22/12/2025
✨ *UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH*✨
Alhamdulillah, selesai sudah Explorace Akil Baligh Nisa' Titiwangsa yang dianjurkan oleh Nisa' Titiwangsa dengan kerjasama Amal Peduli dan Masjid Nurul Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Nurul Islam, barisan AJK masjid, para fasilitator, serta semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan Program Explorace NISA Titiwangsa pada 21 Disember 2025 bertempat di Masjid Nurul Islam.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, yang telah menyumbangkan tenaga, masa, idea dan sokongan sehingga program ini dapat berlangsung dengan lancar, meriah dan penuh makna.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini menjadi amal jariah serta diberkati oleh Allah SWT. Diharapkan program seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerjasama dan memberi manfaat kepada semua peserta.
Tahniah dan syabas kepada anak-anak yang telah berjaya menghadirkan diri dalam Explorace Akil Baligh mengisi masa lapang awal cuti persekolahan.
🌸 Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu semua. Semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang. 🌸