Masjid Baru Tok Jembal - MTJ

Masjid Baru Tok Jembal - MTJ โ€ข ๐— ๐—จ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ž. ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ โ€ข

beacons.ai/masjidbarutokjembal

๐ŸŒนMasjid Dikunjungi, Ilmu Dilazimi, Komuniti Pasti Harmoni

๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPADA YANG KEHILANGAN DOMPETAssalamualaikum.Sebuah dompet telah dijumpai oleh jemaah di persekitaran masjid, ...
01/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPADA YANG KEHILANGAN DOMPET

Assalamualaikum.

Sebuah dompet telah dijumpai oleh jemaah di persekitaran masjid, Di dalamnya hanya terdapat Kad Pengenalan (MyKad) ini.

Sekiranya anda pemiliknya atau mengenali pemiliknya, sila hubungi pihak pengurusan masjid untuk urusan tuntutan.

Mohon bantu kongsikan hebahan ini agar sampai kepada pemiliknya. Terima kasih.

๐Ÿ“ข **HEBAHAN JUALAN RAHMAH MADANI**Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Rahmah M...
12/07/2026

๐Ÿ“ข **HEBAHAN JUALAN RAHMAH MADANI**

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Rahmah MADANI akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan Dataran Masjid Kampung Tok Jembal

Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Jangan lepaskan peluang ini. Datang awal sementara stok masih ada.

Sebarkan hebahan ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan agar lebih ramai mendapat manfaat.

Terima kasih.

ULANG SIAR BERITAPada Khamis (25 Jun 2026).ALHAMDULILLAH Telahpun selesai satu sesi penyerahan rasmi sebuah van jenazah,...
05/07/2026

ULANG SIAR BERITA
Pada Khamis (25 Jun 2026).

ALHAMDULILLAH
Telahpun selesai satu sesi penyerahan rasmi sebuah van jenazah, sumbangan@wakaf daripada Dato' Seri Ismail (Pengarah Urusan BINTARA CAMAR SECURITY SDN. BHD.) kepada pihak pengurusan Masjid Tok Jembal.

Semoga sumbangan ini dapat memudahkan urusan pengurusan jenazah serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh kariah setempat.

"Indah mekar bunga melati,
Harum semerbak di waktu pagi;
Wakaf van jenazah jasa sejati,
Menjadi bekalan hingga abadi."

"Semoga Allah melimpah rahmat,
Mengurnia rezeki penuh keberkatan;
Segala kebajikan menjadi syafaat,
Mengalir pahala sepanjang zaman."

05/07/2026

Alhamdulillah ibu ibu kita tidak biarkan jemaah yang solat jumaat "kering tekak" waktu cuaca panas. Semoga sentiasa dimudahkan urusan bagi Muslimat Masjid Tok Jembal.

Alhamdulillah, Pagi Jumaat yang penuh barokah, diisi dengan penuh kebaikan.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ...
03/07/2026

Alhamdulillah, Pagi Jumaat yang penuh barokah, diisi dengan penuh kebaikan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang telah bersama-sama menjayakan program gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Masjid Tok Jembal.

Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima oleh Allah SWT serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli kariah.

Jazakumullahu khairan kathira, kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMAAssalamualaikum wbt, & Salam Sejahtera.In Sha Allah Pagi ini(3 Julai 2026) a...
03/07/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA

Assalamualaikum wbt, & Salam Sejahtera.

In Sha Allah Pagi ini(3 Julai 2026) akan berlangsung Program Saringan Kesihatan Percuma dengan kerjasama Klinik Syafiq Gong Badak bertempat di perkarangan Tempat Parking Motor Masjid Tok Jembal.

๐Ÿ—“ Tarikh: Jumaat, 3 Julai 2026
๐Ÿ•š Masa: 11.00 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Baru Tok Jembal

Pakak Hadir ramai ramai deh, Check kesihatan diri dan keluarga. Ambil langkah pencegahan awal lebih baik dari mengubati setelah sakit.

Di sebalik kawah yang dikacau, tersimpan nilai kasih dan kebersamaan.Di sebalik kepulan wap yang memenuhi ruang, terjali...
01/07/2026

Di sebalik kawah yang dikacau, tersimpan nilai kasih dan kebersamaan.

Di sebalik kepulan wap yang memenuhi ruang, terjalin erat ukhuwah sesama insan.

Alhamdulillah, berkat muafakat jemaah Masjid Tok Jembal bersama ahli kariah, Majlis Gotong-Royong Kacau Bubur Asyura berjaya disempurnakan dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan.

Terima kasih kepada setiap tangan yang menghulur bantuan, setiap langkah yang hadir memeriahkan majlis, dan setiap hati yang ikhlas berbakti.

Tidak lupa juga dengan kehadiran dari Pihak Pegawai Agama Daerah Kuala Nerus, turut mewarnai suasana majlis hari ini.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan ini, memberkati setiap rezeki, dan terus menyatukan hati-hati kita dalam kebaikan.

Bubur Asyura dikacau bersama, ukhuwah diperkukuh selamanya. ๐Ÿคฒโœจ


ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช Alhamdulillah syukur kehadrat illahi,Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ka...
29/05/2026

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi,

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Muslimat Masjid serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyediaan air balang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan ini.

Segala usaha, sumbangan tenaga, masa dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan menjadi asbab kepada kemeriahan serta keselesaan para jemaah yang hadir. Semoga setiap amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

โ€œSesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.โ€ ๐Ÿค


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hasil sokongan, sumbangan dan kerjasama para jemaah, Majlis Berbuka Puasa Har...
26/05/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hasil sokongan, sumbangan dan kerjasama para jemaah, Majlis Berbuka Puasa Hari Arafah di Masjid Kg. Tok Jembal telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana ukhuwah yang begitu indah. ๐ŸŒ™โœจ

Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan hasil keprihatinan ramai pihak yang sentiasa bersama membantu mengimarahkan rumah Allah. Walaupun pihak masjid sentiasa berusaha menguruskan pelbagai keperluan dan komitmen semasa, semangat kebersamaan jemaah menjadikan segala urusan terasa lebih ringan dan bermakna.

Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan, penyedia juadah serta seluruh jemaah yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga setiap amal kebaikan, tenaga dan rezeki yang dikongsikan dibalas dengan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

โ€œSesungguhnya orang yang memberi makan kepada orang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu sendiri.โ€ ๐Ÿค





Address

Kampung Tok Jembal
Kuala
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Baru Tok Jembal - MTJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Baru Tok Jembal - MTJ:

Shortcuts

Share