18/06/2026
tanda PRU dah dekat, propaganda disebarkan tanpa tahu cerita sebenar untuk memburukkan ADUN setempat. Sabor je lah.
CERITA SEBENAR PELAJAR TAK BAWA DUIT KE SEKOLAH DAN TINGGAL DI RUMAH DAIF, DIABAIKAN
Viral kisah seorang pelajar yang dikatakan tidak membawa duit ke sekolah.
Ramai yang mendakwa keluarga pelajar tersebut miskin dan hidup susah.
Kemudian muncul p**a dakwaan bahawa keluarga itu tinggal di rumah daif serta seolah-olah diabaikan.
Apa-apa pun, tahniah kepada orang kita kerana prihatin.
Tapi, cerita sebenar isu ini sangat berbeza dengan yang tular.
Difahamkan, kejadian pelajar tidak membawa duit ke sekolah itu berlaku pada hari tersebut sahaja.
Menurut cerita keluarga, ayah pelajar berkenaan bukan tidak mempunyai duit. Cuma pada hari itu, ayahnya terlupa memberi duit belanja sekolah kepada anaknya.
Maknanya, bukanlah pelajar itu setiap hari hadir ke sekolah tanpa duit belanja. Bukan juga kerana keluarganya langsung tidak mampu menyediakan keperluan anak ke sekolah.
Begitu juga dengan dakwaan keluarga itu tinggal di rumah daif.
Difahamkan, keluarga ini sebelum ini pernah tinggal di rumah PPRT. Namun selepas berlaku sedikit isu antara mereka sekeluarga, kini hanya adiknya yang tinggal seorang diri di rumah PPRT tersebut.
Keluarga pelajar ini p**a berpindah dan tinggal di rumah arwah datuk mereka yang sebelum ini ditinggalkan.
Isu-isu lain yang berbangkit berkait kebajikan keluarga ini (jika ada) sudah dalam perhatian pihak berwajib.
Dalam zaman media tanpa sempadan ini, kita kena lebih berhati-hati.
Satu video pendek boleh membina persepsi besar.