17/05/2026
[LAPORAN PROGRAM: SELESAI AGM & PEMILIHAN JAWATANKUASA SESI 2026/2028] 🗳️✨
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi!
Hari ini, Ahad 17 Mei 2026, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) & Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang Sesi 2026/2028 bertempat di Dewan Serbaguna DBKL Desa Rejang.
Pihak persatuan ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kira-kira 180 ke 200 orang penduduk (ahli berdaftar) yang hadir memberikan komitmen padu dari awal pendaftaran seawal jam 8:30 pagi sehinggalah majlis selesai. Kehadiran anda adalah bukti keprihatinan kita bersama terhadap masa depan komuniti Desa Rejang! 🤝
Antara Intipati & Agenda Utama yang Selesai Dijalankan:
1. Pembentangan & Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan (Sesi 2025/2026).
2. Pembentangan & Pengesahan Laporan Kewangan Beraudit berakhir 31 Disember 2025.
3. Perbahasan usul-usul penduduk demi penambahbaikan blok perumahan.
4. Pembubaran rasmi Ahli Jawatankuasa Sesi 2024/2026.
5. Sesi Pengundian & Pemilihan Jawatankuasa Baharu Sesi 2026/2028 secara telus dan lancar.
Momen Sanjungan Bakti 🌹
Satu sesi penghargaan yang amat menyentuh hati juga telah diadakan bagi menghargai jasa barisan AJK dan Ketua-Ketua Blok bagi sesi lepas. Pihak persatuan turut menyampaikan Sijil Penghargaan Khas (Anugerah Bakti Sejati) kepada waris Almarhum Mat Deris bin Walad. Segala jasa bakti beliau akan sentiasa terpahat di sanubari warga Desa Rejang.
Sekalung Penghargaan Buat Rakan Strategik:
Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak DBKL Zon 4 atas sokongan kemudahan logistik/dewan, serta pihak Balai Polis Setapak (PDRM) atas kawalan dan rondaan keselamatan sepanjang program berlangsung demi ketenteraman awam.
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu yang telah dipilih bagi Sesi 2026/2028! Semoga saf kepimpinan yang baharu ini dapat memikul amanah dengan cemerlang demi kemajuan, keselamatan, dan keharmonian perumahan kita.
Melangkah ke hadapan dengan satu azam:
"Bersatu Kita Maju, Desa Rejang Milik Kita!" 🇲🇾