Taman Paduka 45000 Kuala Selangor : Fasa 1 , 2 Dan 3

Taman Paduka 45000 Kuala Selangor : Fasa 1 , 2 Dan 3 DITERAJUI KOMUNITI TAMAN PADUKA , KUALA SELANGOR

13/05/2026

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)

Apa itu VSP?

VSP ialah Volunteer Smartphone Patrol, iaitu aplikasi rasmi Polis Diraja Malaysia untuk membantu orang awam menyalurkan maklumat jenayah, aduan keselamatan, dan notifikasi balik kampung terus kepada pihak polis.

Fungsi utama VSP:

🔷Hantar aduan atau maklumat jenayah.

🔷Muat naik gambar, video dan lokasi GPS.

🔷Butang panik (panic button).

🔷Isi notifikasi balik kampung untuk rondaan polis.

🔷Membantu polis sebagai “mata dan telinga masyarakat.


12/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA
12 Mei 2026 💙🩺

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jururawat atas jasa, pengorbanan serta keikhlasan dalam memberikan rawatan dan menjaga kesihatan masyarakat tanpa mengenal penat lelah.

“Jururawat bukan sekadar profesion, tetapi insan berhati mulia yang sentiasa menjadi penguat semangat, pembawa harapan dan penyinar kehidupan buat setiap pesakit.”

Semoga semua jururawat sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah yang begitu besar dan mulia.

Ikhlas daripada:
Pengerusi (JKP) & Seluruh AJK Taman Paduka 🤝

🌷 *SELAMAT HARI IBU* 🌷Buat seluruh insan bergelar ibu di Taman Paduka,terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan...
10/05/2026

🌷 *SELAMAT HARI IBU* 🌷

Buat seluruh insan bergelar ibu di Taman Paduka,
terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus buat keluarga tercinta ❤️
Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan 🤲✨
“Kasih ibu membawa ke syurga.”

Ikhlas daripada
*Pengerusi JKP & Seluruh AJK Taman Paduka* 🌹

01/05/2026

💥SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2026💥

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pengerusi serta seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Komuniti Taman Paduka ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di mana sahaja anda berada.

Terima kasih atas segala jasa, keringat dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam membangunkan keluarga, masyarakat dan negara tercinta.

Hari Pekerja ini adalah tanda penghargaan kepada setiap individu yang bekerja tanpa mengira bidang, sama ada di sektor awam mahupun swasta, termasuk juga mereka yang bekerja sendiri.

Semoga semua pekerja terus diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, serta dipermudahkan segala urusan dalam kerjaya masing-masing.
*“Pekerja Berkualiti, Pemacu Kecemerlangan Negara”.*

Ikhlas daripada: Pengerusi & Seluruh AJK Komuniti Taman Paduka🤝


30/04/2026
28/04/2026
27/04/2026

Address

DEWAN MASYARAKAT TAMAN PADUKA
Kuala
45000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Paduka 45000 Kuala Selangor : Fasa 1 , 2 Dan 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share