Pekida Kuala Terengganu ABKM

  • Home
  • Pekida Kuala Terengganu ABKM

Pekida Kuala Terengganu ABKM Jemaah Ayahanda Ben Kamal Misai (JABKM)

Alhamdulillah, Konvensyen PEKIDA Negeri Terengganu 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan ukhuwah.Majlis penuh berma...
12/09/2025

Alhamdulillah, Konvensyen PEKIDA Negeri Terengganu 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan ukhuwah.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, sosok pemimpin yang sentiasa dekat dengan belia, prihatin dengan NGO, serta menjadi inspirasi dalam membangunkan masyarakat Negeri Terengganu.

Turut ada bersama, Ahmad Fadrul bin Md Tahar (Ayahanda Damak), Pengerusi PEKIDA Negeri Terengganu merangkap Naib Presiden PEKIDA Malaysia, yang sentiasa menjadi penggerak utama mengangkat martabat PEKIDA di negeri ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Ayahanda-Ayahanda serta seluruh perwakilan dari semua daerah Negeri Terengganu yang hadir memberikan sokongan dan tenaga.
Dengan kekuatan inilah kita yakin, suara dan perjuangan PEKIDA Terengganu akan lebih lantang di peringkat nasional.

Salam Maulidur Rasul12 Rabiulawal 1447H5 September 2025
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1447H
5 September 2025

Alfatihah
11/08/2025

Alfatihah

Alhamdulillah. Selesai majlis tahlil untuk arwah bonda Ustaz Aiman (Jemaah Marang).Semoga arwah ditempatkan dikalangan o...
24/07/2025

Alhamdulillah. Selesai majlis tahlil untuk arwah bonda Ustaz Aiman (Jemaah Marang).

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman dan semoga Ustaz Aiman redha dengan ujian. Amin 🤲🏻

07/07/2025

Episod 2

PEKIDA Review
Perfume by Rose Desire
Jom Support

Pasti teruja bila kita turun berarak bersama Sambut Tahun Baru Hijrah 1447 Jumaat ini 🤗🔥Ayuh semua kita meriahkan Sambut...
24/06/2025

Pasti teruja bila kita turun berarak bersama Sambut Tahun Baru Hijrah 1447 Jumaat ini 🤗🔥

Ayuh semua kita meriahkan Sambutan Maal Hijrah 1447h di Payang Walk! Macam-macam acara ada meraikan Awal Muharam Jumaat nanti.

27 Jun 2025 (Jumaat) 5.00 Ptg - 12.00 Malam
Di Payang Walk, Kuala Terengganu
——- 👇
ATURCARA
5.00 Pm : Payang Walk bermula
6.00 Pm : Qasidah Street
9.00 Pm : Perarakan Maal Hijrah@Solidariti Palestin. (Bermula di Selekoh@Mercutanda Pesisir Payang)

9.30 Pm : Bicara Sejarah
10.15 Pm : Bicara Palestin
12.00 Pm : Bersurai

Pakat mari belake! Kita berarak masuk & meriohkan acara! Pakat bawak Panji Palestin/Jalur Gemilang/Tranung/Hitam Putih. Allahuakbar!!

�

09/06/2025

Episod 1

PEKIDA Review R.A River Kitchen
Kari Kepala Ikan
Jom Support

21/05/2025

Program ziarah saudara Radhie Abdullah Din yang baru sahaja selesai pembedahan ‘bypass’ jantung. Dalam kedukaan itu, ianya diceriakan dengan kehadiran sahabat-sahabat daripada PEKIDA Kuala Terengganu.Pengerusi Qama Mann ditemani Ayahanda Ben, Ayahanda Wan Jai dan sebahagian warga kerja AJK PEKIDA Kuala Terengganu.Semoga saudara Radhie cepat sembuh dan pulih seperti sediakala dan sentiasa dalam limpahan Allah swt.

18/05/2025

Cuaca ada panas ada hujan.Sama juga dengan organisasi.Bergerak biar tersusun.Agar tidak menjadi kacau.

17/05/2025

Nak buat video marketing untuk produk atau kedai tuan-tuan? Jom PM kami

*KENYATAAN MEDIA RASMI PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA**ISU GANGGUAN TERHADAP PENJAWAT AWAM – JANGAN NORMALKAN JENAYAH DENGAN P...
22/04/2025

*KENYATAAN MEDIA RASMI PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA*

*ISU GANGGUAN TERHADAP PENJAWAT AWAM – JANGAN NORMALKAN JENAYAH DENGAN PERMOHONAN MAAF!*

1) PEKIDA MALAYSIA menzahirkan kebimbangan dan kemarahan yang amat serius terhadap perkembangan terbaru dalam dua isu yang amat mengecewakan rakyat – iaitu:

*a. Kes pekebun haram di Raub yang menceroboh tanah kerajaan secara terang-terangan dan kemudian “diselesaikan” dengan cadangan campur tangan orang tengah oleh DAP Pahang;*

*b. Kes di Ipoh di mana pemilik kedai bertindak kasar dan menghalang anggota penguat kuasa MBI menjalankan tugas, tetapi akhirnya dilepaskan hanya selepas memohon maaf.*

2) PEKIDA MALAYSIA ingin menegaskan bahawa INI ADALAH TINDAKAN JENAYAH! Mengganggu tugas penjawat awam bukan isu remeh. Ia merupakan satu KESALAHAN SERIUS di bawah Kanun Keseksaan, dan pelaku sepatutnya DIDAKWA DI MAHKAMAH, BUKAN DIBELA OLEH “ORANG TENGAH”!

3) Adakah selepas ini semua penceroboh tanah kerajaan boleh mohon maaf dan lepas tangan? Adakah selepas ini sesiapa pun boleh menengking, menolak atau menghalang penguat kuasa PBT dan hanya perlu “minta maaf” untuk dilepaskan?

4) PEKIDA MALAYSIA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA sebarang usaha untuk menjadikan permohonan maaf dan campur tangan politik sebagai jalan keluar kepada kesalahan undang-undang. Ini bukan “budaya penyelesaian” – ini adalah budaya menghapuskan kedaulatan undang-undang negara.

5) PEKIDA MALAYSIA mendesak:

*a. Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) campur tangan segera dan memastikan setiap individu yang menghalang tugas penjawat awam DIDAKWA TANPA KOMPROMI.*

*b. Majlis Bandaraya Ipoh, Perak (MBI) dan pihak berkuasa tanah di Raub, Pahang tidak tunduk kepada tekanan politik, dan terus melaksanakan tugas tanpa takut dan tanpa pilih kasih.*

*c. Mana-mana ahli politik yang cuba menjadi “orang tengah” dalam kesalahan jenayah, perlu disiasat kerana mencampuri urusan penguatkuasaan undang-undang negara.*

6) Negara ini bukan milik sesiapa. Ini negara hukum. Kalau undang-undang hanya ditegakkan kepada rakyat biasa, tetapi penceroboh dan samseng politik dilayan dengan “orang tengah” dan “permohonan maaf”, maka kita telah gagal mempertahankan maruah penjawat awam dan kedaulatan undang-undang.

7) PEKIDA MALAYSIA tidak akan berdiam diri. Kami akan terus memantau dan akan turun ke padang jika maruah penjawat awam terus diperlekeh dan undang-undang terus dipermainkan!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

*DATO’ HJ. MOHD F**D BIN HJ. MAT ISA,*
*PRESIDEN,*
*PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA*
*(PEKIDA MALAYSIA)*

Bertarikh : 22 April 2025

𝗣𝗘𝗞𝗜𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗡𝗗𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗜𝗟 𝗗𝗘𝗪𝗜 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗧𝗛𝗥𝗔𝗞...
22/03/2025

𝗣𝗘𝗞𝗜𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗡𝗗𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗜𝗟 𝗗𝗘𝗪𝗜 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗧𝗛𝗥𝗔𝗞𝗔𝗟𝗜𝗔𝗠𝗠𝗔𝗡

KENYATAAN MEDIA RASMI
PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA

1. Merujuk kepada isu berkaitan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang menduduki atas tanah wakaf JAKEL bagi tujuan pembinaan masjid serta kenyataan peguam Ambiga Sreenevasan serta Lawyers for Liberty (LFL) yang menuntut hak kuil untuk terus kekal berada diatas tanah wakaf tersebut.

2. PEKIDA Malaysia dengan ini menyelarkan kenyataan peguam serta LFL yang tidak mengikut lunas undang-undang kerana ianya bertentangan dengan undang-undang berkaitan pemilikan tanah dan hak pemilik tanah serta undang-undang wakaf di Malaysia. Malaysia jelas telahpun mempunyai kerangka sistem dan undang-undang bagi pembinaan rumah ibadat bagi agama masing-masing dan semua penganut agama telahpun faham bahawa segala pembinaan struktur rumah ibadat mesti dibina atas tanah sendiri bukannya atas tanah orang lain.

3. PEKIDA Malaysia sangat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan peguam Ambiga serta LFL yang cuba mengenepikan prinsip perundangan dan keadilan sedangkan mereka ini adalah dari kalangan pengamal undang-undang yang sepatutnya lebih arif tentang perkara ini. Tindakan mereka ini jelas tidak bertanggungjawab, berat sebelah dan berniat jahat untuk menghalang hak orang Islam untuk membina rumah ibadat atas tanah sendiri. Sekiranya perkara ini terus dibiarkan berlarutan dan mereka ini terus dibiarkan berbicara menghasut penganut Hindu dengan memberikan penjelasan berat sebelah dan bertentangan dengan lunas perundangan, PEKIDA Malaysia bimbang ianya mampu menyebabkan ketegangan antara agama dan kesan buruk kepada perpaduan kaum dalam negara ini.

4. PEKIDA Malaysia juga memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak mencetus api kemarahan orang Islam dengan membuat kenyataan yang tidak sepatutnya. PEKIDA Malaysia juga berpandangan segala permasalahan berkaitan isu antara pihak kuil dan pemilik tanah diselesaikan dengan secara aman dan harmoni dengan mengikut proses undang-undang.

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,

DATO’ HJ. MOHD F**D BIN HJ. MAT ISA
PRESIDEN
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
(PEKIDA MALAYSIA)

Bertarikh: 21 Mac 2025

Address

1037 Losong Haji Mat Shafie

21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Kuala Terengganu ABKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share