Explore Citizen Science Malaysia - ECSM

Explore Citizen Science Malaysia - ECSM "Connecting Malaysians to the wonders of science through community-driven exploration and discovery.

Join us to learn, contribute, and make a difference! 🌏🔬 "

Selamat Hari Hidupan Liar Sedunia🥳🥳🥳🥳
03/03/2026

Selamat Hari Hidupan Liar Sedunia🥳🥳🥳🥳

02/03/2026
02/03/2026

🌿 SELAMAT HARI HIDUPAN LIAR SEDUNIA 2026 🌍

Tahukah anda? Alam semula jadi bukan sekadar pemandangan yang indah, ia adalah farmasi terbesar buat manusia.

Tahun ini, kita menghargai Tumbuhan Ubatan dan Aromatik yang telah ribuan tahun menjadi teras kepada kesihatan, warisan, dan sumber pendapatan komuniti di seluruh dunia.

🍃 Mengapa ia penting?
Kesihatan: Sumber ubat-ubatan semulajadi.
Warisan: Khazanah tradisi turun-temurun.
Kelestarian: Memelihara mereka bermakna memelihara masa depan kita.

Sama-sama kita jaga hidupan liar dan ekosistem flora agar terus kekal untuk generasi akan datang. 🌺✨

12/02/2026
07/02/2026

Mengenali Spesies Primat di Malaysia

Malaysia terus menjadi titik penting biodiversiti global, terutamanya bagi spesies primat. Kita bertuah kerana memiliki wakil daripada pelbagai famili penting seperti:

✅Hominidae & Hylobatidae (Mawas/Beruk Besar & Kecil)
✅Cercopithecidae (Monyet Dunia Lama)
✅Lorisidae & Tarsiidae (Prosimian)

Di Malaysia, terdapat kira-kira 25 spesies primat tempatan.

Melindungi habitat mereka adalah tanggungjawab bersama bagi memastikan keseimbangan ekosistem kekal terpelihara.

Dapatkan data dan maklumat lanjut mengenai spesies ini di Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS).

01/02/2026

🌿 Hari Tanah Lembap Sedunia 🌿

Tanah lembap bukan sekadar landskap indah — ia warisan alam dan budaya yang perlu kita pelihara bersama.
📅 2 Februari 2026

16/01/2026

Jangan lepaskan peluang!

Hantarkan gambar menarik berserta keterangan (satu atau dua perenggan) yang jelas kepada kami segera. Ganjaran istimewa turut menanti tuan/puan.

Sertakan juga maklumat seperti nama penuh dan tajuk yang dicadangkan setiap kali menghantar karya Lensa Alam kepada kami.

15/01/2026

BUKU 200 MALAYSIA’S NATIVE TREES FOR STREET PLANTING KINI BOLEH DIAKSES SECARA ATAS TALIAN

Buku “200 Malaysia’s Native Trees for Street Planting” terbitan Jabatan Landskap Negara kini boleh diakses secara dalam talian melalui laman web rasmi JLN. Buku ini menghimpunkan 200 spesies pokok asli Malaysia yang sesuai untuk penanaman landskap pinggir jalan, sebagai rujukan dan panduan ke arah pembangunan landskap bandar yang mampan.

Klik, baca dan jadikan rujukan anda!
🔗 www.jln.gov.my






08/01/2026

📣 JAWATAN KOSONG
🏢 KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES), PUTRAJAYA

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempelawa calon-calon berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

👤 *Jawatan*
Penolong Pengurus Projek Gred Setara 9 (Personal MySTEP)

💰*Gaji*
RM2,300 (termasuk caruman KWSP dan PERKESO)

*Kemudahan*
Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO

*Bil. Kekosongan*
Satu (1) kekosongan sahaja

📌 Sila sertakan:
•⁠ ⁠Resume
•⁠ ⁠Salinan Kad Pengenalan
•⁠ ⁠Salinan sijil & transkrip akademik
•⁠ ⁠Sijil-sijil berkaitan

📧 Untuk permohonan atau pertanyaan, sila emelkan kepada Puan Noor Nabilah Nazri ([email protected])

📅 Tarikh tutup permohonan pada 11 Januari 2026

🌐 Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=b1e8121adcb6425caddf4c6468ecadff

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Explore Citizen Science Malaysia - ECSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share