PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL

Call Directions Website

PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT
No. PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah.
(1)

Pendaftaran ( PPM/WKL 76/61-241 )
No Akaun PERKIM Cawangan Datuk Keramat :-

CIMB : 8600320562
RHB : 26431700067848
BIMB : 12122010042713 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian. PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian. Di peringkat bahagian p**a wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

26/08/2026

🕌✨ EXPLORACE MOSQUE TOUR | KARNIVAL CINTA RASUL 2.0

Menariknya pengisian Karnival Cinta Rasul 2.0! 🤝❤️

Peserta bukan Islam turut berpeluang menyertai Explorace Mosque Tour bagi mengenali masjid dengan lebih dekat, memahami keindahan Islam serta merasai pengalaman berada di rumah Allah.

🌿 Mengenali Islam, membina kefahaman, menyemai keharmonian.

Semoga usaha ini menjadi jambatan dakwah yang membuka ruang untuk kita saling mengenali, memahami dan menghormati. 🇲🇾❤️

📢 PODCAST JOM LOGIN | EPISOD 10 KINI DITAYANGKAN🎙️ Memeluk Islam Di Usia Muda, Terus Menuntut Ilmu Hingga PhDAssalamuala...
25/08/2026

📢 PODCAST JOM LOGIN | EPISOD 10 KINI DITAYANGKAN

🎙️ Memeluk Islam Di Usia Muda, Terus Menuntut Ilmu Hingga PhD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Podcast Jom Login Episod 10 kini telah disiarkan di saluran YouTube rasmi PERKIM Cawangan Datuk Keramat.

Episod kali ini membawakan kisah seorang saudara berbangsa India yang memeluk Islam ketika masih di bangku sekolah menengah dan meneruskan perjalanan hidupnya dengan terus menuntut ilmu sehingga ke peringkat PhD.

Sebuah perkongsian tentang hidayah, perjalanan hidup, pengalaman sebagai seorang Muslim sejak usia muda dan bagaimana ilmu menjadi sebahagian daripada perjalanan beliau.

▶️ TONTON EPISOD 10 DI SINI:
https://youtu.be/r3qbf_he-T4

Mohon sokongan sahabat-sahabat semua:

👍 Like
💬 Tinggalkan komen
🔔 Subscribe
📲 Share kepada keluarga, sahabat dan media sosial

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan manfaat kepada lebih ramai insan.

━━━━━━━━━━━━━━━

🎙️ PODCAST JOM LOGIN
Kelolaan Unit Media PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Kuala Lumpur

📘 Facebook:
PERKIM Cawangan Datuk Keramat KL

📱 Admin PERKIM:
012-2405561

🤍 Bersama menyebarkan hidayah, menyantuni saudara baharu dan membina ummah.

100 BUKAN ISLAM JEJAK MASJID, PERKIM DATUK KERAMAT SEMARAK HARMONIOleh: Bryan CMKUALA LUMPUR, 25 Ogos 2026 — PERKIM Cawa...
25/08/2026

100 BUKAN ISLAM JEJAK MASJID, PERKIM DATUK KERAMAT SEMARAK HARMONI

Oleh: Bryan CM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2026 — PERKIM Cawangan Datuk Keramat terus memperkukuhkan usaha dakwah dan keharmonian masyarakat apabila menyertai Karnival Harmoni Merdeka anjuran Masjid Nurul Islam, Desa Pahlawan, di sini, hari ini.

Program tersebut menjadi platform yang cukup bermakna dalam memperkenalkan masjid sebagai sebuah institusi yang terbuka, mesra dan dekat dengan masyarakat pelbagai kaum, khususnya golongan bukan Islam.

Menerusi Team Harmoni & Mualaf PERKIM, seramai 100 orang peserta bukan Islam daripada pelbagai kaum dibawa menyertai program tour masjid bagi mengenali dengan lebih dekat fungsi, peranan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh institusi masjid.

Antara pengisian menarik ialah Explorace Masjid yang membawa para peserta menjelajah beberapa lokasi dan ruang penting di sekitar masjid.

Aktiviti tersebut memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri suasana masjid, mengenali fungsi ruang-ruang tertentu serta mendapatkan penerangan secara santai dan interaktif.

Pendekatan sebegini dilihat amat baik dalam membina kefahaman dan menghilangkan salah faham terhadap Islam, di samping membuka ruang interaksi yang lebih dekat antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi penerangan mengenai keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang disampaikan oleh Bro Shah Kirit.

Perkongsian tersebut memberikan penekanan terhadap kepentingan memahami antara satu sama lain, menghormati perbezaan serta membina kehidupan masyarakat yang aman dan saling menghargai.

Namun, di sebalik kemeriahan program, satu detik yang cukup menyentuh hati turut berlaku apabila seorang peserta bukan Islam mengambil keputusan untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.

Dalam suasana yang penuh tenang dan sebak, lafaz syahadah tersebut disaksikan oleh para peserta serta pihak penganjur yang hadir.

Momen tersebut menjadi satu pengalaman yang amat bermakna apabila sebuah program yang pada asalnya bertujuan memperkenalkan masjid dan membina jambatan persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum akhirnya menjadi titik permulaan kepada sebuah perjalanan baharu dalam kehidupan seorang insan.

Peristiwa itu turut memperlihatkan bahawa dakwah bukan sekadar melalui penyampaian kata-kata, tetapi juga melalui pertemuan, akhlak, layanan yang baik serta ruang yang diberikan kepada seseorang untuk mengenali Islam dengan hati yang terbuka.

Bagi PERKIM Datuk Keramat, detik syahadah tersebut bukan sekadar satu momen yang diraikan, malah menjadi satu amanah untuk terus menyantuni dan membimbing saudara baharu dalam perjalanan mengenali serta menghayati Islam.

Syahadah bukan sekadar sebuah lafaz, tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan.

Semoga Allah SWT menetapkan hati saudara baharu tersebut, memudahkan setiap langkahnya serta mengurniakan kekuatan untuk terus belajar, istiqamah dan mendekati-Nya.

Dalam ucapan beliau, Pengerusi PERKIM Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, menzahirkan penghargaan terhadap penganjuran program yang membuka ruang kepada masyarakat bukan Islam untuk hadir ke masjid dan mengenali Islam dalam suasana yang harmoni.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha membina keharmonian tidak seharusnya terbatas kepada slogan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui pertemuan, interaksi, dialog dan aktiviti bersama masyarakat pelbagai latar belakang.

Menurut beliau, masjid juga mempunyai peranan penting sebagai pusat pembinaan masyarakat dan medan untuk memperkenalkan nilai-nilai Islam seperti kasih sayang, keamanan, kebersamaan dan saling menghormati.

Program turut diserikan dengan cabutan hadiah kepada para peserta yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz bersama Pengerusi Masjid Nurul Islam, Ustaz Suridzal.

Suasana mesra dan penuh keceriaan jelas kelihatan apabila para peserta daripada pelbagai kaum mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah disediakan.

PERKIM Datuk Keramat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Nurul Islam, Desa Pahlawan atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Karnival Harmoni Merdeka ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

PERKIM Datuk Keramat berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang sebagai usaha membina jambatan persefahaman antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Keharmonian dibina melalui perkenalan, kefahaman dan kebersamaan.

Dan mungkin, dalam sebuah pertemuan yang sederhana, Allah membuka jalan kepada sebuah kehidupan yang baharu.

Memperkasa Dakwah, Menyantuni Masyarakat, Membina Keharmonian.

🎙️ PODCAST DAQMIE MUSIM KEDUA | EPISOD 11“Mendekati Masyarakat, Menyampaikan Dakwah Dengan Hikmah”Alhamdulillah, Ustaz M...
25/08/2026

🎙️ PODCAST DAQMIE MUSIM KEDUA | EPISOD 11

“Mendekati Masyarakat, Menyampaikan Dakwah Dengan Hikmah”

Alhamdulillah, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, telah menjadi tetamu dalam Podcast DAQMIE Musim Kedua, Episod 11.

Dalam episod kali ini, Ustaz Suhaimi berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan dakwah, kemasyarakatan serta pembangunan komuniti, khususnya dalam usaha mendekati masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Perkongsian turut menyentuh bagaimana dakwah boleh disampaikan melalui pendekatan yang lebih dekat, santai, berhemah dan menyentuh hati, selain kepentingan peranan institusi serta gerakan kemasyarakatan dalam membina masyarakat yang saling prihatin dan menyokong.

Bagi PERKIM Datuk Keramat, dakwah bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga tentang mendengar, memahami, menyantuni dan hadir bersama masyarakat.

🎧 Podcast DAQMIE Musim Kedua | Episod 11
🎙️ Tetamu: Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

📲 Jom tonton episod penuh dan ikuti perkongsian Ustaz Suhaimi tentang pengalaman serta perspektif beliau dalam dunia dakwah dan kemasyarakatan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat, membuka perspektif baharu dan menjadi inspirasi untuk kita sama-sama menyampaikan kebaikan dengan cara yang lebih berhikmah.



🎙️ PODCAST DAQMIE MUSIM KEDUA | EPISOD 11 | USTAZ SUHAIMI ABDUL AZI...

25/08/2026

🎙️ Rindu Rasulullah SAW? 🤍

Buat yang terlepas siaran langsung “Rasulullah SAW Yang Kita Kenali”, jangan risau ,siaran ulangan boleh ditonton semula!

Saksikan perkongsian bersama Ustaz Mohammad Suhaimi, Abdul Hannan Tan Teck Yong & Muhd Ridhwan Iskandar dalam menghayati kehidupan, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW.

✨ Luangkan masa untuk mengenali insan yang paling kita cintai ,Rasulullah SAW.

📺 Siaran ulangan: Tonton semula di IKIMfm.

Live Karnival Cinta Rasul 2.0
25/08/2026

Live Karnival Cinta Rasul 2.0

Karnival Cinta Rasul 2.0. | Check out PERKIM Datuk Keramat OFFICIAL's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from PERKIM Datuk Keramat OFFICIAL.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Dengan penuh rasa syukur, PERKIM Cawangan Datuk Keramat ingi...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Dengan penuh rasa syukur, PERKIM Cawangan Datuk Keramat ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.

Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW menjadi rahmat buat seluruh alam dan menjadi teladan dalam membentuk kehidupan yang berlandaskan iman, akhlak dan kasih sayang.

Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ungkapan di bibir, tetapi dibuktikan melalui akhlak, sunnah dan amalan dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak Baginda SAW serta menjadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Salam Maulidur Rasul ﷺ
daripada seluruh warga
PERKIM Cawangan Datuk Keramat

Peduli Radio Kupas Maulid Nabi dan Perspektif Mualaf Terhadap Rasulullah SAWOleh: Bryan ClaymomineKuala Lumpur, 20 Ogos ...
20/08/2026

Peduli Radio Kupas Maulid Nabi dan Perspektif Mualaf Terhadap Rasulullah SAW

Oleh: Bryan Claymomine

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2026 – Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, hari ini tampil dalam Segmen DAQMIE di Peduli Radio bagi membincangkan topik berkaitan Maulid Nabi Muhammad SAW serta pandangan dan pengalaman saudara baharu dalam mengenali keperibadian Rasulullah SAW.

Turut bersama dalam sesi tersebut ialah Saudara Abdul Hannan Tan, seorang saudara baharu yang berkongsi perspektif dan pengalaman beliau dalam mengenali Rasulullah SAW selepas memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Perbincangan ini mengetengahkan bagaimana kisah kehidupan, akhlak, perjuangan dan sifat rahmah Rasulullah SAW menjadi antara perkara yang dekat dengan hati umat Islam, termasuk saudara baharu yang sedang mendalami Islam.

Abdul Hannan Tan turut diberikan ruang untuk berkongsi pandangan daripada perspektif seorang mualaf mengenai bagaimana beliau melihat Rasulullah SAW serta nilai-nilai yang dapat dipelajari daripada kehidupan Baginda dalam membentuk kehidupan seorang Muslim.

Sementara itu, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mengupas kepentingan menjadikan sirah dan akhlak Rasulullah SAW sebagai asas dalam memahami ajaran Islam, khususnya dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang, kesabaran, hikmah dan akhlak yang baik.

Segmen yang berlangsung dalam suasana santai namun penuh pengisian ini turut membuka ruang kepada pendengar untuk melihat sambutan Maulid Nabi bukan sekadar sebagai sebuah acara memperingati kelahiran Rasulullah SAW, tetapi sebagai peluang untuk mengenali Baginda dengan lebih dekat serta menghayati ajaran dan akhlak yang dibawa.

PERKIM Cawangan Datuk Keramat merakamkan penghargaan kepada Peduli Radio atas ruang yang diberikan untuk mengetengahkan perkongsian berkaitan sirah Rasulullah SAW serta pengalaman saudara baharu kepada masyarakat.

Semoga perkongsian ini dapat menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan mendorong kita semua untuk menjadikan akhlak serta sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

20/08/2026

🎙️ SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG | SEGMEN DAQMIE – PEDULI RADIO

“Maulid Nabi & Perspektif Mualaf Terhadap Rasulullah SAW” ﷺ

Alhamdulillah, Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, kini sedang bersiaran secara langsung menerusi Segmen DAQMIE di Peduli Radio.

Turut bersama dalam sesi kali ini ialah Saudara Abdul Hannan Tan, seorang saudara baharu yang akan berkongsi perspektif dan pengalaman beliau dalam mengenali serta menghayati keperibadian Nabi Muhammad SAW dari sudut pandang seorang mualaf.

🎙️ Bersama:
• Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
• Saudara Abdul Hannan Tan

💬 Antara fokus perkongsian:
• Penghayatan terhadap Maulid Nabi Muhammad SAW
• Keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW
• Bagaimana seorang mualaf mengenali Rasulullah SAW
• Nilai dan teladan Rasulullah dalam kehidupan
• Peranan sirah dalam memahami keindahan Islam

Menariknya, perkongsian daripada seorang mualaf memberikan perspektif yang berbeza tentang bagaimana Rasulullah SAW dikenali dan difahami oleh seseorang yang menemui Islam selepas melalui perjalanan pencarian tersendiri.

📲 JOM TONTON LIVE SEKARANG!

👉 Saksikan siaran langsung di Facebook Peduli Radio:
Tonton LIVE Peduli Radio

Jangan sekadar tontonkongsikan LIVE ini supaya lebih ramai dapat bersama-sama mengambil manfaat daripada perkongsian tentang insan agung yang menjadi contoh buat seluruh umat manusia.

❤️ LIKE | KOMEN | SHARE

Semoga perkongsian ini menyuburkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan menghidupkan kembali semangat untuk mengenali serta mencontohi akhlak Baginda.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

19/08/2026

Guru Hentikan Guru.. Huhu

Address

Kuala Lumpur
54000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share