Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia

Call Contact the organization

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Malaysian Men In Nursing

πŸŒ³β›Ί Nak recharge minda sambil tambah ilmu?Sertai MEN IN NATURE 2.0 πŸ“ SISFEC UPM, Puchong πŸ“… 24-25 Oktober 2026 πŸ’° RM159βœ… Me...
27/08/2026

πŸŒ³β›Ί Nak recharge minda sambil tambah ilmu?

Sertai MEN IN NATURE 2.0 πŸ“ SISFEC UPM, Puchong πŸ“… 24-25 Oktober 2026 πŸ’° RM159

βœ… Mental Health Talk βœ… Personality Development βœ… Water Confidence βœ… Jungle Expedition & Plogging βœ… 6 Mata CPD

Jom keluar dari rutin harian dan kembali dekat dengan alam! 🌿

Pada 25 Julai 2026, pasukan futsal MMN telah menyertai Karnival Sukan Jururawat 2026 dengan penuh semangat. Sepanjang pe...
30/07/2026

Pada 25 Julai 2026, pasukan futsal MMN telah menyertai Karnival Sukan Jururawat 2026 dengan penuh semangat. Sepanjang pertandingan, pasukan menunjukkan komitmen dan usaha yang tinggi walaupun berdepan dengan cabaran sengit.

Namun, keputusan tidak memihak kepada kami apabila pasukan hanya berjaya mara ke peringkat suku akhir. Walaupun tersingkir lebih awal, pengalaman ini menjadi ruang pembelajaran dan pendedahan berharga buat semua pemain.

MMN merakamkan penghargaan kepada semua pemain dan sokongan padu daripada jurulatih serta penyokong. Diharapkan kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang. Teruskan usaha!

🚨 MMN JULY WEBINAR 2026:β€œEvery Second Counts! So (B.E.F.A.S.T)β€πŸ§  Understanding Stroke, Why Time Matters? & Paramedic Rol...
21/07/2026

🚨 MMN JULY WEBINAR 2026:

β€œEvery Second Counts! So (B.E.F.A.S.T)”
🧠 Understanding Stroke, Why Time Matters? & Paramedic Role in Stroke Management

πŸ“… Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tghri
πŸ’» Platform: Google Meet
πŸŽ“ 4 Mata CPD (Kategori A3)

Antara topik menarik:
βœ… Kenal tanda amaran strok (B.E.F.A.S.T & TIA)
βœ… Golden window Thrombolysis & Thrombectomy
βœ… Peranan paramedik & ahli keluarga dalam pengurusan strok

πŸ†“ Pendaftaran adalah PERCUMA!
πŸ“œ E-Sijil (atas permintaan): RM30
πŸ”— Daftar sekarang:
https://forms.gle/zGHd7EiX8Uj184Kn9

πŸ“© Sebarang pertanyaan:
[email protected]

Jangan tunggu sehingga terlambatβ€”dalam kes strok, setiap saat amat bermakna. Sertai webinar ini dan tingkatkan pengetahuan anda bersama pakar strok! 🧠⏱️

Webinar AVF Bulan Julai Ini!Hai semua! Sekadar peringatan tentang webinar pengurusan AVF yang akan datang.Topik: Penguru...
09/07/2026

Webinar AVF Bulan Julai Ini!

Hai semua! Sekadar peringatan tentang webinar pengurusan AVF yang akan datang.

Topik: Pengurusan Pesakit AVF (Penilaian, Kanulasi, Penjagaan Selepas Dialisis)
Tarikh: 18 Julai 2026 | Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari

Penceramah: Dr. Angamuthu & Pn. Syeril Nadia

WEBINAR PERCUMA dan disertakan dengan 4 Mata CPD (A3).
Nota: e-Sijil dikeluarkan atas permintaan (bayaran RM30) dan dihantar dalam masa 1-3 hari bekerja.

Daftar di sini: https://forms.gle/c431DgD1NfjBCFc17

Kursus Basic ECG Interpretation telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Hotel Olympic Mal...
29/06/2026

Kursus Basic ECG Interpretation telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur bersama penceramah jemputan, Puan Nor Masita Esa. Kursus ini dianjurkan untuk meningkatkan kompetensi profesional penjagaan kesihatan dan profesional dalam memahami serta mentafsir elektrokardiogram (ECG) asas.

🚨 KURSUS ECG HARI SABTU INI! 🚨Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kursus Interpretasi Asas ECG yang akan berlangsung...
25/06/2026

🚨 KURSUS ECG HARI SABTU INI! 🚨

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kursus Interpretasi Asas ECG yang akan berlangsung Hujung Minggu ini di Hotel Olympic, KL!

Pendaftaran akan ditutup tidak lama lagi. Ini adalah peluang terakhir anda untuk mengisi tempat dan mendapatkan 6 Mata CPD MyCPD (A3).

πŸ“… Tarikh: 27 Jun 2026
πŸ“ Tempat: Hotel Olympic, Kuala Lumpur

Harga:
πŸ’° Yuran: RM75

Daftar di sini:
https://forms.gle/oToexcuVWMAVefKEA

Pembayaran:
Maybank 5630 6419 1172 (Persatuan MMN)

⚠️ Tempat adalah TERHAD. Sahkan bayaran anda sekarang! Jumpa di sana! πŸ‘‹

13/06/2026

New link NPD disebabkan scammer... sila masuk link ni ya

πŸ“’ TINJAUAN: STATUS PENGANGGURAN GRADUAN KEJURURAWATAN (DIPLOMA & IJAZAH) DI MALAYSIATinjauan ini bertujuan untuk:βœ… Menge...
12/06/2026

πŸ“’ TINJAUAN: STATUS PENGANGGURAN GRADUAN KEJURURAWATAN (DIPLOMA & IJAZAH) DI MALAYSIA

Tinjauan ini bertujuan untuk:

βœ… Mengenal pasti kadar pengangguran sebenar
βœ… Faktor graduan susah dapat kerja
βœ… Perbezaan peluang antara diploma vs ijazah

Siapa layak?
Graduan kejururawatan (Diploma / Ijazah) dari IPTA, IPTS, atau kolej swasta yang lulus dalam 3 tahun kebelakangan.

Kaedah: Soal selidik dalam talian (5–10 minit).

Link:

Tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti status pekerjaan semasa dalam kalangan graduan kejururawatan peringkat diploma dan ijazah di Malaysia. Data yang dikumpul akan membantu memahami faktor-faktor pengangguran, tempoh menganggur, cabaran mendapatkan pekerjaan, serta persepsi graduan terhadap p...

MMN TIDAK SETUJU Usul Kemasukan Jururawat Indonesia Secara Terbuka
11/06/2026

MMN TIDAK SETUJU Usul Kemasukan Jururawat Indonesia Secara Terbuka

πŸŽ‰ Sambutan Hari Jururawat Peringkat KKM 2026 πŸŽ‰9 Jun 2025 – Kehadiran penuh makna buat Persatuan Jururawat Lelaki Malaysi...
10/06/2026

πŸŽ‰ Sambutan Hari Jururawat Peringkat KKM 2026 πŸŽ‰

9 Jun 2025 – Kehadiran penuh makna buat Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN)

Dengan rasa syukur dan bangga, MMN telah menghadiri Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang berlangsung pada 9 Jun 2025 atas jemputan daripada Bahagian Kejururawatan (BKJ), KKM.

MMN diwakili oleh:
πŸ‘€ Pengerusi MMN : En. Muhammad Julihan
πŸ‘€ Timbalan Pengerusi MMN : En. Muhammad Alif Syahir

Majlis diserikan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Kejururawatan, Puan Gowry Narayanan dan seterusnya dirasmikan oleh YB. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Sepanjang sambutan berlangsung, semangat kebersamaan dan penghargaan terhadap profesion kejururawatan amat dirasai. MMN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada BKJ, KKM atas jemputan yang sangat bermakna ini. Ia bukan sekadar undangan, tetapi satu pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan persatuan-persatuan jururawat di Malaysia.

Selamat Hari Jururawat buat semua insan hebat di sebalik pesakit pulih. Kami menghargai setiap senyuman dan pengorbanan anda. πŸ’™πŸ©Ί

Address

No. 3 Taman Permata 2, Kampung Wakaf Tengah
Kuala
21030

Telephone

+601164031903

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia:

Shortcuts

Share