Angkatan Belia Sedar

Angkatan Belia Sedar Sebuah platform untuk anak muda.

30/04/2026

TOLAK DAP HABIS HABISAN PADA PRU AKAN DATANG. MELAYU JANGAN BAGI MUKA KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG BERSAMA DAP INI.

HARI INI PAKAI TUDUNG MASUK MASJID, ESOK BERPESTA SONGKRAN DI BUKIT BINTANG.

HARI INI BERSONGKOK MEMBERI HABUAN, ESOK BUKA LADANG BABI.

24/04/2026

Episod 64 The Tiger Show Podcast menampilkan Datuk Dr Ibrahim Ali dalam perbualan “no filter” tentang politik Malaysia hari ini. Dari hubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hingga jangkaan beliau terhadap PRU16.

Adakah Perikatan Nasional benar-benar ada peluang? Siapa wajar menjadi ketua pembangkang? Dan bagaimana beliau melihat arah politik Melayu dalam suasana semasa?

Ibrahim Ali juga berkongsi pengalaman bertemu pemimpin Revolusi Iran serta pandangannya terhadap isu global, selain mengulas tekanan kos sara hidup rakyat dan penubuhan Sekretariat Rakyat Bertindak.

Terus-terang, keras dan tanpa skrip.

Boleh ditonton dan didengari bermula 9.00 malam ini di:

YouTube: https://youtu.be/jjZE74mBM2k

Spotify: https://open.spotify.com/episode/5uspMqxNhAi8BlcHDpcXzV?si=6VidXxw6Qwq4FSJ877COPQ

15/04/2026

“Rakyat Diperah, Kerajaan Terus Beretorik” – PUTRA Desak Akta Pengurangan Inflasi Segera Digubal

KUALA LUMPUR, 14 April 2026 — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) hari ini melancarkan kritikan keras terhadap kerajaan berhubung kegagalan menangani tekanan kos sara hidup, sambil menyifatkan pendekatan sedia ada sebagai “retorik kosong tanpa hasil nyata.”
Presidennya, Dato Ibrahim Ali, menegaskan rakyat kini semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan bahan api, sedangkan kerajaan terus bergantung kepada langkah sementara yang tidak menyelesaikan punca sebenar inflasi.
“Rakyat sedang diperah setiap hari, tetapi kerajaan masih sibuk bermain persepsi. Sampai bila rakyat perlu tanggung beban ini?” tegas beliau.
PUTRA menggesa kerajaan supaya segera menggubal Akta Pengurangan Inflasi Malaysia yang komprehensif, berasaskan model antarabangsa seperti Inflation Reduction Act, bagi menangani isu inflasi secara menyeluruh dan berstruktur.
Menurut beliau, kebergantungan kepada subsidi tidak konsisten dan kawalan harga bermusim hanya menutup masalah tanpa menyelesaikan akar isu sebenar.
“Kerajaan perlu berhenti dengan dasar tampal sulam. Kita perlukan tindakan berani—susun semula ekonomi, kawal rantaian bekalan, dan hentikan ruang pencatutan,” katanya.
Dalam kenyataan itu, beliau turut mempersoalkan kenaikan harga diesel dan petrol yang disifatkan sebagai beban tambahan kepada rakyat, sambil menyindir kerajaan yang didakwa mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat.
“Jangan sampai rakyat melihat kerajaan lebih berminat mengisi poket sendiri berbanding menjaga kebajikan rakyat,” katanya lagi.
PUTRA juga memberi amaran bahawa kegagalan bertindak secara tegas akan menyebabkan Malaysia terus ketinggalan dalam sektor ekonomi baharu, khususnya tenaga bersih yang sedang berkembang pesat di peringkat global.
“Ini bukan lagi masa untuk bercakap. Ini masa untuk bertindak. Jika kerajaan terus gagal, rakyat akan terus menjadi mangsa,” tegas beliau.
Walaupun mengkritik keras, PUTRA menyatakan kesediaan untuk bekerjasama secara bipartisan, namun menuntut komitmen politik yang jelas dan tindakan segera daripada kerajaan.
“Rakyat tidak boleh tunggu lagi. Bertindak sekarang, atau berdepan kemarahan rakyat.”

03/03/2026
11/02/2026

Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif, berkata pelantikan ini berlaku susulan persaraan Datuk Kapten Izham Ismail, tokoh yang telah lama menyumbang kepada industri penerbangan negara…

15/11/2025

𝗣𝗔𝗬𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

1. Sejak konsep PAYUNG BESAR dicadang ramai orang Melayu menerimanya sebagai cara menyatupadu mereka.

2. Pemimpin-pemimpin pun sokong. Dan mereka pun mengadakan Payung Besar.

3. Sekarang sudah ada empat lima payung besar yang bertujuan menyatukan orang Melayu. Dan kempen pun diadakan untuk menarik sokongan orang kepada payung besar-payung besar ini.

4. Rakyat boleh pilih. Maka terbahagilah rakyat di antara payung besar - payung besar ini. Semua payung-payung ini tidak dapat dipenuhi. Banyak kekosongan berlaku.

5. Hasilnya ialah perpecahan orang Melayu. Sama seperti orang Melayu berpecah kerana parti politik yang banyak. Dengan adanya beberapa payung besar maka bukan perpaduan yang berlaku. Tetapi perpecahan.

6. Ada sesuatu yang tidak betul dengan penerimaan cadangan payung besar.

7. Sama-samalah kita bangsa Melayu berfikir.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 November 2025

15/11/2025

Pengerusi MARA gesa peminjam hadir ke Lobi MARA runding bayaran balik

KUALA LUMPUR – Peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) digesa untuk mengambil peluang berunding mengenai bayaran balik pinjaman dengan hadir ke Lobi MARA hari ini dan esok.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu hantaran di Facebook menjemput semua peminjam yang mempunyai isu berkaitan pinjaman, termasuk melibatkan penjamin, permohonan pengurangan serta penjadualan semula bayaran, supaya hadir dan berbincang terus dengan pihak MARA.

Beliau menegaskan bahawa hutang tetap wajib dibayar dan setiap bayaran balik yang dibuat akan memberi manfaat kepada generasi lain yang turut memerlukan bantuan dan kemudahan pinjaman MARA.

“Ingatlah setiap sen yang dibayar untuk manfaat orang lain p**a,” katanya dalam hantaran tersebut, sambil menyifatkan sikap bertanggungjawab peminjam sebagai kunci kelangsungan dana pendidikan dan keusahawanan MARA.

15/11/2025

Catatan Portugis menyatakan jong-jong Melayu lebih besar dan menggerunkan daripada kapal perang Portugis. Catatan China p**a menyatakan jong-jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di perlabuhan China kerana terlalu besar dan akan menggangu laluan kapal lain. Jong terbesar Melayu mampu membawa 500 tan muatan dan hampir 1000 orang penumpang dan panjangnya hampir 100 meter! Ibnu Batutta menyatakan kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata jong Melayu lebih besar berbanding Chuan!

Al Fonso De Albuquerque sendiri sewaktu melihat jong-jong Melayu yang besar itu menggelarnya sebagai "Penggoncang Dunia"! Dan anak anak kapal Portugis akan berteriak memanggil "Espanto del Mundo" terror dunia apabila berselisih dengan Geliung kepunyaan Sultan Iskandar Muda Acheh Anda boleh bayangkan betapa hebat mega structure Melayu lama!

Orang orang Cina mengelarkan Djong besar melayu yang mempunyai 7 layar sebagai "Kun Lun Po (Bo) kun lun ertinya "kep**auan di bawah angin" atau "negara selatan" dan tercatat pernah belayar sehingga ke Syria.(Kang Tai,260M dan Wan Cheng,300 M)
Manakala orang orang Greek dalam buku "Geographia" menggelarkan Djong besar melayu sebagai "Kolandiaponta" (Plotemy,100 M)

Tapi logic thinking mana pergi semua binaan hebat ni? Mana ilmunya? Menurut Prof Maguin, menjelang akhir abad ke 16 dan 17 teknologi pembuatan jong Melayu makin hilang dan akhirnya pupus. Kenapa? Kita salahkan penjajah! First of all semua manuskrip kita samada dibakar atau dicuri. Yes kesemuanya, hal yang sama terjadi pada tamadun hebat lain, apabila dijajah, ilmu mereka sekali dicuri. Apabila Melayu dijajah, mereka tiada waktu yang aman lagi untuk membina jong-jong besar. Nak bina kapal sebesar Titanic tu pun makan bertahun. Inikan jong-jong gergasi Melayu yang memerlukan sumber; tenaga dan harta yang banyak.

Melaka semestinya bukan permulaan kehebatan tamadun Melayu tapi kejatuhan Melaka sememangnya menjadi titik noktah keagungan bangsa Melayu. Jatuhnya Melaka, maka Melayu semuanya dijinakkan dan dihinjak sehingga kini.
Satu lagi jangan ingat perkataan Jong itu dari China. Jong ialah bahasa Melayu asli merujuk kepada kapal besar Melayu. Lalu diambil oleh barat menjadi Junk. Ya Melayu tak bina bangunan besar-besar but we live with the sea, our hearts are with the oceans. Junks are our mega structures!

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman-
وَمِنْ اٰيٰتِهِ الْجَوَا رِ فِى الْبَحْرِ كَا لْاَ عْلَا مِ ۗ
wa min aayaatihil-jawaari fil-bahri kal-a'laam
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan."
(QS. Asy-Syura 42: Ayat 32)

Sumber-
The Patriots,
Sulalatus Salatin,
Hikayat Hang Tuah.
Prof Tatiana Denisova
Zaharah Sulaiman
kredit dari Daeng Iskander

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+601132225300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Belia Sedar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share