PSA Unisza

PSA Unisza Persatuan Staf Akademik UniSZA

15/10/2025

Selamat Pulang ke Tanah Air🌹

UCAPAN PERSATUAN STAF AKADEMIK UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (PSA UniSZA)

Selamat Pulang, Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh
Pensyarah, Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa, UniSZA

Persatuan Staf Akademik UniSZA (PSA UniSZA) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa bangga atas penglibatan Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition & Thousands Madleens to Gaza.

Keberanian dan keprihatinan beliau dalam menyertai misi ini mencerminkan semangat perjuangan, nilai kemanusiaan sejagat serta solidariti terhadap penderitaan rakyat Gaza. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademia untuk terus menegakkan nilai kemanusiaan, keadilan dan keamanan sejagat.

Selamat pulang dengan penuh keberkatan dan doa keselamatan sentiasa mengiringi Prof. Dr. Mohd Afandi.

Sanah Helwah! Dato NC UniSZASemoga sentiasa dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah, diberi kesihatan yang baik, ketenang...
07/10/2025

Sanah Helwah!
Dato NC UniSZA
Semoga sentiasa dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah, diberi kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, keberkatan dalam setiap usaha, serta diluaskan pintu-pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan. 🤲✨

Kenyataan Media PSA 6/10/2025
07/10/2025

Kenyataan Media PSA 6/10/2025

🌟 JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI AKADEMIA UniSZA 2025 🌟السلام عليكم ورحمة الله وبركاته & Salam Sejahtera,Persatuan Staf Akade...
07/10/2025

🌟 JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI AKADEMIA UniSZA 2025 🌟

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
& Salam Sejahtera,

Persatuan Staf Akademik UniSZA dengan sukacitanya menjemput semua staf akademik UniSZA untuk menghadiri:

📚 Sambutan Hari dan Bulan Akademia Peringkat UniSZA 2025
📅 Tarikh: Ahad, 5 Oktober 2025
⏰ Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Tempat: Dewan Auditorium Akademik UniSZA
✨ Marilah bersama-sama kita menyemarakkan sambutan ini dalam menghargai jasa serta sumbangan warga akademik UniSZA.
Kehadiran sahabat-sahabat sekalian amatlah bermakna bagi memeriahkan acara ini! ❤️


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ahli PSA! 🌸Kami dengan sukacitanya menjemput semua ahli PSA untuk menghadiri:📌 HARI BE...
07/10/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ahli PSA! 🌸
Kami dengan sukacitanya menjemput semua ahli PSA untuk menghadiri:
📌 HARI BERSAMA AHLI PSA @ KAMPUS BESUT
📅 Tarikh / Hari: 1 Oktober 2025 (Rabu)
📍 Tempat: Kampus Besut (Di Tepi Tasik)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Jom sama-sama kita meriahkan program ini! 🤝✨
Bawa semangat, kawan-kawan dan senyuman.
Kehadiran anda amatlah dialu-alukan! 💚
Untuk penyertaan sila isikan borang ini: https://tinyurl.com/HariBersamaAhliPSA-KampusBesut

Address

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSA Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share