Hawk Rovers WPKL

Contact the organization

Hawk Rovers WPKL Kumpulan Pengakap Kelana H Terbuka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,HEBAHAN PENYERTAAN SUKARELAWAN BAGI EXERCISE URBAN FALCON 2026 ✈️Penyertaan adalah d...
22/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PENYERTAAN SUKARELAWAN BAGI EXERCISE URBAN FALCON 2026 ✈️

Penyertaan adalah dipelawa kepada ahli Pengakap Kelana yang berumur 17 tahun ke atas sahaja untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam Exercise Urban Falcon 2026, sebuah Latihan Kecemasan Lapangan Terbang (Aerodrome Emergency Exercise – Full Scale Exercise) yang dilaksanakan bagi menilai tahap kesiapsiagaan, kecekapan koordinasi serta keberkesanan pengurusan tindak balas kecemasan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat.

Latihan berskala penuh ini mensimulasikan senario kecemasan pesawat udara dan berperanan sebagai platform penting dalam menguji prosedur operasi, penyelarasan antara agensi serta keupayaan pengurusan insiden dalam persekitaran yang menyerupai situasi sebenar. Sehubungan itu, peserta yang terlibat akan berperanan sebagai mangsa atau orang awam bagi membantu mewujudkan senario latihan yang lebih komprehensif dan realistik.

📌Butiran Program

📅 Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Plaza Tol Denai Alam (DASH)

📌Syarat Penyertaan

• Terbuka kepada orang awam dan ahli Pengakap Kelana
• Berumur 17 tahun dan ke atas
• Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta sesuai untuk aktiviti lapangan
• Berpakaian sukan yang kemas dan bersesuaian
• Membawa Kad Pengenalan (MyKad) semasa pendaftaran

📌 Tarikh tutup pendaftaran: 14 Julai 2026

Pendaftaran boleh dibuat melalui QR code dan pautan yang disediakan.

🔗 Pautan Pendaftaran:- https://forms.gle/kqbfGfhULFyNmLhn6

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

📞 [Admin Hawk Rovers] – [011-21750869]

Kerjasama dan kesediaan para sukarelawan untuk melibatkan diri dalam latihan ini amat dihargai dan diyakini dapat menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan Exercise Urban Falcon 2026.

Sekian, terima kasih.🫡

Kursus Asas Kebombaan Siri 3 & Kursus Asas Ground Handler | 16 Mei 2026 | Lapangan Terbang Subang ✈️Alhamdulillah, telah...
24/05/2026

Kursus Asas Kebombaan Siri 3 & Kursus Asas Ground Handler | 16 Mei 2026 | Lapangan Terbang Subang ✈️

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Ground Handler anjuran Pengakap Daerah Bandar Tun Razak yang dikelolakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Tuan Syukri Bin Supangan dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad dan Airport Fire & Rescue Service (AFRS), Lapangan Terbang Subang. ✨

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada ahli Pengakap Muda & Remaja mengenai operasi pengendalian darat penerbangan (ground handling), asas penerbangan serta jenis-jenis pesawat. Antara aktiviti paling menarik ialah sesi marshalling, iaitu teknik memberi isyarat panduan kepada juruterbang bagi membantu pergerakan pesawat di kawasan darat lapangan terbang. 🛫

Pada hari yang sama turut berlangsung Kursus Asas Kebombaan Siri 3 anjuran Sekolah Seri Suria (XCL Education) yang dikelolakan oleh Cikgu Awanis dengan kerjasama AFRS, Lapangan Terbang Subang. 🚒

Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti kebombaan seperti demonstrasi pengendalian hos tekanan tinggi, latihan di dalam smoke room menggunakan topeng oksigen, penerangan peralatan menyelamat serta ceramah mengenai bantu mula.

Kedua-dua program ini merupakan kolaborasi antara Malaysia Airports Berhad, Airport Fire & Rescue Service (AFRS), Pengakap Daerah Bandar Tun Razak, SMK Seri Suria serta Pasukan Pengakap Kelana H Terbuka dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang bermanfaat kepada para peserta. 🤍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pegawai AFRS khususnya Tuan Saifulnizam Bin Talhah, Tuan Shafek, Tuan Azam Mustafa serta seluruh warga AFRS atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu sepanjang program berlangsung.

Terima kasih juga kepada semua Pemimpin, Pengakap Kelana, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada semua peserta pada masa akan datang. ✨

HAWK ROVERS - READY TO TAKE OFF ✈️ PENGAMBILAN AHLI BAHARU HAWK ROVERSNak pengalaman luar biasa, cabaran lasak, dan pelu...
23/01/2026

HAWK ROVERS - READY TO TAKE OFF ✈️ PENGAMBILAN AHLI BAHARU HAWK ROVERS

Nak pengalaman luar biasa, cabaran lasak, dan peluang kembangkan diri? Atau berminat dengan aktivit kemahiran, perkhemahan dan penerbangan?

Hawk Rovers membuka peluang untuk anda!

Bersama kami, anda akan:
📍Terlibat dalam aktiviti luar dan pengembaraan yang menyeronokkan
📍Menyumbang melalui program khidmat masyarakat
📍 Asah kemahiran kepimpinan dan kepengakapan
📍Berpeluang menyertai program peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta antarabangsa.

Apa tunggu lagi? Sertai Hawk Rovers sekarang!
📌 Daftar melalui link / QR code
https://forms.gle/HKX3DJorh3DqzzsR

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi kami: 📞011-21750869 - admin Hawks

We’ll fly together from here!

🚁 𝐀𝐞𝐫𝐨𝐜𝐚𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 – “𝐋𝐞𝐭’𝐬 𝐒𝐩𝐚𝐫𝐤𝐥𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐒𝐤𝐢𝐞𝐬” ✈️Program Aerocare Mission 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 13 D...
30/12/2025

🚁 𝐀𝐞𝐫𝐨𝐜𝐚𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 – “𝐋𝐞𝐭’𝐬 𝐒𝐩𝐚𝐫𝐤𝐥𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐒𝐤𝐢𝐞𝐬” ✈️

Program Aerocare Mission 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 13 Disember 2025 bertempat di Redland Aviation, Subang Skypark, hasil kerjasama strategik bersama Pengakap Daerah Batu, Redland Aviation Services, Malaysia Airports, serta sokongan padu daripada Airport Fire Rescue and Service (AFRS).

Program ini bertujuan memupuk semangat khidmat masyarakat, di samping memberi pendedahan awal terhadap dunia penerbangan melalui aktiviti seperti:

✈️ Pembersihan pesawat (aircraft cleaning)
✈️ Pengenalan kepada asas penerbangan
✈️ Pengenalan komponen utama pesawat

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana telah menyertai program ini. Para peserta bukan sahaja berpeluang berkhidmat kepada komuniti penerbangan, malah memperoleh ilmu baharu secara hands-on, sekaligus menyemai minat terhadap bidang aeroangkasa dan teknikal sejak usia muda.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu (Program) -Tuan Mohd Samat bin Abdul Hamid, Penolong Persuruhjaya Pengakap Daerah Batu (Remaja)- Puan Lee Ee-Man, Penolong Pesuruhjaya Daerah Batu (Udara) - Tuan Hairulanuar Bin Md Moktar, serta Pemimpin Daerah Batu, ibu bapa dan ahli Kelana yang sentiasa memberi sokongan penuh. Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa juga amat positif, terutamanya terhadap pendedahan berimpak tinggi yang diterima oleh para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, ibu bapa, serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sokongan anda menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi berdisiplin, berilmu dan berdaya saing.

✨ Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan lebih ramai generasi muda yang berpengetahuan, berakhlak dan bersedia menyumbang kepada negara.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hawk Rovers WPKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hawk Rovers WPKL:

Shortcuts

Sponsored

Share