Wacana.co

Wacana.co Politik • Dakwah • Kepimpinan

"Alah, Satu Undi Je Pun..." Ungkapan ini sering kedengaran setiap kali tibanya musim pilihan raya. Ada yang menganggap s...
19/07/2026

"Alah, Satu Undi Je Pun..."

Ungkapan ini sering kedengaran setiap kali tibanya musim pilihan raya. Ada yang menganggap satu undi terlalu kecil untuk memberi sebarang kesan.

Namun, realitinya setiap undi menyumbang kepada pemilihan pemimpin yang akan menggubal dasar dan undang-undang, menentukan hala tuju pentadbiran negara serta menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.

Apa yang kelihatan kecil pada hari ini mampu memberi kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.

Dari sudut pandang syarak, pemilihan pemimpin bukan sekadar urusan politik, bahkan berkait rapat dengan tanggungjawab menjaga maslahat agama, masyarakat dan negara.

Justeru, sebahagian ulama kontemporari berpandangan bahawa mengundi boleh menjadi wajib dalam keadaan tertentu, khususnya apabila ia menjadi satu-satunya jalan untuk memilih kepimpinan yang adil dan amanah serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqah:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

"Sesuatu yang tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya, maka ia juga menjadi wajib."

Selain itu, Islam turut mengiktiraf peranan anak muda dalam membawa perubahan.

Jangan sekadar berkata, "Alah, satu undi je pun..."

Kerana realitinya, satu undi ialah satu amanah. Ia mungkin menjadi asbab kepada lahirnya perubahan yang lebih baik, atau penyesalan apabila amanah itu diabaikan.

Rujukan: Bayan Linnas Siri 188, Jabatan M***i Wilayah Persekutuan.

Follow untuk content menarik yang seterusnya !

[ TRIVIA POLITIK PRN JOHOR ]Politik Realistik: Membina Kemenangan Hari Ini Untuk Pertarungan EsokDalam politik, kemenang...
09/07/2026

[ TRIVIA POLITIK PRN JOHOR ]

Politik Realistik: Membina Kemenangan Hari Ini Untuk Pertarungan Esok

Dalam politik, kemenangan tidak selalu diukur dengan pembentukan kerajaan pada hari ini sahaja. Ada kemenangan yang berfungsi sebagai batu loncatan untuk membina kekuatan pada masa hadapan.

Keputusan sesebuah parti untuk bertanding dalam jumlah kerusi tertentu perlu dilihat dalam kerangka strategi jangka panjang, bukan hanya keputusan satu pilihan raya.

Dalam konteks PRN Johor, pertimbangan utama bukan sekadar berapa banyak kerusi yang ingin ditandingi, tetapi bagaimana setiap kerusi yang dipertandingkan mampu diterjemahkan menjadi pertumbuhan politik.

Setiap kemenangan membawa makna yang lebih besar daripada jumlah kerusi semata-mata.

Ia menjadi ukuran:

* kemampuan jentera bekerja;
* penerimaan masyarakat terhadap naratif perjuangan;
* keupayaan menembusi kawasan baharu;
* dan potensi perkembangan sokongan pada pilihan raya seterusnya.

Politik adalah proses membina momentum.

Sebuah gerakan politik tidak semestinya berubah daripada pembangkang kepada kerajaan dalam satu pilihan raya. Banyak gerakan berkembang secara bertahap: memperkukuhkan akar umbi, menambah wakil rakyat, membina keyakinan pengundi dan memperluaskan pengaruh.

Sebab itu, kemenangan atau peningkatan kerusi dalam PRN bukan hanya tentang Johor semata-mata. Ia juga menjadi isyarat politik menjelang medan pilihan raya yang lebih besar pada masa hadapan.

Dalam siyasah syar‘iyyah, pertimbangan terhadap masa hadapan (al-nazar ila al-ma’alat) merupakan elemen penting dalam membuat keputusan. Sesuatu tindakan tidak hanya dinilai berdasarkan hasil segera, tetapi juga kesannya terhadap perjalanan perjuangan.

Politik yang matang bukan sekadar mengejar kemenangan yang besar hari ini, tetapi menyusun langkah yang mampu membawa kemenangan yang lebih besar pada masa akan datang.

— Wacana.co, Edisi PRN

[ Pemerintahan Islam ialah wasilah bukan ghayah ! ]Mungkin sesetengah menyangka bahawa kita berusaha untuk mempunyai tam...
20/06/2026

[ Pemerintahan Islam ialah wasilah bukan ghayah ! ]

Mungkin sesetengah menyangka bahawa kita berusaha untuk mempunyai tampuk kekuasaan kerana dahagakan kuasa dan pangkat semata-mata.

Ironinya, Islam mengajarkan kita sebaliknya. Dengan makna, ketika mana kamu sampai kepada kemenangan dalam mendapatkan kuasa, sebenarnya kerja kamu "baru bermula".

Imam Ibnu Taymiyyah juga ada menyebutkan : Mendirikan negara adalah kewajipan agama yang besar kerana agama tidak dapat ditegakkan tanpa kekuasaan.

Jadi, apa sebenarnya matlamat yang ingin kita capai ?

Jemput baca perkongsian Wacana Co Edisi Jun 2026 untuk dapatkan jawapan !

Like, Comment, Share ! ❤️

Syura atau Demokrasi ?Pelbagai kertas kerja dan kajian telah dijalankan bagi menilai perbezaan dan persamaan antara kedu...
27/05/2026

Syura atau Demokrasi ?

Pelbagai kertas kerja dan kajian telah dijalankan bagi menilai perbezaan dan persamaan antara kedua-dua jenis konsep pemerintahan dan penentuan keputusan ini.

Penggunaan syura disebut secara langsung dalam Al-Quran, manakala perkataan demokrasi p**a berasal daripada Greek yang membawa makna "kuasa rakyat".

Kini, penggunaan demokrasi diguna luas di pelbagai negara sama ada dalam menentukan kepimpinan atau keputusan.

Dalam siri ini kami tidak datangkan kebaikan keburukan antara keduanya. Namun berpada dengan mendatangkan perbezaan yang ketara antara syura dan demokrasi. Menariknya, di sana ada beberapa persamaan antara kedua-duanya.

Selamat membaca !

Jemput follow Wacana.co supaya tidak terlepas untuk trivia akan datang.

Sejak dahulu, manusia tidak pernah berhenti bertanya: siapakah yang membawa kebenaran?  Dari perdebatan ahli falsafah, k...
15/04/2026

Sejak dahulu, manusia tidak pernah berhenti bertanya: siapakah yang membawa kebenaran?

Dari perdebatan ahli falsafah, kepada pertembungan agama, hingga ideologi moden hari ini — semuanya hadir dengan jawapan masing-masing. Namun, tidak semua mampu menjawab persoalan asas manusia secara menyeluruh: tentang tujuan hidup, nilai kebenaran, dan ke mana akhirnya kita menuju.

Manifesto demi manifesto ditulis, sistem demi sistem berterusan dibina. Tetapi persoalannya kekal, adakah ia benar-benar lengkap, atau sekadar sebahagian daripada usaha manusia memahami hakikat?

Dalam siri infografik ini, jom kita meneliti satu dakwaan yang besar: bahawa Islam bukan sekadar satu pilihan, tetapi satu kebenaran yang berdiri di atas wahyu, selaras dengan fitrah, dan menawarkan sistem hidup yang menyeluruh.

Bukan untuk diterima secara membuta tuli, tetapi untuk difahami, ditimbang, dan direnung dengan jujur.

📌 Jemput baca untuk lihat kupasan penuh.


Ikuti kami untuk perkongsian akan datang di Wacana.co 📖

Serangan terhadap Islam tidak pernah berhenti, ia hanya berubah cara.Apabila Islamofobia gagal, musuh beralih kepada pen...
26/03/2026

Serangan terhadap Islam tidak pernah berhenti, ia hanya berubah cara.

Apabila Islamofobia gagal, musuh beralih kepada pendekatan yang lebih halus dengan menimbulkan salah faham dan keraguan, lalu ditanam tanpa disedari. Allah menggambarkan melalui firman-Nya:

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
Maksudnya: “Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi.”

Hari ini, umat berdepan kekeliruan berupa naratif yang salah dibentuk, istilah ciptaan manusia disamakan dengan konsep Islam sehingga mengaburkan jalan kebenaran dan pelbagai lagi. Allah telah mengingatkan:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِ
Maksudnya: “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain, kerana ia akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.”

Lebih membimbangkan, apabila urusan agama dibicarakan oleh mereka yang tidak berilmu. Rasulullah SAW telah memberi amaran:

وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ
Maksudnya: “Dan Ruwaibidah (orang yang jahil namun berbicara tentang urusan besar masyarakat) p**a berkata-kata.”

Kita sedang berada pada zaman di mana kekeliruan mudah tersebar dan suara tanpa ilmu diberi ruang.

Maka, berpegang teguh kepada ilmu bukan lagi sebuah pilihan, bahkan suatu keperluan.

Semoga kita tetap istiqamah di atas jalan yang lurus, dan tidak tergelincir dalam arus keraguan yang semakin mencabar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙Semoga setiap langkah selepas Ramadan ini membawa kita menjadi lebih baik daripada ...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙

Semoga setiap langkah selepas Ramadan ini membawa kita menjadi lebih baik daripada versi sebelumnya.

Maaf zahir dan batin.
كل عام وأنتم بخير !

Ikhlas daripada Team Wacana.co.

“Maruah adalah asas kekuatan sebuah kepimpinan. Amanah memimpin bukan sekadar mandat, tetapi tanggungjawab agung yang Al...
14/03/2026

“Maruah adalah asas kekuatan sebuah kepimpinan.

Amanah memimpin bukan sekadar mandat, tetapi tanggungjawab agung yang Allah gambarkan begitu berat sehingga langit, bumi dan gunung‑ganang enggan memikulnya. Namun manusia menerimanya — meskipun mudah berlaku zalim dan tersalah jalan.

Nabi Ibrahim AS diangkat sebagai pemimpin setelah lulus ujian ketaatan yang besar. Dari kisah itu, Islam menetapkan bahawa kepimpinan menuntut iman, akhlak dan maruah yang tidak boleh digadaikan kepada sesiapa.

Hari ini, negara sedang berdepan krisis maruah dalam kepimpinan. Pertikaian tentang hukuman, pengampunan dan kelayakan mencetuskan persoalan penting: Apakah maruah masih menjadi asas dalam memilih pemimpin?

Dalam Islam, maruah adalah prasyarat keadilan dan syarat utama pelantikan. Allah berfirman:
**«إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا»**
(Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada ahlinya.)

Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang bahaya melantik orang yang tidak layak:
**«مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ، وَفِيهِمْ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ، فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالْمُؤْمِنِينَ»**
(Sesiapa melantik seseorang sedangkan ada yang lebih layak, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul‑Nya dan orang beriman.)

Dan amaran akhir zaman semakin jelas terlihat:
**«سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ… وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ»**
Yang ditanya siapakah mereka itu, Baginda bersabda:
**«الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ»**
(Orang yang tidak layak mengurus urusan masyarakat.)

Kita kini menyaksikan zaman di mana maruah dikesampingkan, dan hawa nafsu diberi ruang sehingga kerosakan berlaku di darat dan laut akibat perbuatan manusia sendiri. Pemimpin yang hilang maruah akhirnya menyeret bangsa ke jurang kehinaan.

Justeru, mempertahankan maruah adalah kewajipan, bukan pilihan. Allah memuliakan anak Adam, dan manusia akan dibangkitkan mengikut pemimpinnya. Jika buta hati di dunia, maka lebih sesatlah ia di akhirat.

Semoga negara ini dipimpin oleh mereka yang memegang amanah dengan maruah, kejujuran dan ketakwaan.”

Trivia Ramadan 📍Ibadah puasa yang sinonim dengan bulan Ramadan melatih kita pelbagai sifat-sifat terpuji secara tanpa ki...
22/02/2026

Trivia Ramadan 📍

Ibadah puasa yang sinonim dengan bulan Ramadan melatih kita pelbagai sifat-sifat terpuji secara tanpa kita sedar.

Penekanan sifat Taqwa yang diharapkan daripada ibadah puasa dapat dicapai dengan menghayati ketersiratan yang ada dalam ibadah agung ini.

Semoga kita terus semangat untuk menjalani baki hari di bulan Ramadan !

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wacana.co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share