Global UNITY Network

Global UNITY Network

(3)

Global Unity Network (Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global) atau ringkasnya UNITY adalah hasil cetusan ilham Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012, Shah Kirit Bin Kakulal Govindji bersama-sama 12 rakan pendakwah yang lain. UNITY telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 2015

UNITY berhasrat untuk menerajui usaha membentuk perpaduan yang lebih kukuh antara masyarakat yang pelbagai di Malaysia dan menjadi hub informasi Islam agar maklumat Islam yang sahih dapat disampaikan.

Alhamdulilah selesai kursus Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials).Pelbagai latar belakang peserta yang ha...
26/04/2026

Alhamdulilah selesai kursus Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials).

Pelbagai latar belakang peserta yang hadir daripada remaja sekolah hingga ke yang dah bersara.

Ada yang datang daripada Singapura semata-mata nak menambah pengetahuan.

Peserta didedahkan dengan kefahaman asas agama lain tanpa mengelirukan akidah

Belajar cara jawab soalan sensitif dengan hikmah & tenang

Bina keyakinan bila berkongsi tentang Islam.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan dimanfaatkan sepenuhnya.





Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials)Kita tahu Islam itu indah..Kita nak non-Muslim faham…bahawa Islam ag...
17/04/2026

Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials)

Kita tahu Islam itu indah..
Kita nak non-Muslim faham…
bahawa Islam agama rahmat untuk semua.

Kita nak betulkan salah faham.
Tetapi tak pasti nak mula dari mana.
Takut tersalah cakap…
Dan peluang itu berlalu begitu saja.

Kadang-kadang, yang bertanya bukan orang luar.
Tapi anak kita sendiri.

“Kenapa Allah suruh macam ni?”
“Macam mana kita tahu Islam itu benar?”

Soalan mereka jujur.
Tapi jawapan kita sering tersekat..
belum benar-benar yakin bagaimana nak menjawab.

Kalau ini yang anda rasa…
kursus ini untuk anda.

✨ Faham asas agama lain tanpa mengelirukan akidah
✨ Belajar cara jawab soalan sensitif dengan hikmah & tenang
✨ Bina keyakinan bila bercakap tentang Islam

🗓 26 April 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 4.30 petang
📍 Pusat Dakwah UNITY,
A35 & A36, Plaza Pekeliling, KL

Tempat terhad.

Daftar segera
Link pendaftaran ada di ruangan komen👇





17/04/2026

Petang ini bersama Bro Shah dan Bro Fadhli mengadakan pertemuan ringkas bagi menyelaras persiapan akhir program Forum Antara Agama petang nanti.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan forum ini menjadi ruang yang bermakna dalam membina kefahaman, memperkukuh keharmonian serta mengeratkan perpaduan dalam masyarakat.

Dialog Harmoni & Hari Raya 2026📍 Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya📅 11 April 2026 | ⏰ 10.00...
11/04/2026

Dialog Harmoni & Hari Raya 2026
📍 Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
📅 11 April 2026 | ⏰ 10.00 pagi

Anjuran bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Global UNITY Network dan PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL

Satu ruang pertemuan yang menghimpun suara pelbagai agama, Islam, Kristian, Buddha, Sikh dan Bahai berkongsi tentang nilai sejagat, saling hormat dan kefahaman antara kita.

Selepas sesi dialog tetamu diraikan bersama dalam suasana Hari Raya penuh mesra, penuh makna.

Ringkas, tapi dalam ertinya:
Harmoni
Perpaduan.




Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials)Kita tahu Islam itu indah..Kita nak non-Muslim faham…bahawa Islam ag...
10/04/2026

Fundamentals & Basics of Interfaith (FBI Essentials)

Kita tahu Islam itu indah..
Kita nak non-Muslim faham…
bahawa Islam agama rahmat untuk semua.

Kita nak betulkan salah faham.
Tetapi tak pasti nak mula dari mana.
Takut tersalah cakap…
Dan peluang itu berlalu begitu saja.

Kadang-kadang, yang bertanya bukan orang luar.
Tapi anak kita sendiri.

“Kenapa Allah suruh macam ni?”
“Macam mana kita tahu Islam itu benar?”

Soalan mereka jujur.
Tapi jawapan kita sering tersekat..
belum benar-benar yakin bagaimana nak menjawab.

Kalau ini yang anda rasa…
kursus ini untuk anda.

✅ Faham asas agama lain tanpa mengelirukan akidah
✅ Belajar cara jawab soalan sensitif dengan hikmah & tenang
✅ Bina keyakinan bila bercakap tentang Islam

🗓 26 April 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 4.30 petang
📍 Pusat Dakwah UNITY,
A35 & A36, Plaza Pekeliling, KL
💰 RM50 (makan minum disediakan)

Tempat terhad.

Daftar segera
Link ada di ruangan komen 👇





UNITY RAYA GET2GETHER 202628/3/2026Alhamdulillah, UNITY RAYA GET2GETHER berlangsung dengan penuh warna-warni, meriah den...
28/03/2026

UNITY RAYA GET2GETHER 2026
28/3/2026

Alhamdulillah, UNITY RAYA GET2GETHER berlangsung dengan penuh warna-warni, meriah dengan semangat ukhuwah dan perpaduan.

Pelbagai bangsa, budaya dan agama berkumpul dalam satu suasana penuh kasih sayang. Ia membuktikan bahawa perbezaan bukan penghalang, tetapi jambatan untuk kita membina persaudaraan yang lebih erat.

Antara wakil komuniti bukan Islam yang turut hadir memeriahkan majlis:
• Most Venerable Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera
• His Excellency The Most Reverend Julian Leow Beng Kim
• Dr Balachandran Gopal Krishnan
• Mr Jason Leong (Advisor, Christian For Peace And Harmony Malaysia – CPHM)
• Wong Choon Tat
• Dr Charanjit Kaur

Kehadiran mereka membuktikan bahawa nilai saling menghormati dan kasih sayang rentas agama bukan sekadar slogan tetapi sesuatu yang boleh kita hidupkan bersama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak, terutamanya AJK Induk CUTe yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga ke akhir.

Ada yang tidak dapat hadir, namun mengirim juadah sebagai pengganti diri.
Ada yang menyumbang wang ringgit.
Ada yang menyumbang tenaga.
Ada juga yang mendoakan dari jauh.

Begitulah indahnya tradisi Raya Potluck UNITY, meriah bukan hanya pada juadah, tetapi pada keikhlasan dan kebersamaan.

Semoga usaha kecil ini menjadi benih kepada perpaduan yang lebih besar, menyuburkan rasa persaudaraan, dan menguatkan lagi ikatan ukhuwah antara kita semua, insyaAllah.






Menyantuni rakan non-Muslim yang hadir ke masjid untuk merasai suasana berbuka puasa. Ia bukan sahaja memberi peluang ke...
08/03/2026

Menyantuni rakan non-Muslim yang hadir ke masjid untuk merasai suasana berbuka puasa.

Ia bukan sahaja memberi peluang kepada mereka mengenali masjid dengan lebih dekat, malah menjadi ruang untuk memupuk rasa hormat, kefahaman dan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang latar belakang.

Sebelum waktu berbuka, Bro Shah Kirit memberi penerangan ringkas tentang fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan pusat komuniti umat Islam, serta berkongsi tentang makna puasa dalam Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari, sambil melatih kesabaran, keikhlasan dan empati terhadap orang lain.

Program ini dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa TTDI sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan masjid serta menggalakkan semangat saling memahami antara agama dan budaya.




Majlis Berbuka PuasaKeharmonian Antara Agama3 Mac 2026Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling JayaAnju...
04/03/2026

Majlis Berbuka Puasa
Keharmonian Antara Agama

3 Mac 2026
Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya

Anjuran bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, UNITY dan PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL

Dialog harmoni menghimpunkan ketua agama Kristian, Buddha, Taoist, Sikh, Hindu dan Bahai berkongsi pandangan tentang nilai sejagat, hormat dan persefahaman.

Selepas dialog, semua tetamu berbuka puasa bersama.

Ringkas, tapi penuh makna:
Harmoni.
Perpaduan.




Ramadan bersama Saudara Baru Al Kauthar berlangsung pada 28 Februari 2026 di Kolej Dar Al Hikmah, Kg Sg Ramal Dalam, den...
03/03/2026

Ramadan bersama Saudara Baru Al Kauthar berlangsung pada 28 Februari 2026 di Kolej Dar Al Hikmah, Kg Sg Ramal Dalam, dengan kerjasama WADAH, ABIM dan PKPIM.

Bro Shah Kirit, Presiden Unity, berkongsi tentang pentingnya ilmu dan memilih circle yang baik sebagai asas perjalanan saudara baru.

Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa bersama, mengeratkan ukhuwah, membina rasa kekeluargaan, dan saling menguatkan dalam langkah menuju kebaikan.



Dialog Harmoni & Majlis Iftar01 Mac 2026Anjuran bersama UNITY, PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL dan Masjid Amaniah Kepon...
01/03/2026

Dialog Harmoni & Majlis Iftar
01 Mac 2026

Anjuran bersama UNITY, PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL dan Masjid Amaniah Kepong Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 70 orang non-Muslim hadir, daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama. Duduk semeja, berbuka bersama, dan berkongsi ruang dengan penuh rasa hormat.

Perkongsian oleh Bro Shah Kirit menyentuh tentang puasa dan kitab suci dalam agama, membuka ruang kefahaman yang lebih luas, bukan sekadar dari sudut Islam, tapi juga bagaimana setiap agama melihat hubungan manusia dengan Tuhan.

Sesi soal jawab berlangsung dengan santai dan terbuka. Banyak persoalan dijawab dengan hikmah, dalam suasana yang tenang dan saling menghormati.

Turut hadir Pengerusi Masjid Amaniah Kepong serta Ustaz Suhaimi, Pengerusi PERKIM Datuk Keramat KL.

Berbuka bersama bukan sekadar makan… tapi jadi titik pertemuan hati. Dari asing jadi kenal, dari kenal jadi faham.

Inilah elemen sebenar harmoni dan perpaduan—bila kita memilih untuk duduk, mendengar dan memahami… bukan sekadar hidup bersebelahan, tapi benar-benar hidup bersama.





Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Global UNITY Network posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Global UNITY Network:

Featured

Share