23/11/2025
■ KENYATAAN UMUM
ISU PENYAMARAN & PENIPUAN OLEH MOHD NORAZAM BIN MUHAMMAD
Merujuk kepada maklumat yang diterima dan disahkan oleh pihak berkuasa, Mohd NorAzam bin Muhammad (731105-08-6525) telah didapati menyamar dengan melakukan pemalsuan representasi sebagai Naib Presiden, Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH).
Individu ini tidak pernah menjadi AJK MEH atau Ahli MEH. Sila rujuk ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) jika anda inginkan pengesahan rasmi.
Salah laku inividu ini telah dilaporkan kepada Polis, SPRM, Bank Negara, LHDN dan JPPM malah kini dalam siasatan.
Selain penyamaran, antara salah lakunya adalah menganjurkan Mesyurat Agung Pertubuhan (MEH) palsu dan mengutip ahli serta yuran dari orang awam. Serta melantik dirinya sebagai Naib Presiden.
Individu ini juga mempromosikan skim pelaburan digital gold palsu dengan mengaitkan pertubuhan MEH. Skim ini tidak pernah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
Perbuatan menyamar ini adalah amat serius dan mencemarkan nama baik organisasi MEH serta memperdayakan orang awam serta pelbagai institusi. Ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, agensi kerajaan, dan rakan kerjasama rasmi MEH.
Sehubungan itu, pihak MEH:
1. Akan mengambil tindakan undang2 dan membuat laporan ke atas mana2 organisasi, institusi dan individu yang mengadakan sebarang kaitan rasmi dengan individu* ini dalam sebarang urusan, program, komunikasi berkaitan MEH.
2. Menggesa semua pihak agar tidak melayan sebarang tuntutan, komunikasi atau wakilan individu ini yang menggunakan nama MEH.
3. Peguam MEH telah menyediakan bahan kes untuk sebutan di mahkamah.
Sekian.
Sila Hubungi:
Dr Helmi Ibrahim
Setiausaha Agung
Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH)
Emel: [email protected]
H/P: 016-366 8948
Cc - Organisasi Media, Jabatan2 Kerajaan & IPTA IPTS dll.
-majlisekonomihalal