Masjid Al Abrar Batu Rakit

Masjid Al Abrar Batu Rakit Untuk aktiviti solat jemaah dan majlis ilmu oleh peduduk setempat.

Jutaan Terima Kasih buat Penyumbang bulan April ๐Ÿ™‚
30/04/2024

Jutaan Terima Kasih buat Penyumbang bulan April ๐Ÿ™‚

28/04/2024

Ketahui golongan yang mendapat doa Malaikat.

Orang yang bersedekah akan menerima doa daripada para malaikat. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

โ€œTiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).โ€

23/04/2024

Puasa Enam

Puasa enam pada bulan Syawal adalah sebuah amalan sunnah dalam Islam yang digalakkan setelah selesai puasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Amalan ini tidak hanya memberikan peluang untuk meningkatkan pahala, tetapi juga membawa berkat dan kebaikan kepada sesiapa yang melakukannya.

Salah satu keistimewaan berpuasa enam pada bulan Syawal adalah mendapat pahala yang besar. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa pada bulan Syawal, akan diberi ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu, puasa enam hari ini adalah peluang terbaik untuk menambah pahala amalan kita selepas berakhirnya Ramadan.

Oleh itu, mari kita manfaatkan peluang ini untuk melaksanakan puasa enam pada bulan Syawal. Tidak hanya membawa berkat dan kebaikan dalam hidup kita, amalan ini juga membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Dengan melakukan ini, kita dapat mengisi hari-hari kita dengan amalan yang bermanfaat dan meningkatkan kualiti kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

19/04/2024

Alhamdulillah! Terima kasih kepada Tuan/Puan yang telah memberikan sumbangan.

Masjid yang terbakar lebih kurang 2 tahun lalu telah dibina dengan sokongan ramai.

Jom bersedekah untuk kelengkapan yang selesa untuk jemaah masjid menunaikan solat yang lebih khusyuk.

Klik: https://suraualabrar.com/form/masjid-terbakar

INFO PENTINGPERISTIWA BULAN SYAWALDi antara sejarah yang berlaku pada bulan Syawal ini terbahagi kepada tiga bahagian, (...
17/04/2024

INFO PENTING

PERISTIWA BULAN SYAWAL

Di antara sejarah yang berlaku pada bulan Syawal ini terbahagi kepada tiga bahagian, (1) peperangan; (2) pernikahan; dan (3) sejarah lahirnya ulama

16/04/2024

Alhamdulillah, Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna Dengan Sokongan Saudara-saudari.

Jazakumullah Khair.

Kami doakan semoga para penyumbang dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Masjid inilah pusat utama bagi aktiviti agama penduduk kampung di sekitar.

10/04/2024

Adab Menyambut Hari Raya

Pertama: Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka berada (selain dalam tandas).

Kedua: Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: โ€œSesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hatiโ€ (H.R Ibnu Majah)

Ketiga: Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

Keempat: Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara Imam disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.

Kelima: Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : โ€œSesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.โ€ [HR Bukhari].

Keenam: Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan, memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.

Selamat Hari Raya AidilfitriIndah langit kerana awan,Indah laut kerana birunya,Indah Aidilfitri kerana kemaafan,Indah Ai...
10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana birunya,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana PENGORBANAN.

Semoga setiap kemaafan yang kita hulurkan, Allah membuka lembaran yang lebih baik pada masa hadapan.

Jaga diri, InshaAllah hari raya kali ini tetap akan meriah walaupun di mana kita berada. โค๏ธ

08/04/2024

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfuโ€™: โ€œSesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi.

Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: โ€œSesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.โ€
Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Masโ€™ud berkata: โ€œSesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.โ€ Lihat Umdah al-Qari 11/134.

"๐‘จ๐’๐’…๐’‚๐’Š ๐‘ฐ๐’๐’Š ๐‘บ๐’†๐’…๐’†๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’Š๐’“๐’Œ๐’–""Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan."(HR At-Tirmidzi)Di bulan R...
05/04/2024

"๐‘จ๐’๐’…๐’‚๐’Š ๐‘ฐ๐’๐’Š ๐‘บ๐’†๐’…๐’†๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’Š๐’“๐’Œ๐’–"

"Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan."
(HR At-Tirmidzi)

Di bulan RAMADAN yang mulia ini, jom sama-sama memanfaatkan Ramadan kali ini sebaiknya. Kita tidak tahu adakah ini bulan ramadan terakhir untuk kita.

Jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah di bulan yang penuh keampunan.

"Semoga setiap hajat & doa para penyumbang dimakbulkan Allah asbab membantu membina surau dan membantu kebajikan pakcik makcik warga pondok Ramadan kali ini"

Rebut Ganjaran Berkongsi Rezeki; Moga Menjadi Asbab Bertemu Lailatul Qadarโ€œRasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam adal...
04/04/2024

Rebut Ganjaran Berkongsi Rezeki; Moga Menjadi Asbab Bertemu Lailatul Qadar

โ€œRasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan.
Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril.
Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qurโ€™an.
Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.โ€
(HR. Bukhari, no.6)

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besa...
02/04/2024

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T

Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุนูŽูููˆูŒู‘ ุชูุญูุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽูู’ูˆูŽ ููŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ูู‘ูŠ

Latin: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwan fa'fu 'anni

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan Engkau s**a memberi maaf, maka maafkan aku."

Semoga kita semua direzekikan berjumpa malam rahmat itu ya?

Address

Lot 10122 Kg. Tanjung Batu Rakit
Kuala Terengganu
21030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Abrar Batu Rakit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share