17/07/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐- Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Ganjaran Hilang Upaya (GHU) Veteran ATM di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.
Dalam majlis tersebut, seramai 34 veteran ATM yang mengalami kecederaan ketika menjalankan operasi atau latihan berisiko tinggi menerima manfaat Ganjaran Hilang Upaya (GHU), manakala lapan anak veteran turut menerima sumbangan komputer riba dan turut disampaikan ialah bungkusan Kotak Sumbangan Rahmah.
YB Adly Zahari berkata, Julat Elaun Pelajaran Anak-Anak Penerima Pencen Hilang Upaya juga telah dinaikkan daripada RM200 hingga RM685 setahun kepada RM1,600 hingga RM5,400 setahun bergantung pada tahap pendidikan.
Jika terdapat lima anak yang melanjutkan pelajaran ke universiti, setiap seorang layak menerima jumlah yang telah ditetapkan, tambah nya lagi.
Penambahbaikan Faedah Ganjaran Hilang Upaya (GHU) telah disemak secara sepenuhnya dengan memberi kenaikan yang signifikan dan berkuatkuasa bermula Januari 2025 seiring dengan pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Faedah GHU ini adalah satu bentuk manfaat kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tugas aktif (Wounded in Action) yang diberi secara sekali gus (one off).
Seramai 1,825 veteran ATM hilang upaya seluruh Malaysia termasuk yang cedera semasa melaksanakan tugas aktif dan 292 orang daripada jumlah tersebut mengalami kecederaan semasa operasi dan latihan berisiko tinggi. Penyerahan faedah GHU selepas
penambahbaikan telah mula dilaksanakan sejak awal Januari 2025 dan seramai 50 orang yang telah pun menerima GHU.
Sehubungan itu, terkait mengenai penyaluran bantuan kepada sebahagian jumlah veteran ATM yang berbaki, YB Adly Zahari menyatakan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan pemberian GHU sebelum Aidilfitri, meskipun terdapat beberapa cabaran logistik di Sabah dan Sarawak. Selain itu, kerajaan telah meningkatkan Elaun Layanan Sentiasa daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan, selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Tuan Sophian Isswandy bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM , Lt Kol Azwadi bin Jamian (B), Mej Muhaizam bin Mustapa Delmi, Penolong Pengarah Bahagian Dasar JHEV ATM, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman, Panglima 6 Bgd, Mej Mohd. Izmer bin Ghazali, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang dan Lt Mohd. Fadrullah bin Zainudin, Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang.