07/04/2024
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌
7 April 2024 | 27 Ramadan 1445H
Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap
Bersempena bulan Ramadan 1445H pada tahun ini, Biro Agama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan dengan penglibatan seramai 52 orang peserta.
Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap yang dipimpin oleh Encik Mohd Hidayat Bin Hamid, Penghulu Padang Terap Kiri.
Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus oleh YBhg. Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap. Tahniah buat semua peserta yang telah menyertai dan memberikan komitmen yang terbaik untuk program ini.