Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia

Call Contact the organization

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia formed in 2009 with a misssion to learn,educate and empower Orang Asli on their rights

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) bersama Pusat KOMAS baru sahaja melabuhkan tirai bagi siri jel...
24/08/2026

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) bersama Pusat KOMAS baru sahaja melabuhkan tirai bagi siri jelajah Sambutan Hari Orang Asal Sedunia tahun ini! Siri kembara kali ini telah membawa kami menyantuni dan bersolidariti bersama komuniti di tiga buah kampung yang hebat:

📍 Kampung Orang Asli Tering, Johol, Negeri Sembilan – 8 Ogos 2026
📍 Kampung Orang Asli Selingkong, Muadzam Shah, Pahang – 15 Ogos 2026
📍 Kampung Orang Asli Pengkalan Daun, Chenderong Balai, Perak – 22 Ogos 2026

Sambutan kali ini bukan sahaja tentang perjuangan, tetapi juga sebuah festival perayaan budaya yang penuh warna-warni! Kami telah meraikan kekayaan warisan masyarakat kita menerusi pelbagai pengisian menarik, antaranya:

Sajian Makanan Tradisional – Menikmati keunikan rasa hasil rimba yang asli.
Seni Anyaman Kraf – Mengetengahkan ketelitian tangan orang kita melalui pertandingan dan pameran.
Persembahan Tarian Tradisional – Menghidupkan kembali roh dan seni budaya nenek moyang.
Pertandingan Menyumpit – Bukan sekadar acara sukan, tetapi manifestasi kemahiran kelangsungan hidup dan cara hidup tradisi Orang Asli.

Kesemua pengisian budaya ini dari hidangan, anyaman rotan dan mengkuang, hinggalah ke buluh sumpit membuktikan satu hakikat yang tidak boleh disangkal: Hutan dan alam semula jadi adalah nadi kehidupan Orang Asli. Identiti, budaya, sumber rezeki, dan kelangsungan hidup kita berkait dan berakar umbi secara langsung dengan hutan. Tanpa hutan, perlahan-lahan hilanglah warisan kita. Kerana itulah, memelihara kelestarian alam dan menjaga hutan adalah satu kewajipan mutlak!

Menyedari hakikat ini, sambutan ini juga menjadi titik refleksi yang sangat penting untuk kita terus bangkit mempertahankan hak kita. Sepanjang jelajah ini, kami turut mengambil ruang untuk:

• Memperkasa Kefahaman: Memberikan penerangan yang jelas mengenai betapa pentingnya mempertahankan Wilayah Tanah Adat kita.
• Merungkai Akta 134: Menerangkan secara terperinci intipati Memorandum Pindaan Akta 134 kepada orang kita, agar setiap hak dan isu perundangan difahami bersama demi kelangsungan generasi akan datang.

Pihak JKOASM dan Pusat KOMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Tok Batin, pemimpin komuniti, penduduk kampung, serta setiap pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kejayaan program ini adalah berkat kesatuan hati kita.

20 OGOS 2026: PENJELASAN TENTANG KEDUDUKAN HAK TANAH ADAT ORANG ASLI: SATU FAKTA SEJARAH DAN WARISAN YANG PERLU DIPELIHA...
20/08/2026

20 OGOS 2026: PENJELASAN TENTANG KEDUDUKAN HAK TANAH ADAT ORANG ASLI: SATU FAKTA SEJARAH DAN WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA

Merafak sembah dan dengan penuh rasa takzim, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) tampil memberikan pencerahan harmoni berhubung kedudukan hak Tanah Adat Orang Asli.

Ikatan kami dengan wilayah ini bukanlah sekadar terma di atas kertas, sebaliknya ia berpaksi teguh kepada fakta sejarah di mana masyarakat kami telah bermastautin dan memelihara bumi ini sejak lebih 3,000 tahun yang lalu. Usaha mempertahankan tanah adat ini adalah perjuangan tulen dari akar umbi demi identiti, kelangsungan hidup anak cucu, dan kelestarian alam.

Untuk perincian penuh, mohon luangkan masa membaca gambar kenyataan media yang dilampirkan:

KENYATAAN RASMI: KAMI BUKAN PENCEROBOH DI TANAH SENDIRI!Pihak Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) ...
17/07/2026

KENYATAAN RASMI: KAMI BUKAN PENCEROBOH DI TANAH SENDIRI!

Pihak Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) berasa amat kesal dan berduka dengan isu penahanan rakan-rakan kami dan perampasan tanah adat yang sedang berlaku di Bera, Pahang ketika ini.

Sila teliti gambar-gambar yang dilampirkan untuk membaca kenyataan penuh daripada Pengerusi JKOASM, July Lanchong, serta 5 tuntutan dan gesaan utama kami kepada pihak kerajaan.

Jangan biarkan kami terus tertindas di bumi sendiri. Mohon kongsikan hantaran ini sebagai tanda sokongan dan solidariti anda bersama kami!

📸 Kredit gambar pencerobohan: zasni90

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Anwar Ibrahim Zahid Hamidi

12 Jun 2026: Hari ini, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) bersama dengan NGO-NGO Orang Asli dan N...
12/06/2026

12 Jun 2026: Hari ini, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) bersama dengan NGO-NGO Orang Asli dan NGO-NGO penyokong Orang Asli telah bersolidariti di hadapan bangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya sempena Perhimpunan Wilayah Adat Orang Asli.

​📜 Apa Tuntutan Kami?
Sebuah memorandum yang dirangka oleh Gabungan NGO Orang Asli telah diserahkan, membawa desakan yang sangat jelas: Menggesa pihak KKDW untuk segera mengiktiraf dan mewartakan Wilayah Tanah Adat Orang Asli.

​Melalui memorandum ini juga, kami menyelar sekeras-kerasnya insiden perobohan rumah masyarakat Orang Asli yang berlaku beberapa bulan lalu dan pencerobohan tanah adat Orang Asli yang sering kali berlaku. Tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima!

​🤝 Penyerahan Memorandum
Pada awalnya, pihak KKDW hanya merancang untuk menghantar Timbalan Ketua Pengarah (TKP) JAKOA untuk menerima memorandum ini. Namun, berkat ketegasan semua pihak, ia akhirnya berjaya diserahkan terus kepada Ts. Shahril Iqbal Bin Abdul Rakeb, Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri (merangkap Menteri KKDW).

​⏳ Janji & Tuntutan Seterusnya
Pihak kementerian telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan dan maklum balas rasmi terhadap memorandum ini dalam tempoh satu minggu (7 hari) bermula hari ini. Kami akan terus memantau janji ini!

​Kami juga menuntut bahawa satu perjumpaan antara Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Masyarakat Orang Asli diadakan dalam masa terdekat.

​✊ Terima Kasih Atas Solidariti Anda!
Masyarakat Orang Asli, JKOASM dan semua NGO yang terlibat amat terharu, bangga, dan kagum melihat semangat luar biasa masyarakat Orang Asli dari setiap negeri yang sanggup turun padang demi mempertahankan Tanah Wilayah Adat tercinta. Penglibatan anda semua adalah nadi kekuatan perjuangan ini.

​Perjuangan ini belum selesai. Mari teruskan bersolidariti mempertahankan hak kita! 🌱💪

Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Center for Orang Asli Concerns (COAC)

19 Mei 2026: Larangan Memasuki Perkampungan Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan PerhutananJa...
19/05/2026

19 Mei 2026: Larangan Memasuki Perkampungan Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Perhutanan

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Pusat KOMAS, serta NGO-NGO penyokong yang tersenarai di bawah dengan ini menegaskan bahawa tiada mana-mana undang-undang atau tindakan pihak berkuasa yang boleh melangkaui adat serta bidang kuasa Tok Batin di Tanah dan Wilayah Adat mereka.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Jabatan Perhutanan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Baca kenyataan penuh untuk pendirian tegas kami berhubung insiden ini. 👇

16/05/2026

Kejadian semalam tidak seharusnya berlaku..
Halangan masyarakat orang asli sendiri ke dalam kampung orang asli di Pos Lenjang oleh Jabatan Perhutanan kami mengutuk tindakan sebegini.
Apa kuasa mereka membuat halangan?
Siapa yang beri arahan?
Kenapa pihak berkuasa takut kepada MOA?
Menigkatan kesedaran adalah hak asasi semua!

https://www.facebook.com/share/v/18hRwPftxi/




Video credit July Lan Chong

09/02/2026
09/02/2026

Suasana pagi ini 9-2-2026 di Kampung Orang Asli Jemeri, Rompin Pahang dimana tanah mereka telah diceroboh oleh syarikat luar akibat tanah adat Orang Asli tidak diiktiraf kerajaan.

Maka tuan puan harus paham kenapa pihak NGO Orang Asli berjuang menuntut Pindaan Akta 134 yang lebih adil terhadap hak tanah adat kerana ia akan merugikan bangsa Orang Asli dimasa akan datang.

Pihak berkuasa juga seolah menyokong tindakan syarikat yang menceroboh sehingga terdapat 13 wanita dan 4 lelaki telah ditangkap lalu dibawa ke balai polis.






31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026 semoga tahun ini akan membawa keceriaan, kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yang melimpah bagi seluruh umat manusia, bagi negara Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli.

Marilah kita bangkit bersama-sama dalam membina negara ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta latar belakang fahaman politik.

Teruslah berjuang mempertahan hak Orang Asli agar kita mampu setanding dengan kaum-kaum yang lain dinegara ini.

Hari ini 19-12-2025 pihak Gabungan NGO Orang Asli telah mengadakan dua (2) perjumpaan bersama dua badan penting, berkait...
19/12/2025

Hari ini 19-12-2025 pihak Gabungan NGO Orang Asli telah mengadakan dua (2) perjumpaan bersama dua badan penting, berkaitan pindaan Akta 134 Akta Orang Asli.

Pertemuan pertama adalah bersama pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari jam 2.45 hingga 4.00 petang.

Perjumpaan kedua adalah bersama Bar Council 4.30 hingga 6.00 petang.

Intipati perbincangan bersama Suhakam adalah bagi menjelaskan apakah kehendak dan harapan Orang Asli didalam pindaan Akta 134 kali ini dimana MOA merasakan kita telah ditinggalkan oleh Kerajaan dalam penyediaan pindaan akta ini yang mana mereka langsung tidak mahu membentang draf pindaan kepada pemimpin Orang Asli.

Oleh itu kita berharap Suhakam akan dapat memainkan peranan dalam mendesak supaya Kerajaan melibatkan cerdik pandai Orang Asli dalam memberi maklumbalas yang perlu agar ia berada didalam situasi menang-menang.

Kedua, perbincangan bersama Bar Council maka MOA berharap agar para peguam dapat bekerjasama dalam menyuarakan perkara pindaan ini selain menjadi badan bebas yang meneliti dan memberi teguran tentang klausa penting dalam pindaan akta ini nanti.

Kita sangat bersyukur kedua-dua perjumpaan ini telah berjalan dengan baik dan memuaskan.

Terima kasih kepada semua NGO yang terlibat dalam mengurus dan mengatur perjalanan temujanji mesyuarat kali ini.

Harapan kami agar pihak kerajaan Madani dan ahli parlimen perhatin dan peka kepada tuntutan kami.
Sekian.


Pusat KOMAS Apa Kata Wanita Orang Asli JPOAJ-Pertubuhan Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor Mustafa Jkoak Bah Tony W Hunt July Lanchong Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) SUHAKAM (Human Rights Commission of Malaysia) Anwar Ibrahim Malaysian Bar Center for Orang Asli Concerns (COAC)

Address

A-2-10, 8 Avenue, Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8 Petaling Jaya, Petaling Jaya
Kuala Lumpur
46050

Telephone

+60379685451

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share