa dicurahkan demi memastikan setiap program masyarakat dapat berlangsung dengan selamat dan lancar.

Melangkah Bersama, Membina Generasi Cemerlang. 🌿💚

Terima kasih dan tahniah kepada semua anggota Jabatan Amal Indera Mahkota yang bertugas.

Sedia Berkhidmat, Ikhlas Berbakti. 🤝🏻






Demi Amanah, Kami Terus Melangkah 💪Hari ini, anggota Jabatan Amal Indera Mahkota turun bertugas di Temerloh, Pahang semp...
26/09/2026

Demi Amanah, Kami Terus Melangkah 💪

Hari ini, anggota Jabatan Amal Indera Mahkota turun bertugas di Temerloh, Pahang sempena program Alam Ria PASTI Negeri Pahang.

Seawal sebelum Subuh, anggota telah bergerak dari Kuantan menuju ke Temerloh. Walaupun perjalanan jauh dan memerlukan pengorbanan masa serta tenaga, semuanya dilakukan atas satu niat menunaikan amanah dan memberikan khidmat kepada masyarakat.

Bagi kami, khidmat bukan sekadar hadir ketika diperlukan, tetapi sanggup melangkah lebih awal, menempuh perjalanan jauh dan berada di lapangan demi memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar, selamat dan teratur.

🤝 Dari Kuantan ke Temerloh, langkah mungkin jauh, tetapi semangat untuk berkhidmat sentiasa dekat di hati.

Terima kasih kepada seluruh anggota Jabatan Amal Indera Mahkota yang terus memberikan komitmen, masa dan tenaga tanpa mengira penat.

Bergerak kerana amanah.
Berkhidmat kerana Allah.
Bersama masyarakat, demi sebuah khidmat. ❤️






24/09/2026
🌿 USRAH & MESYUARAT JAMKIM SIRI KE-8 🌿Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Usrah & Meeting JAMKIM (Jabatan Amal I...
23/09/2026

🌿 USRAH & MESYUARAT JAMKIM SIRI KE-8 🌿

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Usrah & Meeting JAMKIM (Jabatan Amal Indera Mahkota) Siri Ke-8.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan bersama, diikuti sesi usrah yang disampaikan oleh Ustaz Ainul Arifin, Timbalan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Indera Mahkota, dengan tajuk:

📖 Hadis 40: Pelbagai Sarana Sedekah

Sesi usrah menjadi ruang untuk kita menambah ilmu, memperkukuhkan ukhuwah serta menghayati kepentingan sedekah dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan perbincangan berkaitan program-program yang akan datang bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Terima kasih kepada semua anggota yang hadir dan memberikan komitmen. Semoga setiap usaha dan khidmat kita dipermudahkan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

💚 Jabatan Amal Indera Mahkota💚

Berkhidmat Tanpa Mengira Penat, Beramal Kerana Allah.





Address

Kuantan
26100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan AMAL Malaysia kawasan Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan AMAL Malaysia kawasan Indera Mahkota:

Shortcuts

Share