Mpkk Kampung Paya Datu Manir Kuala Terengganu

Mpkk Kampung Paya Datu Manir Kuala Terengganu Warga harmoni , Paya Datu sejahtera

07/11/2024

❗❗❗ β„‚ 𝕆 𝕄 𝕀 β„• 𝔾 π•Š 𝕆 𝕆 β„• ❗❗❗

πŒπˆπ‹π‹π„ππˆπ€π‹ 𝐒𝐔𝐏𝐄𝐑𝐁 π‚π€πŒπ πƒπ€π˜ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’

Siap sedia untuk mencapai kejayaan dalam STPM & STAM dengan bimbingan penuh inspirasi! Program ini, khusus untuk pelajar STPM & STAM membantu memaksimumkan potensi diri, memperkukuh keyakinan, dan menguasai teknik pembelajaran yang berkesan.

Nantikan! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyertai program ini bagi mengharungi cabaran peperiksaan dengan penuh keyakinan.


"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"

01/09/2024

Jom ke HAMRAπŸ§•πŸ» HIMPUNAN AMEERAH SE-MALAYSIA 3.0

Bas disediakan.

Bayaran RM10 sahaja.

Terbuka kepada ahli Ameerah dalam Kawasan Kuala Nerus sahaja.

Berminat?

Hubungi nombor mengikut DUN masing-masing.

01/09/2024
01/09/2024

Kenyataan Media
KEDAH AMBIL LANGKAH PROAKTIF PERKUKUH INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH

PAS Kedah ingin melahirkan rasa syukur dengan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah yang memperkukuhkan institusi mahkamah syariah di negeri ini dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung pagi tadi.

Pindaan tersebut menepati titah KDYMM Sultan Kedah supaya keberadaan institusi keadilan umat Islam di negeri ini diperkukuh dan dipasakkan dengan suatu punca kuasa yang jelas dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Seiring dengan usaha tersebut juga peringkat Mahkamah Syariah juga dipertingkat daripada tiga peringkat (three-tier) kepada empat peringkat (four-tier) iaitu tambahan Mahkamah Utama Syariah daripada tiga peringkat mahkamah syariah, Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah.

PAS Kedah yakin pindaan ini akan memberikan suatu impak yang jitu bagi memastikan sistem keadilan yang memayungi umat Islam di negeri ini dapat dijunjung setingginya.

PAS Kedah juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah, pegawai-pegawai tadbir negeri termasuklah anggota DUN Kedah yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pindaan berkenaan.

Semoga usaha kita semua diberkati Allah SWT hendaknya insyAllah.

Sekian.

DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.

01/09/2024

*🟒Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-63 | 2024🟒*

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-63 bakal berlangsung dengan penuh semangat perjuangan dan keazaman yang tidak pernah luntur.

Bersama kita perkukuhkan tekad untuk terus memperjuangkan Islam sebagai tunjang dalam setiap aspek kehidupan. Muktamar merupakan medan untuk muhasabah pendekatan, memperjalin ukhwah dan memperkukuh peranan kita sebagai mata rantai perjuangan dalam meneruskan legasi yang mulia.

Nantikan kemunculannya! Jadilah sebahagian daripada peristiwa bersejarah ini dan bersama-sama kita kibarkan panji-panji Islam demi kejayaan umat!

Selamat Datang Kepada Seluruh Perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat Kali ke 63/2024

πŸ—“οΈ 9 Rabiulawal 1446H / 13 September 2024 | Jumaat
▢️ Kompleks Imam Syafie , Jerantut, Pahang Darul Makmur


PKM DUN Buluh Gading bersama Farmasi Klinik Manir dan Klinik Hiliran dengan kerjasama JPKK Taman Desa Putra, Banggol Tua...
26/07/2024

PKM DUN Buluh Gading bersama Farmasi Klinik Manir dan Klinik Hiliran dengan kerjasama JPKK Taman Desa Putra, Banggol Tuan Muda dan Paya Datu berjaya menyantuni 15 pesakit dari kampung terlibat, semoga pesakit dan ahli keluarga tabah menghadapi ujian dan didoakan mendapat kesembuhan yang baik

persiapan majlis jamuan hari raya
27/04/2024

persiapan majlis jamuan hari raya

Address

Kuala Terengganu
21200

Telephone

0179854870

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpkk Kampung Paya Datu Manir Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share