Kita Orang Malaysia

Kita Orang Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kita Orang Malaysia, Nonprofit Organization, Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah.

  - ATM kaji penubuhan unit siberMenteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau mengarahkan ATM men...
16/01/2025

- ATM kaji penubuhan unit siber

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau mengarahkan ATM menjalankan kajian merangkumi kajian kebolehlaksanaan dan kemampanan.

Sumber Berita: Harian Metro

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan kajian berkaitan penubuhan unit siber khusus dalam strukturnya. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau mengarahkan ATM menjalankan kajian merangkumi kajian kebolehlaksanaan dan kemampanan.

  - 'Saya hadir, nak tengok Titah Adendum itu ada atau tidak' - Sanusi"Siapa nak pi (pergi) silakan, tak mau pi sudah. S...
05/01/2025

- 'Saya hadir, nak tengok Titah Adendum itu ada atau tidak' - Sanusi

"Siapa nak pi (pergi) silakan, tak mau pi sudah. Saya akan hadir nak tengok adendum itu ada atau tidak.

Sumber Berita: Harian Metro

Alor Setar: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan akan menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya, esok.

  - Warga Palestin mengamuk di WTKL, mahu urusan dihantar p**ang dipercepatSumber Berita: Berita RTM https://berita.rtm....
05/01/2025

- Warga Palestin mengamuk di WTKL, mahu urusan dihantar p**ang dipercepat

Sumber Berita: Berita RTM

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/warga-palestin-mengamuk-di-wtkl-mahu-urusan-dihantar-p**ang-dipercepat?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR0Rq_cqG5XVjOh3YLNyQYlT57W4lb8Zu32AATgcchooBMUpv0bzSqaWREM_aem_8d4N73VStR4AnQzxJRRyuQ

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada pukul 5 petang, semalam.Dalam satu kenyataan dikeluarkan, ATM memaklumkan kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Pal...

  - Polis Akan Siasat Pertubuhan Berpakaian Mirip IstiadatSumber Berita: Berita Harian
04/01/2025

- Polis Akan Siasat Pertubuhan Berpakaian Mirip Istiadat

Sumber Berita: Berita Harian

SHAH ALAM: Polis Selangor membuka satu kertas siasatan terhadap kes tular membabitkan sebuah pertubuhan yang memakai pakaian mirip istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis.

Artikel - 'Hormati kuasa prerogatif Agong beri ampun, tunda hukum' - Istana NegaraSumber Berita: Harian Metro
03/01/2025

Artikel - 'Hormati kuasa prerogatif Agong beri ampun, tunda hukum' - Istana Negara

Sumber Berita: Harian Metro

Kuala Lumpur: Cadangan supaya mana-mana banduan diberi keampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

  - Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi : Kementerian Luar beri bantuankementerian itu memberi jaminan bantuan konsula...
02/01/2025

- Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi : Kementerian Luar beri bantuan

kementerian itu memberi jaminan bantuan konsular sudah diberikan kepada individu itu dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya.

Sumber Berita: Harian Metro

Kuala Lumpur: Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

  - APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaranAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah...
01/01/2025

- APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah kapal kargo kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 26 batu nautika barat daya Sekinchan, pada 1.40 tengah hari semalam.

Shah Alam: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah kapal kargo kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 26 batu nautika barat daya Sekinchan, pada 1.40 tengah hari semalam.

  - 6 korban kemalangan di lebuh raya PLUS - BombaAlor Gajah: Enam termasuk pemandu bas persiaran maut dalam kemalangan ...
23/12/2024

- 6 korban kemalangan di lebuh raya PLUS - Bomba

Alor Gajah: Enam termasuk pemandu bas persiaran maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 203.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat di sini.

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/12/1169264/6-korban-kemalangan-di-lebuh-raya-plus-bomba

Sumber Berita: Harian Metro

Alor Gajah: Enam termasuk pemandu bas persiaran maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 203.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat di sini.

23/12/2024

- Kelantan Membuka Kertas Siasatan Terhadap Penganjuran Majlis Makan Sebuah Syarikat.

Sumber Berita: Astro Alwani

22/12/2024

- Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan

Songkhla: Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Komander Tentera Darat Bahagian Ke-4 Thailand Lt Jen Paisan Nusang berkata, undang-undang yang ada sepatutnya dihormati dan rakyat di kedua-dua negara perlu mengamalkan cara hidup seperti tertakluk dalam undang-undang.

Beliau berkata, rakyat di kedua-dua negara perlu menggunakan laluan yang diwartakan jika tidak mahu berdepan masalah.

"Setakat ini, terdapat rakyat Thailand ditahan pihak berkuasa Malaysia kerana menyeberangi sempadan melalui pangkalan haram di Sungai Golok dan ditahan di Depot Tahanan di Tanah Merah.

"Tindakan pihak berkuasa Malaysia itu sebenarnya satu langkah positif dan tepat bagi memastikan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand lebih terjamin," katanya kepada pemberita menggunakan penterjemah tempatan, sempena lawatan khas media Kelantan ke atas pihak berkuasa Thailand baru-baru ini.

Paisan berkata, walaupun rakyat di kedua-dua negara telah lama menetap di kawasan persempadanan dan menggunakan pangkalan haram sebagai laluan harian, ia telah banyak menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa kerana berlaku kegiatan penyeludupan tidak terkawal.

"Apabila pangkalan itu ditutup ia menimbulkan rungutan terutama di sektor pelancongan di samping banyak kedai terpaksa ditutup di sempadan kedua-dua negara. Kita akan cuba selesaikan masalah ini melalui perbincangan antara pihak berkuasa di kedua-dua negara," katanya.

Mengulas mengenai kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia, Paisan berkata, Thailand dijadikan negara transit.

"Kami mendapati kump**an etnik Rohingya dari Myanmar menjadikan Thailand sebagai transit sebelum menyeberang masuk ke sempadan Malaysia menggunakan laluan haram.

"Kump**an pendatang ini masuk ke Malaysia kerana mahukan kehidupan lebih baik kerana keadaan di negara mereka tidak stabil dan berkemungkinan juga mereka masuk ke Malaysia kerana terdapat permintaan dalam sektor pekerjaan di negara itu," katanya.

Pada Nov lepas, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff mengumumkan larangan merentas sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan ke atas mana-mana individu yang menggunakan laluan haram untuk ke Golok, Thailand yang berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, Paisan berkata di selatan Thailand tiada makmal bagi pemprosesan methamphetamine dan dipercayai kesemua dadah itu diproses oleh sindiket di bahagian utara Thailand yang bersempadan dengan Laos dan Myanmar.

"Pihak sindiket akan membawa dadah itu dengan pelbagai cara sehingga tiba ke Wilayah Selatan Thailand seterusnya diseludup ke Malaysia.

"Risikan pihak kami mendapati tiada sebarang makmal untuk memproses methamphetamine di Wilayah Selatan Thailand dan kesemuanya dibawa oleh sindiket," katanya sambil menambah tentera sentiasa menjalankan pemantauan di pekan Sungai Golok bagi mengesan pergerakan sindiket itu daripada lolos ke Malaysia.

Paisan berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah sekiranya ada pelancong sama ada dari Malaysia atau negara lain yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168905/thailand-hormati-keputusan-malaysia-tutup-pangkalan-haram-di-sempadan

  - PLKN 3.0: Ini jumlah elaun yang bakal peserta dapat untuk sehari.Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa kadar ela...
21/12/2024

- PLKN 3.0: Ini jumlah elaun yang bakal peserta dapat untuk sehari.

Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa kadar elaun peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan kekal pada RM8 sehari, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled, PLKN 3.0 dijadualkan bermula Januari 2025 dengan objektif membina jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Beliau menegaskan bahawa setakat ini tiada keperluan untuk menaikkan kadar elaun sebelum program bermula.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan mencadangkan elaun peserta dinaikkan kepada RM50 sehari. Namun, Kementerian Pertahanan memilih untuk mengekalkan kadar semasa sehingga program rasmi dimulakan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, memaklumkan bahawa Latihan Percubaan PLKN 3.0 akan diadakan pada 12 Januari 2025 selama 14 hari. Latihan ini akan melibatkan 200 pelatih lelaki secara sukarela di kem tentera dengan tempoh program penuh selama 45 hari.

Adly turut menyatakan bahawa insiden seperti buli dan provokasi dijangka dapat dielakkan memandangkan tempoh program ini lebih pendek berbanding versi sebelumnya.

Walaupun kadar elaun kekal rendah, program ini bertujuan memberikan nilai dari sudut pembentukan sahsiah dan pengalaman kepada peserta. Pelbagai pihak berharap agar penambahbaikan dapat dilaksanakan pada masa depan bagi menarik lebih ramai menyertai PLKN 3.0 secara sukarela.

  - Tak ada lesen JPJ digital? Tiada masalahKuala Lumpur: Orang ramai yang berdepan masalah penggunaan lesen memandu dig...
20/12/2024

- Tak ada lesen JPJ digital? Tiada masalah

Kuala Lumpur: Orang ramai yang berdepan masalah penggunaan lesen memandu digital dibenarkan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara fizikal dari mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, warganegara yang berhasrat ke luar negara p**a, boleh memohon kad LLM fizikal di cawangan JPJ.

Menurutnya, Permit Pemanduan Antarabangsa (IDP) diterima pakai di negara-negara penjanji Konvensyen Geneva 1949.

Katanya, ketika ini inisiatif pendigitalan masih berada di fasa pertama membabitkan kump**an sasar iaitu bagi penggunaan pakai dalam negara.

"Justeru JPJ memberikan rebat sebanyak RM5 bagi pilihan cetakan digital di semua saluran termasuk

"MyJPJ sebagai satu inisiatif menggalakkan kempen digitalisasi dan pelanggan JPJ hanya layak mendapat rebat bagi sekali transaksi pembaharuan saja.

"Kementerian ambil maklum pelbagai reaksi daripada orang awam, bagaimanapun secara keseluruhannya, inisiatif pendigitalan JPJ ini mendapat sambutan dan penerimaan yang baik daripada rakyat berdasarkan muat turun aplikasi MyJPJ di semua gudang penyedia perkhidmatan digital," katanya dalam jawapan lisan Dewan Negara di sini, semalam.

Pada Februari 2023, Kementerian Pengangkutan mengumumkan inisiatif pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Cukai Jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Inisiatif ini dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama membabitkan mod paparan digital e-LKM dan e-LMM bagi kenderaan persendirian individu (warganegara) saja, yang boleh diakses melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ.

Anthony berkata, setakat Oktober 2024, sejumlah 13.7 juta pengguna memuat turun aplikasi MyJPJ dan sebanyak lebih 10.7 juta pendaftaran JPJeID sudah dibuat oleh pengguna sejak diperkenalkan pada Februari 2023.

"Dalam hubungan ini, pihak kementerian serta JPJ sudah mengambil langkah proaktif bagi menangani sebarang isu yang timbul berkaitan dengan pelaksanaan ini.

"Kementerian melalui JPJ akan terus mempergiatkan advokasi serta kempen bagi meningkatkan kesedaran dalam inisiatif pendigitalan JPJ,"katanya.

Sumber Berita: Harian Metro

Address

Kampung Sematang Pinang
Kuala Kedah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kita Orang Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share