National Oversight & Whistleblowers (NOW)

National Oversight & Whistleblowers (NOW) NOW is one of the first (if not the first) of such organisation in South East Asia. NOW adalah salah satu organisasi pertama sepertinya di Asia Tenggara.

National Oversight & Whistleblower Centre (NOW) is a non-profit organisation with the objective to institute public-driven oversight functions in the society and promote the cause of whistleblowers Its founding draws inspiration from the outpouring of public support against corruption in a few high profile cases disclosed by whistleblowers. The aftermath of such disclosures highlighted the inadequ

acies of existing laws and support system extended to whistleblowers. Penubuhannya diinspirasikan daripada bantahan kuat orang awam terhadap gejala rasuah dalam beberapa kes berprofil tinggi yang di uar-uarkan oleh pemberi maklumat.

28/09/2022

Sembang Dasar Ep 3:

Graduan Jentera Bergaji Rendah, Golongan Jurutera Golongan Rentan?

14/09/2022

[LIVE] Budaya jijik kabel dan kroni

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Thauban RA, Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya.

Bagaimana p**a dengan budaya menggunakan 'kabel' atau kroni untuk memudahkan sesuatu urusan? Adakah ia sebahagian daripada rasuah kerana menafikan hak orang lain?

Ikuti perbincangan 'Budaya jijik kabel dan kroni' menerusi program Kompas pada Rabu, 14 September 2022, jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian.




24/08/2022

[LIVE] Buli siber jadi barah

Perkembangan dan kecanggihan teknologi rupanya tidak menjamin kematangan dan kewarasan pemikiran masyarakat. Siapa sangka buli siber kini adalah cabaran jenayah baharu sehingga menyebabkan kematian berlaku.

Mengapa perkara ini dibiarkan terus berleluasa sehingga memusnahkan pemikiran masyarakat dan negara? Bila perkara ini akan berakhir?

Saksikan program Kompas, Buli siber jadi barah pada Rabu, 24 Ogos 2022, jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian.




10/08/2022

[LIVE] Sempadan bolos: Bila nak selesai?

Isu pencerobohan sempadan melalui lorong tikus untuk masuk ke negara ini amat membimbangkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ada unsur-unsur rasuah berhubung penyeludupan di sempadan negara.

Justeru, begitu mudah barangan subsidi diseludup ke negara jiran dengan kelibat anggota keselamatan yang seakan menutup sebelah mata.

Persoalannya, sampai bila kita harus membiarkan racun rasuah ini terus menjadi ancaman yang besar dan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara jika tidak dibendung?

Saksikan Kompas on the go, ‘Sempadan bolos: Bila nak selesai?’ pada Rabu, jam 8.30 malam di Facebook Sinar Harian.





08/08/2022

[LIVE] Hijrah untuk merdeka

Mencapai kemerdekaan adalah wasilah, namun berhijrah adalah untuk mengapai konsep negara yang merangkum kebaikan untuk seluruh warga

Saksikan Kafe On The Go, ‘Hijrah untuk merdeka’ bersama Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Malaysia (PDFM) Terengganu yang juga merangkap sebagai Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Terengganu, Datin Norhana Ng Abdullah pada Isnin, 8 Ogos 2022, jam 12 tengah hari secara eksklusif di Facebook Sinar Harian




20/07/2022

Pada 11 September lalu, bersama lebih 500 gabungan meneruskan misi membawa transformasi nilai melalui inisiatif Politik dengan Enam Tuntutan yang telah dibentang oleh BERSIH 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Center to Combat Corruption & Cronysm, Transparency International Malaysia (TI-M), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Undi18.

Terdapat 6 tuntutan yang dikemukakan, antaranya pelaksanaan NACP, Akta Dana Politik, Kebebasan Institusi, Akta Anti Lompat Parti dan Undi18 dan reformasi parlimen.

Namun ada beberapa tuntutan tersebut sehingga kini tiada perkembangan lantas menampakkan usaha gabungan NGO ini ibarat 'anjing menyalak bukit'.

Saksikan sidang media 6 Tuntutan Politik , "Apa Dah Jadi?" di semua platform digital Rasuah Busters dan Sinar Harian.

14/07/2022

[LIVE] Forum Khas: Ketirisan Pemusnah Kesejahteraan Pekerja

Nak naik pangkat kena rasuah. Nak cuti kena rasuah. Nak naik gaji kena rasuah. Buka tender pun kena bagi kepada pemohon yang bagi rasuah.

Suasana beginilah yang memusnahkan kesejahteraan pekerja. Akibatnya syarikat hilang pekerja yang jujur, berkemahiran dan berprestasi tinggi kerana lemas dengan budaya kerja yang membusuk.

Ikuti pendedahan dan diskusi eksklusif menerusi forum khas bertajuk ‘Ketirisan Pemusnah Kesejahteraan Pekerja’ secara langsung di platform digital Sinar Harian HARI INI, 14 Julai 2022 jam 10 pagi.

https://www.facebook.com/sinarharian
https://www.facebook.com/rasuahbusters
Portal: www.sinarharian.com.my
Instagram: https://instagram.com/sinarharian/live/
Tiktok: https://www.tiktok.com//live

13/07/2022

Hari demi hari jenayah rasuah terus meningkat di Malaysia. Lebih membimbangkan apabila kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan rasuah sering kali gagal disabitkan kesalahan di mahkamah.

Ada sesetengah kes di mana hukuman terhadap koruptor itu lebih ringan daripada mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah kecil.

Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah hukuman jenayah rasuah di negara ini tidak cukup berat sehingga makin ramai yang berani melibatkan diri dengan gejala tidak bermoral ini?

Ikuti diskusi ‘Hukuman rasuah masih ringan’ pada HARI INI, jam 8.30 malam di semua platform digital Sinar Harian.







06/07/2022

[LIVE] Kalau macam ini, lingkup industri muzik

Kemerosotan industri muzik Malaysia berpunca daripada kekurangan penghargaan muzik.

Malah, ia semakin dihakis dengan sikap segilintir pihak yang 'gila' mengejar pop**ariti serta potensi tular hingga mengabaikan kualiti sesebuah karya.

Budaya ini bukan sahaja memperlekehkan industri muzik tanah air tetapi turut menjejaskan industri seni ini jika dibiarkan terus berlarutan.

Persoalannya, siapakah yang membenarkan perkara ini berlaku? Adakah syarikat rakaman perlu mengetatkan ‘undang-undang’ sebelum menaungi mana-mana artis baharu.

Ikuti penjelasan ‘Kalau macam ini, lingkup industri muzik’ menerusi program Kompas MALAM INI secara eksklusif di semua media sosial Sinar Harian.

27/06/2022

Jika membunuh orang lain dianggap satu jenayah yang serius, begitulah juga halnya dengan alam sekitar.

Kerana taksub untuk memajukan prasarana dan meraih keuntungan, manusia bersifat rakus memusnahkan alam sekitar.

Bencana demi bencana, tanda alam mula ‘bersuara’.

Saksikan siaran lansung Kompas On The Go membincangkan ‘Alam menangis angkara tangan ghaib’ pada Isnin, 27 Jun 2022, jam 12 tengah hari, eksklusif di platform digital Sinar Harian.




08/06/2022

[LIVE] JMB korup, pemilik jadi mangsa

Isu Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang korup atau tidak mahir melaksanakan tanggungjawab membuatkan penghuni rumah berstrata sentiasa berdepan masalah.

Atau adakah kekurangan garis panduan dan undang-undang yang jelas dalam undang-undang perumahan tempatan dan akta berkaitan menyumbang kepada permasalahan ini.

Apakah sebenarnya berlaku hinggakan pemilik menjadi mangsa?

Ikuti program Kompas, ‘JMB korup, pemilik jadi mangsa’ pada JAM 8.30 MALAM INI secara eksklusif di platform digital Sinar Harian.

01/06/2022

[LIVE] Kartel jenazah, sampai bila?

Di saat negara masih dibelenggu penularan Covid-19, wujud pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada kematian.

Tanpa memikirkan kesedihan ditanggung, keluarga si mati ditekan dengan caj pengurusan jenazah yang tidak masuk akal.

Lebih mengecewakan, kegiatan itu turut terpalit unsur rasuah. Mengapa dan sampai bila perkara ini akan berleluasa?

Saksikan kupasan itu menerusi program Kompas, ‘Kartel jenazah, sampai bila?’ JAM 8.30 MALAM INI di semua platform digital Sinar Harian.




Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Oversight & Whistleblowers (NOW) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share