28/06/2026
Tapak permainan Pantai Telaga Batin (sebelah Medan Selera)
kini dalam proses perhatian untuk dinaik taraf setelah pihak JPKK mengemukakan cadangan pembaikan akibat kerosakan struktur lantai.Terima kasih Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atas komitmen menaik taraf fasiliti komuniti ini. Insya-Allah, moga usaha ini memberi impak besar dalam menarik lebih ramai pelancong ke pantai kita.
UPDATE & SUSULAN JPKK TELAGA BATIN : KESELAMATAN ANAK-ANAK KEUTAMAAN KAMI
Tapak Permainan Kanak-Kanak Telaga Batin. Walaupun alat permainan masih ada yang boleh digunakan, namun keadaan lantai keselamatan (rubber flooring/EPDM) didapati sudah pecah, merekah, dan rosak teruk di hampir keseluruhan kawasan.
Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan keselesaan, malah berisiko tinggi menyebabkan kanak-kanak tersandung, terjatuh, dan mengalami kecederaan ketika sedang aktif bermain.
JPKK Telaga Batin mengambil langkah proaktif dengan mengemukakan surat cadangan naik taraf kepada Pihak MBKT
Kami mahu memastikan:Tapak permainan yang 100% selamat daripada risiko kecederaan.
Wajah baharu yang ceria untuk menaikkan semula semangat anak-anak kampung kita.
Kemudahan riadah berkualiti demi keselesaan ibu bapa yang datang membawa keluarga.
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada pihak MBKT atas segala tindakan yang telah diambil sebelum ini.
Kami amat berharap permohonan fasa naik taraf lantai dan fasiliti permainan ini dapat diluluskan dalam masa terdekat demi senyuman dan kegembiraan anak-anak kita! 🤲✨Ibu bapa dinasihatkan untuk terus memantau pergerakan anak-anak buat masa ini ya.