16/12/2025
07/12/2925
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pihak Rodong Permotoran Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada En Ahmad fadziree yang Mewakili Wan Mohd Azam Bin Dato Sri Diraja Hj.Wan Rosdy
Naib Pengerusi Majlis Tindakan social Pahang ( MTSP ) dan semua kelab, peserta, tetamu jemputan dan para penaja yang menjayakan Kejohanan Bowling Rodong Permotoran Pahang pada 7hb Disember 2025 di Playground 6 Semambu Kuantan.
Kami amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan, dengan penyertaan sebanyak 13 kelab dan 52 orang peserta yang turut hadir memeriahkan kejohanan.
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang kejohanan pada kali ini:
Skor Tertinggi (High Game): Erwan (GABM)
Juara: Geng Alza Biru (GABM)
Naib Juara: Greener Tok Gajah (Exora)
Tempat Ketiga: Kelantan Alzarian Club
Kami juga menyampaikan penghargaan kepada semua kelab dan komuniti yang menyertai pertandingan ini:
1. SAVVTOC
2. SAGAHOOD
3. Sahabat Komuniti Crew (S.K.C) 1
4. Sahabat Komuniti Crew (S.K.C) 2
5. Geng Alza Biru Pahang Crew
6. Geng Alza Biru Pahang Crew
7. Preve Syndicate Pahang
8. Sahabat Alza Kuantan (SAK)
9. KAC Pahang
10. Sahabat Komuniti Crew (S.K.C) 3
11. Greener Tok Gajah
12. My Proton Malaysia Community (MPMC)
13. Skywing Komuniti
Tidak dilupakan juga ucapan Terima kKasih yang mendalam kepada semua penaja yang memberikan sokongan padu:
EPE Berhad
MTSP
Emas Sri Semantan
DMRS
Mentari Carrier Services
Sokongan berterusan daripada semua pihak inilah yang menjadikan kejohanan ini berjaya dianjurkan dan berjalan lancar. Semoga hubungan silaturahim antara komuniti permotoran di Pahang terus erat dan semakin kukuh dari masa ke masa.
Akhir kata,
Pihak Rodong Permotoran Pahang sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga kita bertemu lagi dalam program @ kejohanan akan datang.
Sekian,
Terima Kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
are 1 family