Surau At Taqwa - Cendana Apartment

Surau At Taqwa - Cendana Apartment Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau At Taqwa - Cendana Apartment, Community Center, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, Federal Territory of, Kuala Lumpur.

Muslimin dan muslimat dijemput bersama menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau At Taqwa - Cendana Apartment
25/05/2026

Muslimin dan muslimat dijemput bersama menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau At Taqwa - Cendana Apartment

20/03/2026
๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐ˆ๐€๐Œ๐”๐‹๐‹๐€๐ˆ๐‹ & ๐’๐€๐‡๐”๐‘Assalamualaikum Wbth.*Program Qiamullail & Sahur Surau At Taqwa Cendana Apartment* akan bermul...
13/03/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐ˆ๐€๐Œ๐”๐‹๐‹๐€๐ˆ๐‹ & ๐’๐€๐‡๐”๐‘
Assalamualaikum Wbth.
*Program Qiamullail & Sahur Surau At Taqwa Cendana Apartment* akan bermula pada:
๐Ÿ“… Bermula 11 Mac 2026 / Rabu
โฐ Bermula 4:30 pagi
Dipimpin oleh : Imam Harith, Imam Rayyan & Imam Ibrahim
Muslimin & Muslimat dijemput hadir menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan serta mengimarahkan surau kita ๐Ÿคฒ๐Ÿป (Sila maklumkan kepada En Azahari@Joe untuk kehadiran dan tempahan makanan supaya pembaziran dapat dielakkan)

๐Ÿ’š Sebarang sumbangan ke Tabung Surau boleh juga dilakukan secara atas talian ke:
AKAUN AGRO BANK SURAU AT-TAQWA, CENDANA APARTMENT
2 00 7401 0000 4491 8

Atau QR Code diruangan komen. Semoga infak dan sedekah dilakukan diberi ganjaran Allah swt.

Assalamualaikum๐Ÿ•Œ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—›๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ค๐—ช๐—” ๐—–๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก๐—งBulan Ramadan adalah m...
21/02/2026

Assalamualaikum

๐Ÿ•Œ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—›๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ค๐—ช๐—” ๐—–๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก๐—ง

Bulan Ramadan adalah merupakan bulan istimewa di mana Allah melipat gandakan segala amal baik yang kita lakukan. Salah satu cara untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadaan adalah melalui sedekah.

Surau amat berbesar hati untuk menerima sumbangan dari muslimin dan muslimat untuk menjayakan program Ihya Ramadan seperti Solat sunat Tarawih bersama Imam jemputan, berbuka puasa dan moreh berkala, tadarus Al Quran, dan Qiammullail.

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป boleh disalurkan secara tunai, atau terus ke akaun berikut atau scan QR DuitNow yang tertera:
โœณ๏ธ๐—ก๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป : 2-00-7401-0000-4491-8
โœณ๏ธ๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป : Surau At Taqwa
โœณ๏ธ๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ธ : Agro Bank

Penyumbang boleh terus memaklumkan kepada En Nizam selaku penyelaras.

Semoga dengan sumbangan ini akan mengalir pahala berpanjangan dan dimurahkan rezeki tuan/puan ๐Ÿคฒ

Jom imarahkan surau kita.๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š

02/02/2026

MALAM NISFU SYA'BAN: SAATNYA "RESET" JIWA!

Para pejuang keredaan Allah yang dirahmati-Nya!

โ€‹Apa khabar iman kita hari ini?

Apa khabar hati kita saat mendengar nama Nisfu Syaโ€™ban disebut?

Pernahkah kita sedar bahawa malam ini bukan sekadar pergantian waktu biasa?

Ya.. malam ni InsyaAllah akan tiba malam yang luar biasa keagungannya.

Ini adalah malam peluang, malam di mana pintu-pintu langit dibuka luas, dan Allah turun dengan kasih sayang-Nya untuk memanggil kita!

โ€‹Bayangkan malam ini sebagai sebuah "Terminal Keampunan."

Allah SWT menjanjikan pengampunan bagi hamba-hamba-Nya, kecuali bagi mereka yang menyekutukan Allah dan mereka yang menyimpan dendam kesumat di dalam hatinya.

โ€‹Ini adalah momen "Jualan Gudang" pahala sebelum kita memasuki medan tempur Ramadan. Jika kita tidak bersemangat malam ini, bagaimana mungkin kita akan sanggup berlari kencang di bulan Ramadan nanti? Nisfu Sya'ban adalah pemanasan rohani (spiritual) kita!

โ€‹Jangan biarkan malam ini berlalu hanya dengan tidur atau scroll media sosial. Gunakan "senjata" ini untuk menghidupkan jiwa:

1. โ€‹Istighfar Non-Stop: Mengaku je semua red flags dan silap kita sebelum ni. Akui semua kekhilafan kita. Jadikan malam ini sebagai momen factory reset untuk dosa-dosa masa lalu. Ingat, tidak ada dosa yang terlalu besar bagi keampunan Allah yang Maha Luas.

2. โ€‹Doa yang Menembus Langit: Mintalah apa sahaja! Kesihatan, keberkatan keluarga, kelancaran rezeki, hingga ketetapan iman. Malam ini adalah waktu di mana takdir boleh berubah melalui doa yang tulus.

3. โ€‹โ€‹Deep Clean Hati (Tazkiyatun Nafs): 'Delete' terus rasa benci, dengki, dan dendam. Bagaimana Allah mahu menuangkan rahmat ke dalam hati kita, jika 'storage' hati kita masih penuh dengan "sampah" amarah kepada sesama manusia?

4. Solat Sunat Taubat & Hajat (The Direct Connection): Lepas Maghrib atau tengah malam, buat solat Taubat. Connect terus dengan Allah. Luahkan semua benda yang terbuku dekat hati. Mintalah apa saja yang rasa impossible kat mata manusia, sebab bagi Allah, nothing is impossible.

5. โ€‹Sedekah Subuh / Online (The Prosperity Booster):
Zaman sekarang, nak sedekah hujung jari je. Transfer sikit kat tabung masjid atau mana-mana charity malam tu atau awal pagi esoknya. Sedekah ni macam 'perisai' yang jaga kita daripada bala dan tarik rezeki masuk dari jalan yang tak disangka-sangka.

Tiada amalan khusus.. buatlah apa pun kebaikan sepertimana yang ada dalam Islam.

Tuan puan yang mulia,

Ramai orang yang namanya tercatat akan dipanggil menghadap Allah tahun ini, namun mereka masih sibuk dengan senda gurau dunia. Kita tidak tahu adakah ini Nisfu Sya'ban terakhir kita.

โ€‹Maka, bangunlah! Nyalakan cahaya di rumah-rumah kalian dengan tilawah. Basahi sejadah kalian dengan air mata penyesalan dan harapan. Jangan biarkan malaikat mencatat kita sebagai hamba yang lalai di malam penuh kemuliaan ini.

โ€‹Jadikan malam ini sebagai 'turning point'. Dari malas menjadi rajin, dari jauh menjadi dekat, dan dari gelap menuju cahaya-Nya!

โ€‹Malam ini adalah bukti cinta Allah kepada kita. Dia memberi kita kesempatan untuk memperbaiki diri sebelum Ramadan tiba. Mari kita sambut dengan penuh keimanan, dengan senyuman keikhlasan, dan dengan tekad waja untuk menjadi peribadi yang lebih baik.

โ€‹Semoga Allah mengampuni kita, memberkati sisa usia kita, dan menyampaikan kita semua ke bulan suci Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat serta iman yang memuncak.

โ€‹Amin Ya Rabbal Alamin








Peristiwa Nuzul Al-Quran1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hiraโ€™...
17/03/2025

Peristiwa Nuzul Al-Quran

1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hiraโ€™ Makkah.

2. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-โ€˜Alaq.

3. Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Marilah kita menghayati Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran dan perbanyakan membaca al-Quran.

Kredit:JAKIM

Niat Solat Sunat Tarawih Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih di Surau At Taqwa - Cendana Apartment ....
01/03/2025

Niat Solat Sunat Tarawih

Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih di Surau At Taqwa - Cendana Apartment . Rebutlah keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Jom hidupkan Ramadan dengan ibadah! Moga Allah SWT menerima amalan kita.


19/02/2025

*A'ssalamualaikum*

*Kelas Ustaz Dr. Khalid Bin Isa* akan berjalan seperti biasa pada hari ini *RABU MINGGU KETIGA 19/02/2025 SELEPAS ISYA' DI SURAU AT TAQWA,CENDANA APARTMENT,BANDAR SRI PERMAISURI,CHERAS,KL* dengan tajuk kitab baru :-

*PENAWAR BAGI HATI*

*KITAB YANG KETIGA PADA MENYATAKAN SEGALA PERANGAI YANG DIPUJI*

*Bab Yang Keempat Pada Menyatakan Sabar.*

๐Ÿ‘‰๐Ÿผsambungan muka surat 187

*SILA* ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ

๐ŸŸฃ Kurangkan @ elakkan berkumpul beramai ramai jika tidak sihat

๐ŸŸฃ Jika bergejala seperti demam @ batuk @ selsema dinasihatkan berada dirumah

๐ŸŸฃ Sila angkat kerusi masing masing selepas kelas berakhir dan susun dibahagian tepi surau.

๐ŸŸฃ Semua para Muslimin/Muslimat dijemput hadir & Sila war war kan pada yang lain..





Sekian,Harap maklum.

*TERIMA KASIH*

Alhamdulillah.Salam Nisfu Syaaban.
13/02/2025

Alhamdulillah.
Salam Nisfu Syaaban.

Address

Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, Federal Territory Of
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At Taqwa - Cendana Apartment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share