21/07/2026
Rata-rata penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara, penduduk Rumah Panjang serta masyarakat setempat melahirkan rasa syukur dan gembira atas perkembangan yang amat bermakna ini. Setelah menunggu selama 44 tahun, akhirnya impian yang sekian lama dinantikan menjadi kenyataan di era kerajaan Madani.
Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Ia merupakan hasil usaha berterusan, komitmen dan pengorbanan pelbagai pihak, khususnya YB Hannah Yeoh, Friends of Bukit Kiara (FOBK), TTDI Residents Association (TTDIRA), serta semua pihak yang tidak pernah berputus asa memperjuangkan hak dan kebajikan penduduk.
Hari ini bukan sekadar simbolik pecah tanah, tetapi juga menandakan bermulanya lembaran baharu yang lebih cerah buat komuniti Bukit Kiara. Semoga pembangunan ini membawa kesejahteraan, keselesaan dan kualiti hidup yang lebih baik kepada semua penduduk serta menjadi bukti bahawa kesabaran, perpaduan dan usaha yang berterusan akhirnya membuahkan hasil.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan impian yang telah dinantikan selama lebih empat dekad.
Saya sertakan gambar-gambar waktu YB Hannah Yeoh sibuk naik turun mahkamah bersama para peguam, penduduk memperjuangkan keadilan demi penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Akhirnya nasib mereka dibela di era kerajaan MADANI berkat usaha YB HannahYeoh.