25/05/2026
✨ Selamat Bersara Abang Lan ✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat Encik Mazlan bin Tawang atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang tidak ternilai sepanjang menabur bakti di Jabatan Penerangan Negeri Terengganu khususnya di Pejabat Penerangan Daerah Dungun.
Bermula kerjaya sebagai Juruaudio Visual (JAV) beliau menempuh pelbagai cabaran dan liku perkhidmatan dengan penuh dedikasi, kesabaran serta semangat yang tinggi demi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.Pengalaman dan komitmen yang dicurahkan adalah satu perjalanan kerjaya yang membuktikan ketekunan, kesetiaan dan kecintaan terhadap tugas sebagai pengendali alatsiaraya bagi acara-acara rasmi jabatan persekutuan dan juga negeri.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau bukan sahaja menjadi tulang belakang dalam penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat, malah turut menjadi insan yang sentiasa komited, berintegriti dan dihormati dalam kalangan warga kerja.
Semoga persaraan ini membawa seribu kebahagiaan, dikurniakan kesihatan yang baik serta meluangkan masa berharga bersama keluarga tercinta. Segala jasa, kenangan dan pengorbanan yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga Japen Terengganu.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
🌹 Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.
🌹Ikhlas dari warga Team Audio Japen Terengganu.
🗓️ Tempoh Perkhidmatan
16 Oktober 2000 – 24 Mei 2026
✨ Selamat Bersara ✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mazlan bin Tawang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di Jabatan Penerangan Malaysia.
🗓️ Tempoh Perkhidmatan
16 Oktober 2000 – 24 Mei 2026
Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta. Jasa dan kenangan bersama warga JAPEN Terengganu akan sentiasa terpahat di hati.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan.
Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. 🌹