Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Pvatm Caw. Kuala Selangor

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Pvatm Caw. Kuala Selangor Veteran Angkatan Tentera Malaysia

*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُMakna: Ya Allah Ya Tuhan...
09/05/2026

*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.

Dimaklumkan bahawa saudara yang kita sama2 kasihi iaitu *EN SHAMSUDIN BIN ISAMAIL (B 9144)* tinggal di *NO 17 JALAN SIRAMBAI 6 TAMAN SIRAMBAI* telah kembali kerahmahtullah Pada *08 MEI 2026 JAM LEBIH KURANG 4:30 PAGI DI HOSPITAL PUNCAK ALAM*. Jenazah akan diuruskan pagi ini Mohon kepada semua Pegawai dan AJK serta Ahli-Ahli yg berkelapangan untuk hadir ziarah Jenazah Allahyarham Pakaian Koperat, Bersongkok ataupun bersesuaian bagi yg tiada uniform.
Semoga rohnya di tempatkan bersama mereka yg beriman
dan diterima segala amalannya.

02 MEI 2026 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 60/2026Hari Sabtu 02 Mei 2026 Jam 10 Pagi Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Kua...
02/05/2026

02 MEI 2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 60/2026

Hari Sabtu 02 Mei 2026 Jam 10 Pagi Mesyuarat Agung PVATM Cawangan Kuala Selangor Telah diadakan Di Balai Masyarakat Telok Piai Kuala Selangor Dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Din Bin Husnin Selaku Yang Dipertua PVATM Negeri Selangor.

Turut Hadir En Abdul Karim bin Shaharudin Setiausaha PVATM Negeri Selangor, En Asmawi Bin Aripin Pegawai Tadbir PVATM Negeri Selangor En Sharip bin Ramli , Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Seri Piai merangkap Penyelaras Balai Masyarakat Telok Piai.

Tahniah Kepada Pegawai serta AJK dan SEMUA Ahli termasuk Ahli dan Balu Bersekutu Serta Srikandi yang terlibat dalam menjayakan dan Atas Kelancaran Mesyuarat Agung Kali ini sepertimana Mengikut Laporan Pelapor PVATM NEGERI SELANGOR Iaitu Tn Hj Farhan Shannon Bin Abdullah Ahli Jawatankuasa PVATM Negeri Selangor

SENTIASA BERJUANG
Bersedia Berbakti Berkorban.

05 APRIL 2026 Syukur Alhamdulillah Pada pagi ini Veteran bersama pasangan masing2 dapat Menghadiri sambutan Hari Raya Ai...
05/04/2026

05 APRIL 2026 Syukur Alhamdulillah Pada pagi ini Veteran bersama pasangan masing2 dapat Menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri PVATM peringkat Negeri Selangor di Kelab Shah Alam . sambutan yang sangat meriah serta dapat mengeratkan silaturahim antara semua Cawangan di negeri Selangor.

05 April 2026 Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 PVATM CAWANGAN KUALA SELANGOR Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 202...
05/04/2026

05 April 2026 Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 PVATM CAWANGAN KUALA SELANGOR

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 PVATM Cawangan Kuala Selangor telah berlangsung pada 05 April 2026 di Perkarangan Rumah En Hazhar Bin Yusof (Pemeriksa kira-kira 2) No 78 Taman Seri Desa Jalan Bomba Tg Karang Selangor yang dapat menghimpunkan Veteran Dan masyarakat setempat pelbagai lapisan dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Program ini dianjurkan oleh PVATM Cawangan Kuala Selangor dengan kerjasama Parlimen Tanjong Karang sebagai platform mengeratkan silaturrahim serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat bersama VETERAN sempena sambutan Aidilfitri.

Kehadiran masyarakat yang ramai jelas mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan serta memperlihatkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang Kukuh, terima kasih kepada semua yang terlibat..KC Sabak bernam bersama AJK dan Ahli. Terima kasih semua.

02 APRIL 2026 Syukur Alhamdulillah pada Petang ini berkesempatan Ziarah Veteran sambil berhari raya Aidilfitri ke rumah ...
03/04/2026

02 APRIL 2026 Syukur Alhamdulillah pada Petang ini berkesempatan Ziarah Veteran sambil berhari raya Aidilfitri ke rumah En Sulaiman Bin Alang di Kg Sg Yu Tanjong Karang dan menyampaikan sumbangan Wellchair dan kotak makanan , Sama2 kita doakan agar beliau diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusanya. Terima kasih kepada semua yang turut hadir.

02 APRIL 2026 Syukur Alhamdulillah pada Petang ini berkesempatan Ziarah Veteran sambil berhari raya Aidilfitri ke rumah ...
03/04/2026

02 APRIL 2026 Syukur Alhamdulillah pada Petang ini berkesempatan Ziarah Veteran sambil berhari raya Aidilfitri ke rumah En Azlan Bin Hashim, En Samsudin Bin Abdullah dan En Abu Hassan Bin Mohd Amin, Sama2 kita doakan agar beliau diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusanya.

*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُMakna: Ya Allah Ya Tuhan...
01/04/2026

*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.

Dimaklumkan bahawa saudara yang kita sama2 kasihi iaitu *EN SAHRAN BIN MOHD NOOR (B 11637)* tinggal di *NO 18 JALAN 3/13 SEKSYEN 3 TAMAN DESA MAWAR TANJONG KARANG SELANGOR* telah kembali kerahmahtullah Pada *31 MAC 2026*. Jenazah akan diuruskan pagi esok lebih kurang jam 8 pagi. Mohon kepada semua Pegawai dan AJK serta Ahli-Ahli yg berkelapangan untuk hadir ziarah Jenazah Allahyarham Pakaian Koperat, Bersongkok.
Semoga rohnya di tempatkan bersama mereka yg beriman
dan diterima segala amalannya.

01 April 2026 RABU 11 Pagi PVATM Cawangan Kuala Selangor Syukur Alhamdulillah telah mengadakan Mesyuarat AJK 1/2026, Ber...
01/04/2026

01 April 2026 RABU 11 Pagi PVATM Cawangan Kuala Selangor Syukur Alhamdulillah telah mengadakan Mesyuarat AJK 1/2026, Bertempat di Pejabat PVATM Cawangan Kuala Selangor

Mersyuarat pada kali ini membincangkan Mesyuarat Agung Ke 60 yang dijangkakan pada 02 Mei 2026.serta kebajikan warga veteran. Terima kasih kepada semua yg hadir

Program Memasak & Mengedar Bubur Lambuk Syukur Alhamdulillah, pada 01 Mac 2026 (Ahad) telah berlangsung dengan meriah pr...
01/03/2026

Program Memasak & Mengedar Bubur Lambuk

Syukur Alhamdulillah, pada 01 Mac 2026 (Ahad) telah berlangsung dengan meriah program memasak dan mengedar bubur lambuk di Taman Permai Jeram .

Program ini anjuran bersama PVATM Cawangan Kuala Selangor dan KOSPEN (Komuniti Sihat Pembina Negara) Jeram.

Gotong-royong memasak bubur lambuk dapat mengeratkan silaturahim. Semangat kebersamaan dan budaya berkongsi rezeki terserlah sepanjang program

Turut hadir YB Dato Harisson Bin Hassan ADUN Jeram, Tn Hj Muhmad Rashid Bin Muhmad Kassim YDP Pas Kuala Selangor, Tn Mohamad Yazid Bin Abdul Ghani Ketua Kampung Simpang 3 Jeram.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus subur dan diberkati Allah SWT.

28 FEB 2026.Program Memasak Bubur Lambuk Anjuran PVATM Cawangan Kuala Selangor dan Komuniti Surau Nurul Ehsan Batu 7 Ijo...
28/02/2026

28 FEB 2026.Program Memasak Bubur Lambuk Anjuran PVATM Cawangan Kuala Selangor dan Komuniti Surau Nurul Ehsan Batu 7 Ijok

YB Tuan Jefri Bin Mejan ADUN Ijok serta Isteri telah menghadiri Program Memasak Bubur lambuk yang berlangsung dengan penuh semangat muhibah dan kerjasama masyarakat setempat.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin serta penduduk kampung.Dengan VETERAN ATM. Aktiviti memasak bubur lambuk secara bersama-sama bukan sahaja mencerminkan perpaduan, malah menjadi platform untuk menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

YB Tuan Jefri Bin Mejan turut menyampaikan sumbangan. Beliau kemudiannya membantu mengagihkan bubur lambuk serta buah kurma sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam menyambut Ramadan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan juga kepada pengerusi surau
Tn Hj Alias Bin Subuh serta barisan Ahli Jawatankuasa dan semua komuniti Batu 7 Ijok atas jemputan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga semua barisan pegawai dan Ahli Jawatankuasa Ali Veteran dan semua Ahli serta Balu Bersekutu PVATM Cawangan Kuala

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan.
Terima kasih

Address

No 13, 13A Jalan Raja Abdullah
Kuala Selangor
45000

Telephone

+60123879650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Pvatm Caw. Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Pvatm Caw. Kuala Selangor:

Share