Sidang Anak Muda

Sidang Anak Muda Membentuk Pemimpin Muda Yang Berkualiti

Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
TIKTOK : sidang.anak.muda

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTU...
20/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN
IBRAHIM

Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17

pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati
Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku"

Sembah Takzim Daripada Seluruh Warga Sidang Anak Muda


10/07/2024

Pengenalan Sidang Anak Muda K2K kali ke-2.

Wakil-wakil belia daripada 10 perumahan awam akan berkumpul dalam Sidang Anak Muda K2K
dan membahas inisiatif untuk memperkasakan
komuniti perumahan awam pada 28-30 Jun 2024.

Sidang Anak Muda K2K merupakan sebahagian daripada usaha program K2K yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Seri Cempaka dan Think City untuk memberi suara kepada belia dalam merancang masa depan mereka.

Sidang kali ini lebih teruja dengan kehadiran YB Hannah Yeoh,Menteri Belia dan sukan, dan inisiatif ini diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri serta disokong oleh Kementerian Kewangan bertujuan untuk meningkatkan penyertaan belia dalam transformasi komuniti.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kami dan ikuti perkembangan yang seterusnya



10/07/2024

SUARA BELIA MEMBAWA PERUBAHAN

29-30 MEI 2024

Sabtu hingga Ahad akan berlangsung Sidang Anak Muda PPR/PA untuk Sidang Ke-2.

Semua usul yang telah dibentang pada Sidang yang pertama akan diperhalusi dan dibincangkan bagi mendapatkan lagi perincian bagi pembangunan Belia di PPR/PA.

Dengan buah fikiran yang tajam dan pemilihan wakil belia yang mewakili setiap PPR/PA yang ada. Sidang Anak Muda kali ini akan dirasmikan oleh Menteri Belia & Sukan Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh.



12 𝗠𝗘𝗜 2024 | 𝗔𝗵𝗮𝗱 | 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔MAJLIS PENUTUP PROGRAM SIDANG ANAK MUDAKita untuk Kita - K2K PERINGKAT PPR/PA DI WPKL...
10/07/2024

12 𝗠𝗘𝗜 2024 | 𝗔𝗵𝗮𝗱 | 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔

MAJLIS PENUTUP PROGRAM SIDANG ANAK MUDA
Kita untuk Kita - K2K PERINGKAT PPR/PA DI WPKL DAN SELANGOR BAGI MEMBENTUK PEMIMPIN MUDA BERKUALITI.

DIRASMIKAN OLEH Tuan Al-Hafizi Hj Abu Bakar dari
MAYC Kebangsaan.




10/07/2024

𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗞2𝗞

10 𝗠𝗲𝗶 2024 - 12 𝗠𝗲𝗶 2024

Dianjurkan oleh Persatuan Belia Seri Cempaka dengan kerjasama Think City.

Pengalaman dalam Sidang Anak Muda memperkasa belia dengan kemahiran berdebat, berhujah, dan berbincang dalam memberi pandangan anak muda berkenaan isu semasa.

Sidang Belia K2K melalui Sidang 1, Sidang 2 dan Sidang 3 bakal merangsang penglibatan aktif, membina keyakinan diri, dan mendorong pemikiran kritis di kalangan belia.



10/07/2024

Selamat datang di halaman Facebook Sidang Anak Muda!

Misi Sidang Anak Muda adalah untuk memperkasakan suara belia dan mewujudkan perubahan positif pada komuniti.

Sidang Anak Muda akan membahas usul-usul yang diketengahkan untuk merumuskan langkah-langkah yang berguna bagi pembangunan belia.

Mari membangun pemimpin anak muda yang berkaliber!

Address

Kuala Lumpur
58100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sidang Anak Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share