Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya- PBMUM

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya- PBMUM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya- PBMUM, Non-Governmental Organization (NGO), Universiti Malaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang aktif dalam perkembangan dan perjuangan bahasa, kesusasteraan serta budaya Melayu.

13/06/2026

Imbasan Ringkas (_Recap_) Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indonesia 2026

Dua hari yang sarat dengan ilmu, wacana dan pertemuan bermakna kini terpahat sebagai kenangan. Melalui tema “Perayaan Sidang Pujangga di Nusantara”, seminar ini telah menghimpunkan para sarjana, pemikir, pengkaji dan pencinta bahasa dalam meraikan kekayaan peradaban Melayu-Indonesia.

Terima kasih kepada semua peserta, pembentang, urus setia dan pihak yang telah menjayakan seminar ini. Semoga segala perkongsian dan perbincangan yang berlangsung menjadi inspirasi untuk terus memelihara, mengkaji dan memartabatkan warisan ilmu serta budaya Nusantara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gagasan Sidang Pujangga Persuratan, layari:
maratib.my/sidang-pujangga-persuratan?fbclid=IwY2xjawR4mPlleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZA80MDk5NjI2MjMwODU2MDkAAR6aerU3jXaThVkkMCo3jhwI7iHbk-ZKwyM46e6bF-OdYxXKj5xJHf1aosjiLQ_aem_0dxr9l8Tf3AgLY7InmzWeg

Selamat menonton dan mengimbau kembali momen-momen istimewa sepanjang seminar ini.






VideoRecap
PersuratanMelayu
PeradabanNusantara

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) berbesar hati menerima kunjungan istimewa Kebawah Duli Paduka Baginda ...
01/06/2026

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) berbesar hati menerima kunjungan istimewa Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke program Sidang Pujangga Persuratan di Nusantara.

Kehadiran baginda merupakan satu penghormatan yang amat besar serta menyerikan lagi perjalanan program ini. Sesungguhnya, kunjungan ini menjadi dorongan untuk terus memperkasa budaya ilmu dan kecintaan terhadap dunia persuratan dalam kalangan masyarakat.

Detik bermakna ini turut menggambarkan bahawa budaya menimba ilmu bersifat merentas semua lapisan masyarakat, tanpa batas kedudukan atau ruang. Ia memperlihatkan bahawa raja dan rakyat dapat berdiri dalam satu wadah yang sama, bersama-sama menghargai, mempelajari dan memartabatkan ilmu demi kelangsungan tamadun bangsa.

Sorotan Hari Kedua Hari kedua Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indonesia melabuhkan tirainya dengan p...
27/05/2026

Sorotan Hari Kedua

Hari kedua Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indonesia melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkongsian ilmu, perbincangan ilmiah dan pertukaran pandangan telah berlangsung dalam semangat memartabatkan bahasa, kesusasteraan serta peradaban Nusantara menerusi tema “Perayaan Sidang Pujangga di Nusantara”.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pembentang, peserta, urus setia dan pihak yang bersama-sama menjayakan seminar ini. Semoga segala ilmu dan wacana yang dikongsikan menjadi manfaat serta terus menyuburkan kecintaan terhadap warisan peradaban Melayu-Indonesia.

Jumpa lagi dalam program akan datang!

Sorotan Hari Pertama (16 Mei 2026)Alhamdulillah, hari pertama Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indone...
27/05/2026

Sorotan Hari Pertama (16 Mei 2026)

Alhamdulillah, hari pertama Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indonesia telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Institut Asia-Eropah.

“Perayaan Sidang Pujangga di Nusantara” hari ini menghimpunkan para sarjana, pemikir dan pencinta bahasa serta peradaban Melayu-Indonesia dalam satu medan wacana yang penuh ilmiah, bermakna dan menginspirasikan.

Terima kasih kepada semua pembentang, peserta dan pihak yang terlibat sepanjang perjalanan hari pertama ini.

Sorotan Hari Pertama (16 Mei 2026)Alhamdulillah, hari pertama Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indone...
27/05/2026

Sorotan Hari Pertama (16 Mei 2026)

Alhamdulillah, hari pertama Seminar Antarabangsa Peradaban Islam di Alam Melayu-Indonesia telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Institut Asia-Eropah.

“Perayaan Sidang Pujangga di Nusantara” hari ini menghimpunkan para sarjana, pemikir dan pencinta bahasa serta peradaban Melayu-Indonesia dalam satu medan wacana yang penuh ilmiah, bermakna dan menginspirasikan.

Terima kasih kepada semua pembentang, peserta dan pihak yang terlibat sepanjang perjalanan hari pertama ini.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Siaran Langsung Perayaan Sidang Pujangga Persuratan di Nusantara bersama maratib.my📌...
15/05/2026

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Siaran Langsung Perayaan Sidang Pujangga Persuratan di Nusantara bersama maratib.my

📌Imbas kod QR dan sertai kami secara dalam talian atau melalui pautan berikut:
https://www.maratib.my/sidang-pujangga-persuratan

1 Hari Lagi: Perayaan Sidang Pujangga Persuratan di NusantaraHanya tinggal 1 hari lagi sebelum berlangsungnya Perayaan S...
15/05/2026

1 Hari Lagi: Perayaan Sidang Pujangga Persuratan di Nusantara

Hanya tinggal 1 hari lagi sebelum berlangsungnya Perayaan Sidang Pujangga Persuratan di Nusantara yang akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini. ✨

📌 Para peserta dijemput untuk mendaftar melalui pautan yang disediakan.

Daftar penyertaan melalui pautan berikut:
https://forms.gle/ZDz2n519qfjQwzXr8

Berbudi, Berdaya

Address

Universiti Malaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya- PBMUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share