28/07/2026
Bayangkan setiap pagi, anak anda perlu berjalan 5 kilometer hanya untuk mengambil secawan "air" berwarna coklat, berbau, dan kotor kerana tiada pilihan lain untuk ikhtiar hidup
Inilah realiti pahit ribuan keluarga di kampung miskin Uganda Utara.
Air Keruh & Kotor : Racun yang Meragut Masa Depan
Di Uganda Utara, air bukan sekadar keperluan—ia adalah persimpangan antara hidup dan mati.
Air tercemar yang diminum saban hari membawa ancaman tifoid, kolera, dan penyakit bawaan air
Kanak-kanak kerap jatuh sakit, terpaksa cicir sekolah, dan ibu bapa hilang upaya untuk bekerja.
Air bersih adalah punca kesihatan. Tanpanya, kitaran kemiskinan tidak akan pernah putus.
*Misi Telaga Air B.A.N.T.U x Eye For Humanity with Ihsan - Uganda* : Mengalirkan Nyawa & Kesihatan
NGO B.A.N.T.U kini dalam perancangan untuk bekerjasama dgn rakan strategik Eye For Humanity With Ihsan - NGO Uganda untuk menggerudi telaga air tiub (tube well) bersih terus di jantung kampung-kampung Uganda Utara.
Dengan satu telaga air :
* 80% penyakit bawaan air dapat dibendung serta-merta.
* Kanak-kanak kembali ke sekolah tanpa perlu membuang masa mencari air
* Kesihatan komuniti terjamin, memberi ruang untuk ekonomi setempat bangkit.
Setiap titisan sumbangan yang terkumpul adalah talian hayat buat mereka.
Bantu Kami Bina Telaga Air sumber air bersih mereka hari ini
Semoga kerjasama yang sedang di bina ini berjalan lancar & diberkati