Harmoni Prihatin Malaysia - HPM

Harmoni Prihatin Malaysia - HPM No. Pendaftaran : PPM-020-14-10072024

TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG BUDIMANPasukan Harmoni Prihatin Malaysia sedang giat menyediakan bantuan awal bagi keluar...
13/06/2026

TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG BUDIMAN

Pasukan Harmoni Prihatin Malaysia sedang giat menyediakan bantuan awal bagi keluarga yang terkesan akibat kebakaran di Kg Cina, Gok Kapor, Kelantan.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab meringankan beban mereka yang sedang diuji.

Mohon doa agar segala urusan dipermudahkan. Setia bersama HPM untuk perkembangan lanjut.


MIA APA KHABAR??✍Di bawah panas yang terik, kami berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi. Berbincang, merancang dan mer...
11/06/2026

MIA APA KHABAR??✍

Di bawah panas yang terik, kami berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi.

Berbincang, merancang dan merakam setiap sudut yang kami rasa perlu diceritakan.

Di tengah-tengah perjalanan itu, kenderaan kami p**a rosak. Terpaksa ditunda dari Kapar ke Gombak.

Melihat empunya kereta, termenung panjang. Faham sangat..Isnin in nak ke Kelantan p**a untuk santuni mangsa kebakaran di sana.

Hanya mampu tersenyum dan berkata, "Tidak mengapa, kita teruskan."

Ini kerana ada sesuatu yang lebih besar yang sedang kami usahakan.

Hari ini, kami tidak datang ke Maahad Inklusif Ahmadi MIA untuk mencari jalan cerita.

Kerana jalan ceritanya sudah ada.

Ia ada pada wajah-wajah anak-anak yang sedang menghafaz al-Quran.

Ia ada pada para pendidik yang terus berjuang mendidik walaupun berdepan pelbagai kekangan.

Ia ada pada sebuah institusi yang sedang berusaha memberikan yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Tugas kami hanyalah merakam dan membawa kisah itu kepada anda.

Bukan untuk meraih simpati. Jauh sekali.

Tetapi supaya lebih ramai memahami perjuangan yang sedang berlaku di sebalik momen yang sederhana ini.

Buat yang bertanya, "Bila kempen ini akan dilancarkan?"

Insya-Allah, tidak lama lagi. Soon!

Kerana ada kisah yang perlu didengari.

Dan ada perjuangan yang tidak sepatutnya dibiarkan berjalan sendirian. Ada keperluan yang belum dipenuhi.

Jom support kempen ini! Boleh rujuk di ruangan komen.

Nantikan🤍



10/06/2026

𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗚𝗘𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗚. 𝗖𝗜𝗡𝗔, 𝗚𝗢𝗞 𝗞𝗔𝗣𝗢𝗥

🔥 Kebakaran di Kampung Cina
, Gok Kapor, Kota Bharu, Kelantan telah memusnahkan sekitar 40 buah rumah, mengakibatkan lebih 100 mangsa kehilangan tempat tinggal. Syukur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

🤝 Dalam masa terdekat, Harmoni Prihatin Malaysia (HPM) akan turun ke Kelantan untuk menyantuni mangsa, memberikan sokongan dan bantuan awal kepada keluarga yang terjejas.

🙏 Kami mengajak semua pihak untuk menyokong mangsa melalui sumbangan atau penyebaran maklumat. Setiap bantuan dan perhatian amat bermakna.

10/06/2026

🔥 Kebakaran di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu, Kelantan telah memusnahkan 27 buah rumah, meninggalkan lebih 110 mangsa kehilangan tempat tinggal. Syukur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

🤝 Dalam masa terdekat, Harmoni Prihatin Malaysia (HPM) akan turun ke Kelantan untuk menyantuni mangsa, memberikan sokongan dan bantuan awal kepada keluarga yang terjejas.

🙏 Kami mengajak semua pihak untuk menyokong mangsa melalui sumbangan atau penyebaran maklumat. Setiap bantuan dan perhatian amat bermakna.

𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗦 𝗜𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔𝗡𝗔𝗢Mindanao, You Are Not Alone.Harmoni Prihatin Malaysia extend...
09/06/2026

𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗦 𝗜𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔𝗡𝗔𝗢

Mindanao, You Are Not Alone.

Harmoni Prihatin Malaysia extends its deepest condolences and solidarity to the people of Mindanao following the devastating earthquake that struck on 8 June 2026.

Our thoughts and prayers are with the families who have lost their loved ones, those who have been injured, and the communities affected by this tragedy. We stand with the people and Government of the Philippines during this difficult time.

May those who are still missing be found safely, the injured recover swiftly, and all affected families be granted strength, hope, and resilience as they rebuild their lives.

Our thoughts and prayers are with the people of Mindanao.

Secretariat of Harmoni Prihatin Malaysia
---

𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔𝗡𝗔𝗢

Mindanao, Anda Tidak Bersendirian.

Harmoni Prihatin Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan solidariti yang mendalam kepada seluruh rakyat Mindanao susulan gempa bumi dahsyat yang melanda pada 8 Jun 2026.

Doa dan ingatan kami bersama keluarga yang kehilangan insan tersayang, mangsa yang cedera, serta seluruh komuniti yang terkesan akibat tragedi ini. Kami berdiri bersama rakyat dan kerajaan Filipina dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Semoga mangsa yang masih hilang segera ditemui, yang cedera dikurniakan kesembuhan, dan semua yang terjejas diberikan kekuatan, harapan serta ketabahan untuk membina semula kehidupan mereka.

Doa dan ingatan kami bersama seluruh rakyat Mindanao.

Sekretariat Harmoni Prihatin Malaysia

Source/Sumber: Manila Bulletin https://share.google/UDcysq9MXDL4qh8ZR



09/06/2026

𝗠𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗞𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 2026 [𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗥𝗧]

09/06/2026

𝗠𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗞𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 2026 [𝗣𝗔𝗥𝗧 2]

08/06/2026

𝗠𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗞𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 2026 [𝗣𝗔𝗥𝗧 1]

🖤 SALAM TAKZIAH 🖤Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi ...
08/06/2026

🖤 SALAM TAKZIAH 🖤

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa enam sekeluarga di Sungai Petani, Kedah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, menerima segala amal kebajikan mereka, dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah

07/06/2026

Di sebalik setiap helaian Al-Quran yang sedang diusahakan, tersimpan sebuah perjuangan yang tidak ramai ketahui.

Ada keperluan yang masih belum dipenuhi.

Ada perjalanan yang masih belum selesai.

Insya-Allah, kami akan kongsikan kisah ini tidak lama lagi. Soon🤍

Nantikan.

Maahad Inklusif Ahmadi MIA


Address

1A, Jalan WANGSA MELAWATI 4, TAMAN WANGSA MELAWATI , WILAYAH PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+601161519166

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harmoni Prihatin Malaysia - HPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Harmoni Prihatin Malaysia - HPM:

Featured

Share