Komuniti Kampung Alor Damat JPKK

Komuniti Kampung Alor Damat JPKK This for community group..JPKK Alor Damat

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْTaqabbalallahu minna wa minkumSemog...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ
Taqabbalallahu minna wa minkum

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan kita semua.
Kami (JPKK) Kg Alor Damat ingin mengingatkan kepada semua penduduk kampung yang pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya.

✅ Pandu dengan berhemah, patuhi peraturan lalu lintas dan elakkan memandu dalam keadaan letih.
✅ Pastikan rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dengan mengunci pintu dan tingkap, menutup suis elektrik serta memaklumkan kepada jiran terdekat untuk membantu memantau.

Semoga perjalanan anda semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa
JPKK Kg Alor Damat

Assalamualaikum wbrth.Innalillah wainna ilaihi rajiunMakluman Kematian Di Kg Alor DamatDimaklumkan bahawa Tun Sri Lanang...
06/09/2025

Assalamualaikum wbrth.

Innalillah wainna ilaihi rajiun

Makluman Kematian Di Kg Alor Damat

Dimaklumkan bahawa Tun Sri Lanang bin Tun Mahmud telah meninggal dunia pada pagi ini lebih kurang jam 6.30 am.

Insyaallah solat Jenazah akan diadakan di Surau Darul Salam Kg Alor Damat selepas Solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syekh Ibrahim di Kuala Terengganu.

Semoga Allah tempatkan dikalangan para solehin.

Amin ya rabb 🤚✋

JPKK KG ALOR DAMAT

*Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.* Sempena Bulan Rabiul Awwal 1447 M , Pihak JPKK Alor Damat akan mengadakan ...
03/09/2025

*Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.*

Sempena Bulan Rabiul Awwal 1447 M , Pihak JPKK Alor Damat akan mengadakan Program *Perarakan Maulidur Rasul S.A,W*
~
Tarikh : 5 september 2025 M (12 Rabiul Awwal 1447 H)
Hari : jumaat
Masa . : 7.30 pagi - 12.00 Tengahari.
Tempat : Balai jpkk Alor Damat dan persekitarannya

* # Pakaian : Baju melayu bersampin (lelaki) & Baju kurung ( perempuan).*

Aturcara.
7.30 - Pendaftaran dan sarapan
8.00 - Perarakan
10.00 - Rehat
10.30 - Cabutan bertuah
11.00 - Makan Tengahari
12.00 - Bersurai.

*Di jemput semua untuk hadir* .

InsyaAllah Program bersama *YB Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir Ahli Parlimen Setiu* Di Kg Alor Damat.*Kaunter Aduan Rak...
06/08/2025

InsyaAllah Program bersama *YB Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir Ahli Parlimen Setiu* Di Kg Alor Damat.

*Kaunter Aduan Rakyat*
Tarikh : *9 Ogos 2025*
Hari : *Sabtu*
Jam : *3.00 Ptg*

Pakat2 mari belake deh, jika ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh direct dengab YB Ust., InsyaAllah

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Kampung Alor Damat JPKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share